Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nam.pang] | ڤنمڤڠ

Definisi : permukaan yg rata pd sesuatu barang yg dipotong di tengah-tengah muka belahan (keratan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nam.pang] | ڤنمڤڠ

Definisi : per­mukaan yg rata pd sesuatu barang yg dipotong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penampang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jubillah Loinsu dari Penampang, sabah. Nak tanya 2 soalan kepada DBP. 1. Adakah DBP menerima karya-karya dalam bahasa lain untuk di terbitkan. Contohnya, karya-karya dalam bahasa kadazandusun. Ini kerana pada masa sekarang, sekolah-sekolah di Sabah khususnya menggunakan bahasa ini sebagai salah satu subjek di sekolah rendah dan sekolah menengah. Tambahan pula, penerbit buku dalam bahasa Kadazandusun ini tidak banyak. Untuk pengetahuan pihak DBP, saya sangat minat menulis terutama sekali dalam bahasa kadazandusun tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk mengembangkan minat saya ini supaya memberikan manafaat kepada masyarakat.Jadi, apakah cadangan pihak DBp terhadap saya? 2. Bolehkah pihak DBP memberi maklumat kepada saya sekiranya ada program yang berkaitan dengan penulisan bahasa-bahasa ibunda terutamanya di negeri Sabah? contohnya, pertandingan menulis cerita rakyat,rencana dan sebagainya. Terima Kasih.

1) Pihak kami hanya menerima karya dalam bahasa melayu, Puan boleh menterjemahkan karya tersebut ke dalam bahasa Melayu

2) Puan boleh menyertai peraduan menulis cerita rakyat anjuran DBP Cawangan Sabah, dan untuk esei budaya, puan boleh menghubungi Editor Majalah Etnik, DBP Cawangan Sabah. 088-439260, Encik Abdul Nassir Mohd Said.

Lain-lain18.03.2009
Ingin mencari penceramah untuk bengkel Penulisan Kraeatif: cerpen dalam aktiviti Kem Penulis Muda Peringkat Negeri Sabah pada 5 Mac 2014 (8.00 pg - 1.00 ptg) di BTPN Sabah (Penampang)Untuk mendapatkan khidmat penceramah dan maklumat lanjut tentang kursus anjuran DBP sila berhubung terus dengan Dr. Amran Joned, Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, telefon 03-21479779/2147, pegawainya Encik Mohd. Noor Jabar (noor@dbp.gov.my) 03-21479220 dan Dr. Dahlina Daut (dahlina@dbp.gov.my) 03-21479224.Lain-lain04.02.2014

Kembali ke atas