Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nam.ba.han] | ڤنمبهن

Definisi : 1. perihal menambah (menam­bahi, menambahkan), perihal memberi tam­bah­an pd; 2. perihal memberi imbuhan pd kata pokok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nam.ba.han] | ڤنمبهن

Definisi : perbuatan (hal dsb) menambah, menambahi atau menambahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accumulationtimbunan; tumpukan; penimbunan; penumpukan; pengumpulanPerubatanPergigianProses penambahan seperti penambahan plak pada permukaan gigi.
gel cementsimen gelKejuruteraanPetroleumSimen atau buburan simen yang telah diubahsuai dengan penambahan bentonit. Penambahan bentonit sering kali dilakukan untuk mengurangkan ketumpatan simen.
identity for additionkepercaman untuk penambahan/identiti untuk penambahanFizikTiadaTiada
identity for additionkepercaman untuk penambahan/identiti untuk penambahanMatematikTiadaTiada
multiplicationpendarabanMatematikTiadaOperasi asas dalam matematik. Dalam konteks integer positif, pendaraban merupakan penambahan berulang. Apabila proses penambahan dikenakan kepada sebilangan nombor semuanya bernilai b dan bilangan itu a, hasil tambah b + b + ... (a kali) = c dikenali sebagai hasil darab a dengan b. Secara simbol, a x b = c atau a ∙ b = c; a x b disebut “a kali b” atau “a didarab b”. Seperti penambahan, proses pendaraban boleh diperluas kepada integer, pecahan, nombor perpuluhan, nombor nyata, nombor kompleks, vektor, matriks dan sebagainya.
chlorinationpengklorinanKimiaTiada1. Penambahan klorin ke dalam sesuatu sebatian organik, sama ada melalui tindak balas penambahan atau penggantian.,2. Pensterilan air minuman dengan penambahan klorin atau sebatian klorin.
chlorinationpengklorinanKimiaTiada1. Penambahan klorin ke dalam sesuatu sebatian organik, sama ada melalui tindak balas penambahan atau penggantian. 2. Pensterilan air minuman dengan penambahan klorin atau sebatian klorin (seperti natrium hipoklorit) ke dalam bekalan air.
adductadukKimiaTiada1. Sebatian kimia yang terbentuk daripada pengabungan dua spesies melalui tindak balas penambahan. Misalnya, tindak balas penambahan. Misalnya, tindak balas butadiena dengan stirena menghasilkan aduk yang disebut 4-fenilsikloheksena. 2. Sebatian kompleks yang terbentuk melalui persekutuan dua molekul. Misalnya, H3N: ® BF3.
average daily gainpurata penambahan harianPertanianAgroteknologiKadar peningkatan berat badan sehari ternakan dalam tempoh tertentu. Contohnya, seekor lembu yang meningkat 200 kg dalam tempoh 200 hari, purata penambahan hariannya ialah 1 kg. Faktor utama yang menentukan purata penambahan harian ialah kuantiti dan kualiti makanan yang diberikan selain daripada faktor baka haiwan itu sendiri. Lembu yang diberi makanan dedak dalam fidlot biasanya bertambah berat badan 1 kg/hari, manakala lembu yang meragut rumput mampu meningkat berat badannya sebanyak 0.4 kg/hari.
additionpenambahan; tambahanKimiaTiada1. Penambahan: Penggabungan dua atau lebih bahan untuk menghasilkan sebatian atau campuran lain.
12345678910...

Kembali ke atas