Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.na.man] | ڤنانمن

Definisi : perihal menanam (menanam­kan): petani-petani dlm mukim tersebut ber­setuju memulakan ~ padi jenis baru itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.na.man] | ڤنانمن

Definisi : perbuatan atau hal menanam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penanaman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon tajuk yang betul. "Manual Penanaman Lada" atau "Manual Tanaman Lada"Tajuk yang betul ialah "Manual Penanaman Lada".Tatabahasa15.08.2017
Sy ingin bertanya tentang cadangan perkataan bagi ayat2 ini, sama ada perlu meggunakan perkataan "PERIMETER" @ "PARAMETER" : 1. Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan sebagai penanaman perimeter bagi setiap cadangan pembangunan. 2. Ini bermakna ruang 2 meter penanaman perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja. Sy juga ingin bertanya tentang kewujudan perkataan "KEMUDAHSAMPAIAN" (accessibility) dalam istilah b.melayu atau dalam kamus dewan terbaru. Terima kasih.1. Dalam Kamus Dewan Edisi keempat, perimeter bermaksud ukuran panjang keliling sesuatu objek, rajah satah atau kawasan. Manakala parameter bermaksud  garis-garis yang menen­tukan atau menandakan keluasan atau batasan sesuatu, keluasan yang ada batasan-batasannya.

Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan yang sesuai ialah perimeter.

Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan  perimeter bagi setiap cadangan pembangunan.

Hal ini bermakna 2 meter perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja.

2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan Accessibility ialah kebolehcapaian, ketercapaian mengikut konteks ayat.
Tatabahasa08.09.2017
Apakah kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa dalam ayat ini? Para petani-petani di kawasan itu akan mengusahakan penanaman padi secara estet mini.Para petani di kawasan itu akan mengusahakan penanaman padi secara estet mini. Penggunaan yang salah para petani-petani, yang betul para petani atau petani-petani atau petani sahaja sudah memadai kerana "di kawasan itu" menjadi penanda jamak dalam konteks ayat tersebut.Istilah03.08.2021
Rujuk kepada tajuk berikut: "Program projek anak angkat dan kempen penanaman pokok". Untuk makluman, sebenarnya program ini berkaitan dengan hal landskap fizikal sahaja, maka apakah betul atau salah penggunaan istilah "projek anak angkat" itu atau istilah tepatnya sekadar "projek angkat" digunakan? Apakah ini pendekatan ini boleh diambil dalam semua hal yang tidak melibat anak (manusia)?. Sila nasihat dan terima kasih. Wassalam.Nama yang sesuai ialah 'Projek Angkat dan Kempen Penanaman Pokok'. Dalam hal ini hanya konsep anak angkat digunakan dalam menamai projek tersebut  dan tidak melibatkan pengambilan anak(manusia).  Tatabahasa22.04.2009
Saya sedang membuat lapuran untuk pejabat saya mengenai penanaman pokok-pokok di dusun. Yang mana adalah betul? (1) Kerekot daun atau Daun kerekot. (2) Layu pokok atau Pokok layu. Terima kasih.Mengikut Hukum D-M, yang betul ialah daun kerekot dan pokok layu. Tatabahasa21.07.2008
Apakah perkataan yang sesuai dipadankan dengan perkataan "grazing" dalam konteks penanaman dan ragut di tempat pekerjaan seperti ladang. Adakah perkataan "peragutan" sesuai digunakan bagi padanan "grazing" dalam konteks ini. contoh ayat bahasa Inggeris adalah seperti yang berikut: "to require employers to allot land for cultivation and grazing in a place of employment...Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan grazing daripada bidang pertanian ialah meragutMakna17.12.2020
Apakah terjemahan yang tepat bagi "community farming"? "Community farming" merujuk kepada aktiviti penanaman pokok mengikut spesies tertentu oleh pemilik tanah perseorangan secara berkelompok atau mengikut kawasan.Kami mencadangkan "community farming" diterjemahkan sebagai "perladangan komuniti" atau "pertanian komuniti". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah17.06.2022
1. Apakah perbezaan di antara pertanian dan perladangan ? 2. Penternakan termasuk dalam kategori pertanian atau perladangan?Pertanian membawa maksud yang luas merangkumi  perladangan, penternakan dan penanaman.
Oleh itu penternakan itu di bawah pertanian.
Makna11.05.2016
Salam sejahtera. Saya ingin ayat-ayat di bawah betul atau sebaliknya. terima kasih I) Siti pernah belajar di situ pada beberapa tahun yang lalu. 2) Pak Cik Dollah akan pergi ke sana dengan menaiki bas. 3) Tanah di sini memang sesuai untuk penanaman kelapa sawit. 4) Mak Tam dan suaminya tinggal di rumah yang usang itu. 5) Kek coklat yang enak itu dibuat oleh emak saya pada malam tadi.

Sebahagian yat yang berikut telah dibuat pembetulan:

I) Siti pernah belajar di situ beberapa tahun yang lalu.

2) Pak Cik Dollah akan pergi ke sana dengan menaiki bas.

3) Tanah di sini memang sesuai untuk penanaman kelapa sawit.

4) Mak Tam dan suaminya tinggal di rumah yang usang itu.

5) Kek coklat yang enak itu dibuat oleh emak saya pada malam tadi.

Tatabahasa21.07.2008
1)Sila definasikan Kadar Pulangan dalam Bahasa Malysia yang berasal dari perkataan Rate of Return dalam konteks Real Estate terms. 2) Sila definasikan Hartanah Perdagangan dalam Konteks Real Estate,

Makna kadar pulangan secara umum ialah jumlah atau banyaknya bayaran yang dikenakan ke atas hasil  drpd atau pendapatan penanaman modal (pekerjaan, pemberian, perkhidmatan, dll). Saudara perlu menyemak istilah tersebut dan istilah Harta Tanah Perdangan dalam bidang Harta Tanah (Real Estate) di IPTA/IPTS yang mengendalikan kursus dalam bidang tersebut.

Istilah19.11.2008
12

Kembali ke atas