Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nan.da.an] | ڤننداءن

Definisi : perihal menandai: titik diguna­kan utk menggantikan koma dlm ~ per­pu­luhan di Indonesia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nan.da.an] | ڤننداءن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) menandai atau menandakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penandaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Digital watermarking jika di terjemahkan dalam Bahasa Malaysia yang manakah lebih tepat: 1. penandaan genang digital 2. penandaan air digital 3. tanda tangan digital atau 4. teknik penanda airIstilah bahasa Melayu untuk "digital watermarking" ialah tera air digital atau peneraan air digital.Istilah20.04.2017
Adakah puisi berlainan mempunyai cara penandaan berbeza? eg. Pantun 4kerat; baris1 diakhiri koma, baris2 diakhiri koma bertitik, baris3 diakhiri koma dan baris4 dengan noktah. Bagaimana dengan jenis puisi lain?Itu adalah salah satu teknik penulisan puisi Melayu lama. Sila rujuk buku "Warisan Puisi Melayu" yang disusun oleh Prof. Mohd. Taib OsmanLain-lain31.10.2006
Antara "hal ini kerana" dan "hal ini demikian kerana", yang manakah yang diterima dalam panduan penandaan terkini?Frasa yang betul ialah "hal ini demikian kerana ...".Tatabahasa22.08.2016
Salam, apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'tagging'? Terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang sesuai untuk "tagging" ialah penandaan.Istilah20.10.2016
Adakah tepat perkataan signifikasi sebagai terjemahan bagi perkataan signification?Dalam pangkalan data DBP, istilah bahasa Melayu untuk "signification" ialah penandaan, pemaknaan dan signifikasi. Tuan boleh memilih istilah bahasa Melayu yang sesuai dengan konteks penggunaan.Istilah12.02.2016
Apakah istilah perakaunan dalam Bahasa Melayu yang paling sesuai digunakan untuk "running balance"?Tiada istilah yang terdapat dalam kamus Inggeris Melayu. Tuan boleh menggunakan istilah "running balance" ( dengan membuat penandaan pengikat kata "    ")Istilah27.05.2013
Sejauh mana kepentingan warna dalam kehidupan seharian? atau Sejauh mana signifikasi warna dalam kehidupan seharian?Sekiranya ada perkataan Melayu yang boleh digunakan lebih baik menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan.  Walau bagaimanapun signifikasi lebih membawa maksud "penandaan" atau "pemaknaan" dan bukan "kepentingan".
Lain-lain08.03.2016
Saya ingin menyemak ejaan untuk bilik guru atau Bilik Guru begitu juga dengan bilik pengetua atau Bilik Pengetua? terima kasih.Bilik guru dan bilik pengetua merupakan kata nama am dan tidak perlu ditulis dengan huruf besar apabila digunakan dalam ayat.  Sekiranya perkataan tersebut dibuat sebagai penandaan dan ditampal pada pintu bilik orang tertentu,  perkataan tersebut boleh ditulis sebagai Bilik Guru dan Bilik Pengetua.Ejaan24.04.2012
Salam sejahtera, tuan/puan. Mohon untuk menyemak tatabahasa untuk teks ini: Tag Bahasa Melayu perlu disertakan pada metadata lagu, panduan, atau halaman yang dicipta menggunakan Bahasa Melayu serta pada mana-mana halaman yang mengandungi jumlah teks signifikan dalam bahasa tersebut.Ayat yang betul ialah Penandaan bahasa Melayu perlu disertakan pada metadata lagu, panduan dan halaman yang dicipta menggunakan bahasa Melayu atau mana-mana halaman yang mengandungi teks yang signifikan dalam bahasa tersebut.Tatabahasa08.01.2024
Kedua-dua ayat di bawah dibina oleh anak saya: 1) Ali membuat kerja rumah dengan rajin. 2) Saya akan mengikut nasihat nenek. Guru sekolah telah menanda salah untuk kedua-dua ayat itu dan beri pembetulan seperti yang berikut. 1) Ali rajin membuat kerja rumah. 2) Saya akan mendengar nasihat nenek. Saya rasa ayat yang dibina oleh anak saya juga betul. Adakah ayat yang dibina oleh anak saya salah? Apakah kesalahan ayat-ayat itu?1) Ali membuat kerja rumah dengan rajin. - Ayat tersebut tidak tepat. Hal ini disebabkan dengan merupakan kata sendi nama. Perkataan dengan perlu diikuti dengan kata nama atau frasa nama. Dalam contoh ayat yang diberikan, perkataan dengan diikuti dengan perkataan rajin. Rajin merupakan kata adjektif.

2) Saya akan mengikut nasihat nenek/ Saya akan mendengar nasihat nenek. - Jika mengikut makna dalam Kamus Dewan, ayat yang dibuat oleh anak puan tidak terdapat kesalahan, begitu juga dengan ayat yang diberikan oleh guru anak puan. Akan tetapi, kemungkinan para guru mempunyai skema jawapan tersendiri dalam penandaan soalan.
Tatabahasa08.10.2015
12

Kembali ke atas