Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Halif Nassir knp ke6-6 nom sy call xdangkt? mohon buat penambah baikan...pada sistem dbp sah bahasa..bila ada kslhan ejaan, mohon respond hasil dri pmbtulan tu dibuat dengan cepat.. dah byar pun masih lambat ke periksa pembetulan? Mohon phk dbp membuat penambah baikan bagi sistem pemeriksaan bahasa. Tambahan pula sekrang merupakan sistem yang berbayar id sy halif.nassir@gmail.com..tolomg periksa sistem dbpsahbahasa...sy sudah bt byran..tp still kena byr rm10Assalamualaikum En. Halif. Tuan boleh menyalurkan sebarang persoalan tentang pengesahan iklan ke makluman@dbpsahbahasa.my. Sekian. Terima kasih.Lain-lain19.07.2017
apakah perbezaan istilah penggunaan penambahbaikkan dengan penambah baik?Untuk pengetahuan saudara/ saudari, ejaan yang betul perkataan tersebut ialah penambahbaikan. Maknanya ialah perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb) menjadikan bertambah baik: laman web ini secara keseluruhannya masih lagi dlm proses ~ dan banyak lagi bahan atau maklumat akan dimasukkan dr semasa ke semasa; kualiti penerbitan masih terbuka luas utk dilakukan ~. Penambah baik adalah salah, yang betulnya seperti keterangan di atas. Harap maklum.Makna25.10.2007
Donquixote D'artagnan SEL 4.29 PTG mohon buat penambah baikan...pada sistem dbp sah bahasa..bila ada kslhan ejaan, mohon respond hasil dri pmbtulan tu dibuat dengan cepat..Kami ambil maklum cadangan tuan dan pada masa yang sama kami berusaha menambah baik mutu perkhidmatan yang diberikan.Lain-lain11.07.2017
bagaimana perkataan ini dieja. perlu dieja dekat atau dijarakkan 1. sekaligus atau sekali gus 2. keretapi atau kereta api 3. penambahbaikan atau penambah baikan 4. lalu lintas atau lalulintas 5.kemas kini atau kemaskini 6.Projek Landasan Keretapi Berkembar atau dieja dengan huruf kecil 7. pempiawaian atau pemiawaian 8. Rangkaian Kereta api Ekspres atau dieja dengan huruf kecil rangkaian Kereta api ekspres 9. Sistem Transit Aliran Ringan dieja dengan huruf kecil sistem transit aliran ringan 10.adakah Projek Landasan Keretapi Berkembar sebagai nama khas 11.adakah Rangkaian Kereta api Ekspres (ERL) sebagai nama khas1. sekali gus. 2.kereta api. 3.penambahbaikan. 4. lalu lintas. 5. kemas kini. 6. Projek Kereta Api Berkembar. 7. pemiawaian. 8. Rangkaian Kereta APi Ekspres. 9. Sistem Transit Aliran Ringan. 10. Kata nama khas. 12. Kata nama khas.Tatabahasa20.05.2010
Apakah perbezaan antara kata terbitan dengan imbuhan

Kata terbitan: ialah kata yang telah diberikan imbuhan.

imbuhan: penambah (awalan, akhiran, dan sisipan);

Makna17.06.2009
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "tinkering"? Seperti dalam https://www.naeyc.org/sites/default/files/globally-shared/downloads/PDFs/resources/pubs/sample_what_you_need_to_know_about_tinkering_making_and_engineering.pdf atau https://www.exploratorium.edu/sites/default/files/pdfs/brief_OverviewOfLearning.pdfTerjemahan yang sesuai bagi 'tinkering' mengikut konteks ayat yang diberikan ialah penambah baikMakna21.08.2020
apa fungsi imbuhan akhiran ( an) seperti namaan,kerjaan,pukulan,pergian dan sebagainya .. jadi apa beza diantara kata dasar dengan kata yang ada imbuhan -an ???Encik Muhamad Rdhwan, fungsi akhiran 'an' seperti yang diberikan contoh, kata kerja akan menjadi kata terbitan apabila diletakkan imbuhan an diakir kata kerja tersebut. Kata dasar ialah kata yang tidak berimbuhan manakala Penambah dlm ilmu bahasa sptber-, ter-, -i, -kan dll yg dpt ditambahkan, atau –el-, -er- atau –em- yg dpt disisipkan pd kata dasar.Terima kasihTatabahasa13.02.2009

Kembali ke atas