Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nang.ka.pan] | ڤنڠکڤن

Definisi : perihal menangkap, peme­gangan, penahanan, dll: pakatan sulit itu gagal dan ~ beramai-ramai telah dijalan­kan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nang.ka.pan] | ڤنڠکڤن

Definisi : hal atau perbuatan menangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENANGKAPAN UMUM 
KELONG

Kelong suatu kaedah penangkapan ikan di laut. Ia

terdiri daripada barisan pancang yang dibina

menghadap arus laut dalam bentuk menirus

seperti huruf V, dengan kepungan empat persegi

di hujungnya yang merupakan kawasan perangkap

ikan. Kelong dibina di kawasan yang tidak begitu

jauh dari pantai untuk mengelakkan gelombang

atau ombak besar yang memungkinkan pancang

patah atau tercabut.

UMUM 
TEBING BESAR

Tebing Besar ialah salah sebuah kawasan

penangkapan ikan yang terkaya di dunia. Kawasan

ini meliputi kira-kira 360 000 kilometer persegi di

luar pantai tenggara wilayah Newfoundland,

Kanada. Kebanyakan ikan yang ditangkap ialah kod,

tetapi terdapat juga ikan flounder, hadok, halibut,

hering , dan redfish . Tebing Besar mendapat

namanya kerana menjadi sebahagian daripada

sistem penara dalam air yang dikenali sebagai

bank (tebing) dalam bahasa Inggeris.

UMUM 
PERAIRAN MILIK NEGARA

Perairan milik negara ialah kawasan perairan

laut yang hak-hak berdaulat adalah dipunyai oleh

sesebuah negara. Hak-hak ini termasuk kawalan

terhadap penangkapan ikan, pelayaran, perkapalan

dan juga penggunaan sumber laut semula jadi.

UMUM 
JURUSELAM

JURUSELAM,  ketua dan pakar dalam sesebuah unit penangkapan ikan di laut secara berkelompok.  Di pantai barat, dan bagi sesetengah bot besar yang menggunakan pukat jerut dan pukat tunda di pantai timur, perkataan ‘taikong’ digunakan sebagai ganti pada panggilan ‘juruselam’.  Ini bermakna perkataan ‘juruselam’ umumnya digunakan untuk unit penangkapan ikan yang menggunakan alatan tradisi, manakala ‘taikong’ sebagai seorang ketua adalah untuk unit penangkapan ikan yang menggunakan alat moden.

BUDAYATokoh
ALAT PERIKANAN LAUT

ALAT PERIKANAN LAUT, alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di laut. Alat perikanan laut mengalami perkembangan pesat hasil daripada peningkatan teknologi dalam penangkapan ikan.

BUDAYAKonsep
PERIKANAN

Perikanan ialah kawasan yang membekalkan

banyak ikan untuk tujuan komersial. Perikanan

pedalaman termasuk tasik, sungai dan penternakan

ikan. Kebanyakan tangkapan ikan di dunia datang

daripada perikanan laut. Spesies kod, ikan sebelah,

hering, sardin dan tuna menyumbang kepada

sebahagian besar sumber perikanan dunia yang

terpenting di dunia. Banyak negara mengamalkan

pengurusan perikanan untuk memulihara ikan.

Terdapat peraturan yang mengehadkan saiz dan

amaun ikan yang boleh ditangkap, dan juga musim

penangkapan ikan.

UMUM 
SEMENANJUNG KAMCHATKA

Semenanjung Kamchatka menganjur ke arah

selatan dari timur Siberia, Rusia, di antara Laut

Bering dengan Laut Okhotsk. Untuk lokasi, lihat

Rusia (peta muka bumi). Luas semenanjung ini kirakira

350 000 kilometer persegi dengan penduduk

kira-kira 422 000 orang. Di sepanjang semenanjung

ini terdapat banjaran gunung berapi. Semenanjung

ini dilitupi oleh hutan tebal. Perikanan dan

perburuan merupakan industri utamanya. Kawasan

ini membekalkan kulit beruang, sabel, musang,

memerang, otter, dan singa laut. Anak sungainya

mengandungi banyak ikan salmon. Di pantai

baratnya terdapat beberapa kawasan penangkapan

ketam yang utama.

UMUM 
UTIMUTIRAJA

UTIMUTIRAJA ( ? -1511), saudagar keturunan Jawa dan menjadi penghulu masyarakat Melaka keturunan Jawa di kawasan Upeh.  Dia juga dikenal sebagai Timuturaja.  Seorang yang bersikap oportunis, dia telah berbaik-baik dengan orang Portugis yang telah ditahan di Melaka kerana didapati mengintip kekuatan tentera dan pertahanan Melaka.  Malah seorang daripada wanita Jawa di kawasannya, telah bercinta dengan salah seorang pengintip Portugis itu.  Apabila mereka ditangkap dan dipenjarakan, wanita Jawa tersebut telah berenang ke kapal Lopez de Squiera, ketua orang Portugis itu, dan memberitahunya tentang peristiwa itu.  Tindakan itu telah membolehkan de Squiera dan beberapa orang pengikutnya melarikan kapalnya dan belayar ke Goa (India) untuk memberitahu Alfonso de Albuquerque tentang peristiwa penangkapan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas