Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.naÖ.lu.kan]/[pe.naÖ.lu/.kan] | ڤنعلوقن

Definisi : perihal menaklukkan, pena­wan­­an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.naÖ.lu.kan]/[pe.naÖ.lu/.kan] | ڤنعلوقن

Definisi : hal (perbuatan dll) menakluk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takluk
Kata Terbitan : menakluki, tertakluk, taklukan, penaklukan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah terdapat istilah pengilhakan? Perkataan ini sering digunakan untuk merujuk kepada aneksasi.Dalam data kami, istilah pengilhakan ada digunakan sebagai padanan untuk perkataan annexation of territory yang membawa maksud tindakan sesebuah negara menjadikan wilayah negara lain sebagai wilayahnya secara rasmi setelah negara berkenaan (negara pengilhak) menguasai wilayah tersebut secara penaklukan.

Oleh itu, perkataan pengilhakan sinonim dengan perkataan aneksasi.
Istilah17.07.2020
Selamat petang tuan. Moga-moga tuan gembira melunaskan amanah yang terpikul. Tuan, apakah sendi nama yang tepat bagi masa: "pada" atau "dalam"? Pada pendapat saya, ungkapan "pada zaman Melaka" dan "dalam zaman Melaka" berbeda atau senjang. "Pada" menunjukkan waktu tertentu, iaitu berpaku pada satu waktu sahaja, tidak melibatkan jangka waktu. "Dalam" pula menunjukkan jangka waktu, iaitu dari satu waktu ke satu waktu, dari waktu bermula sampai waktu tamat. Jadi "pada zaman Melaka" bermaksud tepat-tepat pada zaman Melaka itu sahaja, bukan zaman lain seperti zaman Abbasiyah, zaman penaklukan Jepun, zaman penjajahan British. "Dalam zaman Melaka" pula bermaksud jangka masa dari masa bangkitnya zaman Melaka hingga lenyapnya zaman ini. Jadi, dapat saya simpulkan bahawa sebenarnya kedua-dua sendi "pada" dan "dalam" boleh digunakan untuk masa, hanya maksud yang timbul senjang (berbeda). Sorotan lanjut ada dalam WordPad yang terlampir. Isi WordPad ini sebenarnya surat saya terhadap Dr. Awang Sariyan, namun saya memohon pandangan tuan juga. Harap tuan menjelaskan perkara ini. Terima kasih.Dalam buku Tatabahasa Dewan, jelas diterangkan kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan waktu dan tempat. Kami menerima ayat "pada zaman Melaka" ini betul kerana selari dengan prinsip Tatabahasa Dewan.Tatabahasa01.12.2016
Bolehkah diperjelaskan perbezaan antara STRATEGI dengan STRATEGIK.Untuk membezakan kata strategi dan kata strategik, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

strategi kata nama
1 perancangan yang dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor atau aspek, dan disertai oleh persediaan yang rapi dan teliti untuk mencapai matlamat atau tujuan yang diingini.
Contoh penggunaan:
a. Strategi yang berkesan dapat membantu meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.
b. Dalam diam, dia memikirkan beberapa strategi bagi mengatasi pesaingnya.

2 ilmu merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, penaklukan dsb:
Contoh penggunaan:
Ada ketikanya strategi perang perlu dirahsiakan.

3 taktik atau kaedah dalam peperangan untuk menyerang musuh:
Contoh penggunaan:
Kemenangan dalam sesuatu peperangan terletak pada strategi dan bukannya pada ramainya tentera yang terlibat.

4 bahasa basahan
siasat atau muslihat untuk mencapai sesuatu maksud.

strategik kata adjektif
1 (berkenaan kedudukan sesuatu) baik, elok atau sesuai letaknya:
Contoh penggunaan:
a. Poster dipasang di lokasi yang strategik untuk publisiti yang lebih luas.
b. Kedudukan Melaka yang strategik dari segi perdagangan dan keselamatan 
membantu perkembangannya sehingga terkenal di Timur dan Barat.

2 dalam keadaan berhubungan atau berdasarkan strategi:
Contoh penggunaan:
Perancangan strategik merupakan salah satu pendekatan pengurusan untuk mencapai kecemerlangan organisasi.

Setiap kata mempunyai makna dan kelas kata yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.
Makna19.09.2023

Kembali ke atas