Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.na.man] | ڤنانمن

Definisi : perihal menanam (menanam­kan): petani-petani dlm mukim tersebut ber­setuju memulakan ~ padi jenis baru itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.na.man] | ڤنانمن

Definisi : perbuatan atau hal menanam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penanaman


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM PENANAMAN

Sistem penanaman ialah kaedah menanam

tanaman dan mengeluarkan hasil yang tinggi tanpa

merosakkan tanah. Ia melibatkan gabungan teknik

pengeluaran yang berbeza untuk menyediakan

penggunaan tanah yang paling baik. Dalam

menentukan tanaman dan kaedah pengeluaran yang

paling sesuai dengan tanah, peladang mesti

memastikan komposisi tanah, cerun, saliran dan

masalah hakisan tanah; dan sejarah penanamannya

yang lalu. Teknik pengeluaran seperti kaedah

penanaman yang berbeza, penggiliran tanaman, dan

penggunaan baja dengan betul dan racun perosak

digunakan dalam kombinasi yang berbeza untuk

membantu peladang.

UMUM 
PERKEBUNAN PASARAN

Perkebunan pasaran ialah penanaman sayur-

sayuran atau buah-buahan, atau kedua-duanya,

untuk dipasarkan. Kebun pasaran biasanya terdiri

daripada petak tanah yang besar, dengan kawasan

yang diuntukkan untuk sayur-sayuran yang berbeza.

Kebun pasaran membekalkan hasil yang segar

kepada orang ramai yang tinggal di bandar besar di

seluruh dunia. Pembaikan dalam pengangkutan dan

penggunaan penyejukan bagi mengekalkan

kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan, telah

mengurangkan pergantungan penduduk bandar

pada hasil tanaman tempatan. Banyak kebun pasaran

moden merupakan perniagaan besar, yang

membekalkan banyak kuantiti tanaman seperti salad

atau tomato.

UMUM 
TANAMAN GILIRAN

Tanaman giliran lihat Sistem penanaman.

UMUM 
PERTANIAN TEBANG DAN BAKAR

Pertanian tebang dan bakar lihat Indonesia

(Pertanian) ; Orang Asli Amerika (Peladang);

Pertanian (Pertukaran penanaman).

UMUM 
GETAH (RISDA)

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Getah (RISDA) ialah agensi berkanun yang

bertanggungjawab terhadap rancangan

penanaman semula getah. RISDA adalah singkatan

Rubber Industry Smallholder’s Development

Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun

Kecil Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973

di bawah Undang-undang Malaysia (85) 1972, Akta

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Perusahaan Getah. Sebelum itu, ia dikenali dengan

nama Lembaga Perusahaan Tanam Semula Getah

(LPTSG) yang terletak di bawah bidang kuasa

Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 1978,

RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan

Tanah dan Wilayah. Manakala pada tahun 1992,

pentadbirannya diletakkan di bawah Kementerian

Pembangunan Luar Bandar.

UMUM 
TERUSAN WAN MAT SAMANat Saman ialah sebuah

terusan di Kedah yang berfungsi mengalirkan air

dari terusan itu ke kawasan penanaman padi.

Panjang Terusan Wan Mat Saman dianggarkan

36 kilometer, iaitu bermula dari Alor Setar hingga

ke Gunung Jerai. Lebarnya pula ialah 7 meter dan

dalamnya ialah 1.5 meter. Dengan adanya Terusan

Wan Mat Saman, sawah yang sebelum ini

bergantung kepada air hujan, mendapat bekalan

air dari Gunung Jerai dan Sungai Kedah. Apabila

berlaku musim hujan dan air berlebihan, dengan

mudah air dari terusan ini dapat dialirkan ke laut.

UMUM 
PERLADANGAN KERING

Perladangan kering ialah proses menanam

tanaman di kawasan separa kontang tanpa

pengairan. Kawasan separa kontang menerima

sedikit hujan semasa musim penanaman. Oleh

itu, peladang di kawasan ini cuba menambah

amaun air yang menyerap ke dalam tanah

semasa musim hujan dan salji. Semasa musim

pertumbuhan, tanaman menyerap air yang

tersimpan dalam tanah.

UMUM 
LEMBAGA GETAH MALAYSIA

agensi utama untuk membantu membangunkan dan memodenkan industri getah Malaysia dalam semua aspek, dari penanaman pokok getah, pengekstrakan dan pemprosesan getah asli, penghasilan produk getah, dan pemasaran getah serta produk getah.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
AHMADABAD

Ahmadabad (pend. 2 954 526, pend. kaw. met.

3 297 655) ialah bandar terbesar di negeri Gujarat,

di barat India. Bandar ini terletak berhampiran

Sungai Sabarmati, kawasan penanaman kapas

India. Untuk lokasi Ahmadabad, lihat India (peta

politik). Bandar ini ialah pusat pembuatan dan

perdagangan tekstil negara.

UMUM 
SATURNALIA

Saturnalia ialah pesta Rom purba untuk

menghormati Saturn, iaitu dewa pertanian. Pesta

Saturnalia bermula pada 17 Disember. Pada mulanya,

ia berlangsung selama dua hari, tetapi akhirnya

dilanjutkan selama seminggu. Saturnalia mungkin

bermula sebagai perayaan kesyukuran untuk

mengingati penanaman musim sejuk. Walau

bagaimanapun, lama-kelamaan ia kehilangan

kepentingan pertaniannya dan menjadi pesta bersuka

ria. Malah golongan hamba juga diberikan pelepasan

sementara bagi merayakan hari ini. Pesta ini adalah

dalam bentuk jamuan, lawatan dan pemberian

hadiah. Hadiah yang paling popular dalam perayaan

ini ialah lilin dan patung tanah liat yang kecil.

Lihat juga Saturn (Dewa Rom).

UMUM 
12

Kembali ke atas