Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.pi.san] | ڤناڤيسن

Definisi : 1. perbuatan menapis: ~ minyak; ~ kertas kerja dilakukan oleh ahli jawatan­kuasa; 2. (Udg) pemeriksaan yg dibuat terhadap bahan terbitan, filem dsb dgn tujuan utk menghalang penyebaran atau penge­luaran bahan yg boleh dikira sebagai tidak bermoral, lucah, cabul atau mem­bahayakan keselamatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.pi.san] | ڤناڤيسن

Definisi : perbuatan, proses dsb menapis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penapisan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada perkataan "berambus" boleh digunakan dalam pertuturan iklan TV. Terima kasih.Dalam data Kamus Dewan, berambus bermaksud pergi dan lazimnya digunakan apabila berlaku ketegangan dalam komunikasi dua pihak. Penggunaan dalam iklan hendaklah merujuk Garis Panduan Penapisan Filem yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Istilah15.02.2019
Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "soil vapor screening" , "dekontamination" Adakah pihak DBP punya sebarang sumber berkaitan untuk mengetahu glosari yang sahih bagi merujuk terjemahan kaedah-kaedah atau istilah kejuruteraan awam/alam sekitarPenggunaan yang betul dalam bidang kejuruteraan ialah dekontaminasi (bahasa Inggeris - decontamination). Tidak ada padanan khusus untuk soil vapour screening. Dalam bidang kejuruteraan screening diterjemahkan kepada penskrinan atau penapisan, vapour diterjemahkan kepada wap dan soil ialah tanah.Penyemakan dan penterjemahan12.08.2015
Buluh boleh diproses menjadi perabot. Ayat ini boleh menggunakan perkataan "diproses"?

 Puan Gina, terima kasifh kerana menghubungi KNBDBP.

Melihat kepada pengertian yang diberikan dalam kamus ini, maka perkataan proses boleh digunakan - prosés)  2. satu siri tindakan yg dilakukan utk membuat, menghasilkan, atau mencapai sesuatu; 3. kaedah teknik operasi yg digunakan dlm industri utk membuat sesuatu: di Indonesia nampaknya ~ penyaringan dan penapisan masih perlu dijalankan utk dapat memisahkan antah drpd beras; mengolah bahan mentah menjadi barangan siap: sudah ada banyak kilang yg menggunakan alat moden utk ~ barang-barang yg hendak dieksport; pemprosesan perbuatan (usaha, kerja dsb) memproses: ~ permohonan utk mengimport barang; ~ makanan; ~ data; pemproses 1. alat (kilang dll) yg memproses sesuatu: TETAPI perkataan yang lebih sesuai digunakan dalam ayat ini ialah direkabentuk atau terus dijadikan perabut.

Istilah28.02.2009

Kembali ke atas