Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.ma.an] | ڤناماءن

Definisi : perihal menamakan, pencalonan; surat ~ waris itu hendaklah dianggap sbg satu wasiat kpd seorang waris; kerajaan telah menawarkan perjalanan kereta api percuma kpd rakyat dr seluruh negeri utk menyaksikan peristiwa ~ calon di Kahirah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.ma.an] | ڤناماءن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menamai atau menamakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penamaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penamaan bangunan "Star Boulevard" adakah boleh digunapakaiNama yang dicadangkan tidak diperakui kerana menggunakan bahasa Inggeris.Istilah11.08.2016
Penamaan Program - Diploma Pendidikan Awal kanak-kanak IslamikDiploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Islam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Islam) Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Secara IslamIstilah09.09.2013
penamaan tempat yang sebenarnya telah diwartakan."Kawasan Perindustrian Temasya"Tatabahasa18.12.2013
Soalan berkenaan penamaan unit kediaman pelajar dan organisasi prlajar di kolej kediaman. Yang manakah lebih tepat. 1. Residen Pelajar Makmur atau Residensi Pelajar Makmur? 2. Perwakilan Mahasiswa Residen Pelajar Makmur atau Perwakilan Mahasiswa Residensi Pelajar Makmur? Terima kasihFrasa yang betul ialah:

Residensi Pelajar Makmur
Perwakilan Mahasiswa Residensi Pelajar Makmur
Ejaan09.02.2021
Boleh kah saya menggunakan perkataan Omega dalam pilihan nama untuk pusat tuisyen?

Saudara,

Makna perkataan omega ialah  huruf ke-24 (terakhir) dlm abjad Yunani. Dalam konteks lain, perkataan omega merupakan jenama terkemuka bagi jam. Dalam konteks penamaan terutamanya penamaan pusat tuisyen, biasanya nama-nama yang menunjukkan kebijaksanaan, keilmuan atau berbentuk akademik sesuai digunakan. Dalam hal ini jika puast tuisyen tersebut disamakan dengan taraf terkemuka maka perkataan omega bolehlah digunakan. 

Makna05.08.2010
Persoalannya adakah nama institusi pelajaran yang akan ditubuhkan seperti 'Pusat Perkembangan I CAN READ' diterima pakai? Adakah DBP mempunyai garis panduan tentang pemakaian nama untuk institusi pendidikan.

Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan sebuah buku yang diberi nama Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan untuk dijadikan panduan dan rujukan oleh masyarakat pengguna bahasa dalam aspek penamaan. Saudara boleh merujuk buku ini untuk mendapatkan panduan dalam penamaan. Penamaan hendaklah menggunakan perkataan tempatan yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan, undang-undang dan kepercayaan agama man-mana suku kaum di negara kita, yang ringkas, mudah diucapkan, sedap didengar, tidak berkonotasi negatif dan bermakna positif dan tepat, seboleh-bolehnya yang terakam di dalam Kamus Dewan.

Dalam hal penamaan yang dikemukakan adalah lebih baik nama tersebut dibentuk dalam bahasa kebangsaan dan beridentiti nasional, cth. Pusat Perkembangan Upaya Baca sebagai cadangan terjemahan bagi Pusat Perkembangan I Can Read.   

Lain-lain27.03.2008
Perbezaan di antara Penamaan dan Penjenamaan. Sekian terima kasih.Penamaan bermaksud perihal menamakan, manakala penjenamaan bermaksud pemberian jenama (nama tertentu) kepada sesuatu barang yang dihasilkan.Makna19.07.2012
Ingin mendapatkan khidmat nasihat untuk nama jalan perindustrian.

Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan sebuah buku yang diberi nama Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan untuk dijadikan panduan dan rujukan oleh masyarakat pengguna bahasa dalam aspek penamaan. Saudara boleh merujuk buku ini untuk mendapatkan panduan tentang penamaan. Penamaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu dan tidak bertentangan dengan perlembagaan, undang-undang dan kepercayaan agama mana-mana suku kaum di negara kita, yang ringkas, mudah diucapkan, sedap didengar, tidak berkonotasi negatif dan bermakna positif dan tepat, seboleh-bolehnya yang terakam di dalam Kamus Dewan.

Dalam hal penamaan yang dikemukakan adalah lebih baik nama tersebut dibentuk dalam bahasa kebangsaan dan beridentiti nasional, contoh: "Jalan Seri Murni", "Jalan Harmoni" dan sebagainya. 

Lain-lain24.02.2022
Assalamualaikum. Penamaan atau label sesuatu bangunan adakah memerlukan ditulis "Bangunan Pentadbiran Umar Abd Aziz" atau "Umar Abd Aziz" sahaja? Begitu juga dengan bilik kuliah atau bilik mesyuarat adakah perlu ditulis labelnya "Bilik Mesyuarat (atau Bilik Syura) Abu Bakar" atau cukup "Abu Bakar" sahaja? Terima kasih. Wassalam.Keterangan nama perlu ada dalam setiap penamaan seperti contoh yang tuan berikan Bangunan Pentadbiran Umar ABd. Aziz, Bangunan Pentadbiran (keterangan nama) dan Umar Abd. Aziz (nama bangunan) dan begitu jugalah dalam penamaan yang lain.Tatabahasa30.01.2013
KONSORTIUM PD SDN BHD

Soalan  tidak jelas. Adakah saudara maksudkan  penamaan iklan yang betul?  Bagi penamaan iklan yang betul ialah KONSORTIUM PD SDN. BHD. Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan saudara  melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/
Sekiranya lain daripada maksud di atas, mohon diberikan perincian.

Lain-lain24.10.2017
12345678910...

Kembali ke atas