Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nang.ka.pan] | ڤنڠکڤن

Definisi : perihal menangkap, peme­gangan, penahanan, dll: pakatan sulit itu gagal dan ~ beramai-ramai telah dijalan­kan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nang.ka.pan] | ڤنڠکڤن

Definisi : hal atau perbuatan menangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami sedang menghasilkan buku "PERALATAN PENANGKAPAN IKAN DI MALAYSIA". Apakah tajuk ini betul dari segi tatabahasa?Ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa27.07.2020
bina ayat yang mengandungi sekurang-kurangnya 5 patah perkataan 1 insentif = 2 terangkat = 3 menghadiahi = 4 mengharapkan= 5 memangkas= 6 menebas= 7 tangkapan= 8 penangkapan=

Sdr Majidee,

Untuk makluman sdr, selain Kamus Dewan memberikan makna perkataan, Kamus Dewan juga turut menyediakan contoh ayat untuk menjelaskan makna sesuatu kata. Misalnya, kata intensif  yang bermaksud dgn giat dan sungguh-sungguh: pertanian dijalankan secara intensif. Oleh itu, sdr dicadangkan agar menggunakan Kamus Dewan untuk membantu sdr memahami makna kata, pembentukan kata dan membina ayat. Sdr juga boleh menggunakan kamus dalam talian dalam laman sesawang DBP.

Lain-lain22.05.2009
Mohamad Shahamir Bissaid Nov 1st, 2:33am Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Mohamad Shahamir BIssaid , AEE130020 , Jabatan Sejarah Universiti Malaya, sedang melakukan kajian mengenai Sejarah Serangan dan Penangkapan Buaya di Semenanjung Malaysia Sebelum dan Selepas Merdeka. Saya telah membaca sebuah buku terbitan DBP yang berjudul Bagin Sungai Merah tulisan Rahimah Muda. Bolehkan saya mendapatkan butiran mengenai Rahimah Muda , seperti emel atau nombor telefon agar saya dapat menghubungi beliau?Tidak ada maklumat tentang penulis Rahimah Muda dalam Direktori Karyawan DBP.Lain-lain02.11.2015
Apakah maksud yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk istilah Bahasa Inggeris ini "Illegal, Unreported and Unregulated Fishing"?Terjemahan yang sesuai untuk "Illegal, Unreported and Unregulated Fishing" ialah Penangkapan Ikan Haram, Tidak Lapor dan Tidak Teratur.Makna08.08.2018
1a)(Dengan kata-kata lain,)kerjasama guru dengan ibu bapa adalah penting untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. 1b)(Dengan kata lain, )kerjasama guru dengan ibu bapa adalah penting untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. 2. (Kerja-kerja menangkap ikan) laut dalam memerlukan peralatan yang lebih canggih. 2b) (Kerja-kerja penangkapan ikan) laut dalam memerlukan peralatan yang lebih canggih. Kedua-dua ayat di atas, manakah ayat betul? Bolehkah beri penerangannya.

1) Dengan kata lain kerjasama guru dengan ibu bapa adalah penting untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. - kata tidak perlu digandakan untuk merujuk kepada jamak.

2) Kerja-kerja menangkap ikan laut dalam memerlukan peralatan yang lebih canggih. -  kata menangkap merujuk kepada perbuatan, manakala penangkapan merujuk kepada proses tersebut. Oleh itu, kata yang paling tepat ialah menangkap.

Tatabahasa10.08.2010
Assalam....boleh saya dapatkan maksud nelayan pesisir pantaiMenurut Imron (2003) dalam Mulyadi (2005), nelayan adalah suatu kelompok masyarakat yang kehidupannya tergantung langsung pada hasil laut, baik dengan cara melakukan penangkapan ataupun budidaya. Mereka pada umumnya tinggal di pinggir pantai, sebuah lingkungan pemukiman yang dekat dengan lokasi kegiatannya. Maksud istilah nelayan pesisiran pantai merujuk kepada penduduk yang berada di persisiran pantai yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan di laut dan dikenali sebagai nelayan di sesebuah tempat tersebut.Makna30.11.2016
Assalamualikum tuan/puan. Terima kasih banyak kerana menjawab pertanyaan -pertanyaan saya. Ia sangat membantu. Saya ingin bertanya beza "hasil" dan "keberhasilan" Terima kasih.

Takrif dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bagi hasil dan keberhasilan adalah seperti yang berikut:

 

hasil n

1 dapatan atau faedah drp sst usaha, kegiatan dsb: Setelah lima tahun bercucuk tanam, ladang itu memberikan hasil yg lumayan.• Penangkapan Razlan itu ialah hasil pengintipan selama sebulan.

2 sst yg diperoleh atau dikeluarkan drp pokok, tanah, hutan dsb: Myanmar ialah sebuah negara yg kaya dgn hasil hutannya. • Orang Senoi mengutip hasil padi mereka dgn menggunakan tuai.

3 ki sst kebaikan atau keburukan yg timbul selepas berlakunya sst kejadian, tindakan dll: Mereka menggunakan senjata termoden hasil teknologi paling canggih. Keselesaan yg dinikmati ialah hasil pengorbanan dan perjuangan generasi sebelum ini.

4 pendapatan yg diperoleh sso, syarikat atau negara drp kutipan cukai, denda, sewa dll: Sekiranya orang yg dituduh itu tidak hadir pd hari perbicaraannya, maka wang jaminannya itu akan hilang dan menjadi hasil kerajaan.

 

 keberhasilan n

1 hal beroleh hasil atau kesan: Keberhasilan penggunaan istilah banyak bergantung pd masyarakat penggunanya. Dia menerangkan cara utk meningkatkan keberhasilan perniagaan di Internet.

2 sst yg dicapai atau diperoleh: Mari sama-sama kita berkongsi ttg keberhasilan yg dicapai sepanjang Ramadan.

Lain-lain06.07.2021

Kembali ke atas