Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nam.ba.han] | ڤنمبهن

Definisi : 1. perihal menambah (menam­bahi, menambahkan), perihal memberi tam­bah­an pd; 2. perihal memberi imbuhan pd kata pokok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nam.ba.han] | ڤنمبهن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menambah, menambahi atau menambahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Soalan pertama, apakah nama hasil karya yang isi kandungan utamanya diambil daripada sesebuah buku dengan penambahan-penambahan isi daripada pengarang hasil karya itu sendiri? Hasil karya tersebut pula bukan berbentuk ringkasan, terjemahan, atau rumusan. Soalan kedua, adakah pihak DBP ada menerbitkan kamus istilah-istilah ilmu hadis? Jika ada, boleh saya tahu bagaimanakah cara untuk mendapatkannya?

Assalamu`alaikum.

Terima kasih menggunakan Khidmat Nasihat DBP.

Jawapan:

Soalan pertama: Pengambilan hasil karya orang lain adalah menyalahi Undang-undang Hak Cipta.

Soalan kedua: DBP telah menerbitkan Glosari Hadis pada tahun 1994.

Lain-lain10.01.2011
1.apakah perbezaan antara penambahan dan pertambahan?penambahan bilangan sekolah sedang diusahakan oleh pihak tertentu.adakah ayat ini betul?kalau betul mengapa? 2.apakah perbezaan antara imbuhan mem...i atau mem...kan. terima kasih

Saudara Khoo,

1. Perkataan pertambahan bermaksud perihal bertambah: penduduk luar bandar sedang mengalami ~ besar;

penambahan" title="penambahan">Perkataan penambahan bermaksud 1. perihal menambah (menambahi, menambahkan), perihal memberi tambahan pd; 2. perihal memberi imbuhan pd kata pokok.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Dalam hal ini ayat yang betul ialah 'Penambahan bilangan sekolah sedang diusahakan oleh pihak tertentu. 

2.  Imbuhan meN...kan dan meN...i  berbeza dari segi fungsinya. MeN...kan menandakan kausatif manakala meN...i menandakan lokatif. Contohnya,

a. Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. 

b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 197-207.  

Tatabahasa25.08.2009
apakah dibenarkan penambahan 'an' pada perkataan 'komersil' ?Daripada kata komersial boleh menerbitkan kata mengkomersialkan dan pengkomersialan.Tatabahasa16.12.2014
Permohonan semula kelulusan ejaan dan bahasa dari DBP untuk papan iklan. Penambahan kurungan telah dilakukan seperti dalam lampiran. Sekiranya lulus penambahan kurungan tersebut, diharapkan agar lampiran tersebut dapat disahkan oleh pihak DBP bagi tujuan permohonan lesen papan iklan dari Majlis Perbandaran Subang Jaya. Terima kasih.Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain26.10.2016
"Tidak ada perubahan morfologi kata antara entri dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dengan entri dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman tuan, Kamus Edisi Keempat mengandungi sebanyak 5 843 kata baharu yang merangkumi entri, subentri dan frasa. Di samping kata baru, kata entri lama mengalami perubahan makna, sama ada peluasan mahupun penyempitan dalam Kamus Edisi Keempat." Bagaimana boleh saya dapatkan senarai untuk semua penambahan-penambahan dan perubahan-perubahan tersebut?Sila buat surat rasmi kepada Bahagian Perkamusan untuk urusan tersebut.Lain-lain09.02.2018
Salam, Adakah benar tidak ada penambahan 3 imbuhan dalam ayat bahasa Melayu? Contohnya, mempertahankan, memperkemaskan, memperindahkan, mempersaudarakan dan lain-lain lagi. JIka tidak benar, apakah prinsip atau rumus untuk mengetahui bahawa terdapat 3 penambahan imbuhan dalam ayat bahasa Melayu? Terima kasih.

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, terdapat apitan kata kerja mempeR-...-kan. Golongan kata nama dan kata kerja bergabung dengan apitan "mempeR-...-kan" untuk membentuk kata kerja seperti memperkenalkan, memperdengarkan, memperlihatkan (kata kerja), memperisterikan, memperbudakkan (kata nama) dll.   Apitan mempeR-...-kan dengan kata kerja membawa maksud  menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan mempeR-...-kan dengan kata nama membawa maksud kausatif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 208. 

Tatabahasa10.12.2010
Bolehkah perkataan "non-addition" dipadankan dengan "ketidaktambahan"?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan "non-addition" ialah Tanpa tambahan/tanpa penambahan atau bukan tambahan/bukan penambahan mengikut kesesuaian konteks.Istilah28.05.2021
apakah aspek semantik dalam aspek wacanaMenurut Kamus Dewan, Semantik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Wacana pula pula bermaksud keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan atau kesatuan fikiran yang utuh. aspek semantik dalam aspek wacana biasanya dikaitkan dengan kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata dalam pertuturan, percakapan atau perbincangan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.Lain-lain25.08.2006
Dalam minit mesyuarat, saya perlu menulis ayat seperti di bawah: 1. i) Penambahan perenggan baharu 3.5.5 seperti berikut:'Mesyuarat juga bersetuju supaya urus setia membuat rundingan tawaran harga dengan syarikat ABC'. Soalan: Adakah tatacara penulisan dengan penggunaan tanda (:) diikuti tanda (') adalah betul? Sila beri tunjuk ajar

Tanda baca titik bertindih (:) boleh digunakan kerana fungsinya memperkenalkan atau menambah keterangan.

Manakala tanda petik tunggal (') tidak perlu digunakan kerana selalunya digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit dengan tanda petik (").

Maka, penggunaan tanda baca yang betul adalah: i) Penambahan perenggan baharu 3.5.5 seperti yang berikut: Mesyuarat juga bersetuju supaya urus setia membuat rundingan tawaran harga dengan syarikat ABC.

Tatabahasa01.06.2011
Pagi lagi,Karim telah mandi kerana mahu mengikut kakaknya berkelah di tepi pantai.(ADA SALAH AYAT INI?

Saudara Ho,

Menerusi ayat yang dikemukakan di atas tidak terdapatnya kesalahan ayat. Namun untuk penggunaan ayat yang lebih gramatis, terdapat sedikit penambahan dalam ayat menerusi penambahan di bawah.

'Sejak dari pagi lagi,  Karim  mandi kerana mahu mengikut kakaknya berkelah di tepi pantai'

Tatabahasa22.09.2012
1234567

Kembali ke atas