Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.ma.tan] | ڤنمتن

Definisi : perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; ada­kalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn mem­berhentikan sahaja proses kaunseling; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tamat (kata kerja)
Bersinonim dengan berakhir, selesai, habis, sudah, khatam, berhenti, putus, beres, langsai, kiamat;,
Kata Terbitan : menamatkan, tamatan, penamatan, penamat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
readthroughpembacaan terusBiologiGenetik1. Transkripsi yang melepasi sesuatu jujukan terminator dalam DNA kerana kesilapan RNA polimerase untuk mengenali isyarat penamatan atau penceraian sementara faktor penamatan (seperti rho dalam bakteria) daripada jujukan penamatan. 2. Terjemahan yang melepasi kodon penamatan rantai (pemberhentian) sesuatu mRNA seperti dilakukan oleh tRNA supersor tak bererti.
demobilizationpenamatan khidmat kerahanSejarahTiadaPenamatan perkhidmatan bagi tentera yang dikerah ketika perang atau pembubaran pasukan tentera.
combination terminationpenamatan gabunganKejuruteraanPolimerPenamatan pempolimeran apabila dua rantai polimer beradikal yang menumbuh bergabung menghasilkan satu molekul polimer.
primary terminationpenamatan primerKejuruteraanPolimerPenamatan pempolimeran apabila rantai polimer beradikal yang sedang menumbuh bertindak sendiri menamatkan tindak balas akibat kepekatan monomer yang rendah.
disproportionate terminationpenamatan tak berkadaranKejuruteraanPolimerPenamatan pempolimeran apabila dua polimer beradikal yang menumbuh dineutralkan dengan pemindahan proton atau elektron dan menghasilkan dua molekul polimer.
pawn terminationpenamatan gadaianEkonomiEkonomi IslamPersetujuan untuk menamatkan sesuatu gadaian supaya penggadai dan pegadai bebas dan tidak lagi tertakluk kepada peraturan gadaian. Penamatan akad gadaian boleh berlaku dengan beberapa cara, iaitu selepas pelunasan keseluruhan hutang, pemulangan semula barang gadaian kepada pemiliknya dan berlaku kemusnahan kepada barang gadaian tanpa gantian.
faskhpembubaranPerniagaan IslamTiadaPenamatan akad yang dilakukan oleh pihak berkontrak disebabkan faktor yang berpunca daripada kemahuan pihak berakad. Contohnya, penamatan akad dalam kes iqalah, khiyar ‘ayb dan khiyar syarat.
expiration datetarikh tamat tempohPentadbiran PerniagaanTiada1. Tarikh penamatan perlindungan bagi sesebuah polisi insurans. Tarikh tersebut juga menetapkan waktu penamatan.
abolition with acceptancepemansuhan dengan kerelaanEkonomiEkonomi IslamPenamatan akad muzara‘ah yang dilakukan secara sukarela dengan persetujuan kedua-dua belah pihak. Penamatan akad ini berlaku apabila salah satu pihak ingin menamatkan akad dan dipersetujui oleh pihak yang satu lagi. Pemansuhan hanya boleh dilakukan sebelum sesuatu projek penanaman bermula. Pemansuhan juga boleh berlaku dengan sendirinya apabila tamat tempoh akad atau matlamat akad telah tercapai.
abolition without acceptancepemansuhan tanpa kerelaanEkonomiEkonomi IslamPenamatan akad muzaraah yang dilakukan secara paksaan oleh satu pihak tanpa kerelaan pihak yang lain. Penamatan akad akan diputuskan melalui mahkamah atas permohonan pengusaha atau pemilik tanah. Contohnya, pengusaha ingin menamatkan akad kerana ketidakmampuannya meneruskan kerja atas sebab kesihatan atau alasan lain yang munasabah. Pembatalan akad tanpa kerelaan tidak boleh dilakukan oleh pemilik tanah sekiranya matlamat muzara‘ah belum tercapai walaupun atas alasan ingin menjual tanah kepada orang lain.
12345678910...

Kembali ke atas