Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.ri] | ڤناري

Definisi : orang yg pandai menari, tukang tari, anak tari: dia seorang ~ joget. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.ri] | ڤناري

Definisi : orang yg (pandai) menari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tari
Kata Terbitan : menari, tarian, penari,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
castanetkastanetKesenianTiadaKastanet: Alat perkusi yang lazimnya diketuk dengan tangan oleh penari-penari Sepanyol.
dabusdabusKesusasteraanTiadaSejenis tarian rakyat yang terdapat di Perak, Dabus ditarikan oleh 15 � 18 orang penari. Tarian ini dipersembahkan semasa temasya perkahwinan, pesta pertabalan dan upacara keagamaan. Terdapat dua bahagian dalam tarian ini. Pertama, penari bergerak mengikut rentak gendang sambil menggoncang anak dabus. Kedua, penari berada dalam keadaan separa lupa sambil mencucuk lengan masing-masing dengan anak dabus dibiarkannya bergantung di lengan. Tarian ini dipercayai berasal dari Parsi dan dibawa ke Sumatera pada kurun ke-18. Seterusnya, tarian ini dibawa ke Pasir panjang, Setiawan, perak oleh seorang nakhoda kapal bernama Nakhoda Lombong dari Batu Bara, Acheh. Dabus berasal daripada perkataan Bugis yang bererti �Lembing tajam�. Dabus dikenali juga sebagai anak dabus yang dipegang oleh penari semasa mereka menari.
kuda kepangkuda kepangKesusasteraanTiadaTarian yang menggunakan patung kuda anyaman. Tarian ini terdapat di negeri Johor dan dikenali juga dengan nama kuda lumping, jaran kepang atau ebeg. Tarian ini melibatkan antara 9 � 13 penari termasuk seorang ketua yang dikenali sebagai Danyang. Tarian ini boleh menyebabkan penari tidak sedar atau lupa diri. Sebelum memulakan persembahan, bomoh atau ketua kumpulan membaca jampi serapah dan menghadiahkan sajian kepada semangat kuda dan semangat pekarangan. Penari kuda kepang diiringi oleh kumpulan muzik yang mengalunkan muzik, iaitu angklung, gendang bujur dua muka, sebiji jidor dan gong. Tarian kuda kepang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan tarian menunggang kuda dan bahagian kedua bermula apabila penari mula masuk dalam keadaan lupa diri. Pada bahagian kedua, pergerakan penari mula dikawal oleh sesuatu kuasa ghaib. Kuda kepang berasal dari jawa dan diperkenalkan oleh Wali Songo untuk menyebarkan syiar Islam.
ngajatngajatMuzikTiada

 Tarian perang di Sarawak. Tarian ngajat ditarikan oleh seorang penari lelaki atau wanita dalam kalangan kaum Iban. Dalam kalangan kaum Kenyan, Kayan dan Kajang, tarian ini dita­rikan oleh penari lelaki. Penari lelaki memakai topeng yang dihiasi bulu burung tempatan seperti enggang dan memegang pedang parang ilang serta perisai tradisional. Tarian ini dikenali juga sebagai ngajat lasan. Tarian ngajat diiringi ensembel engkerumong, dumbak, tawag dan bandai dalam kalangan kaum Iban. Dalam kalangan kaum Kenyah dan Kayan, tarian ini diiringi ensembel dua sapeh sahaja atau ensembel dua sapeh dan satu jatung utang. Selain Ngajat Lasam, terdapat sejenis tarian ngajat lain yang dikenali sebagai ngajat asal. Tarian ini ditarikan oleh dua orang wanita daripada kaum Kenyah, Kayan dan Kajang.

nang sbek thornnang sbek thornMuzikTiada

 Teater wayang kulit Kemboja yang menggunakan patung besar yang dipegang oleh penari. Teater ini berasaskan epik Reamker atau Ramayana. Beberapa watak dan alam semula jadi seperti hutan, gunung atau laut diukir pada setiap patung besar. Penari boleh menari di depan dan di belakang kelir semasa persembahan. Teknik bermain wayang kulit ini sama dengan teknik bermain nang yai di Thailand. Penari diiringi seorang narator dan ensembel pinn peat. Alat muzik yang terlibat termasuklah ranat thung dan ranat aek (zailofon), kong touch dan kong thong (gong chime), sralay (shawm), ching (simbal), sampho (dram tong panjang) dan skor-thom (gendang belanga).

boleroboleroMuzikTiada

 Tarian Sepanyol yang bertempo sederhana dan bermeter atau berirama. Bolero popular pada akhir abad ke-18 dan abad ke-19. Tarian ini ditarikan oleh seorang penari atau secara berpasangan. Penari diiringi penyanyi dan kastanet. Kadangkala gitar dan tamburin turut dimainkan. Tarian ini merupakan sejenis hiburan bagi masyarakat di Sepanyol. Tarian ini juga terdapat di Cuba.Tarian hiburan Cuba ini diiringi alat genderang seperti bongo, dram conga dan klaves.

choruskorusKesusasteraanTiada1. Kumpulan penari dan penyanyi yang mengambil bahagian di dalam perayaan keagamaan dan pertunjukan drama pada zaman Greek Tua. 2. Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh korus.
choreographykoreografiKesusasteraanTiadaPergerakan pelakon dan penari mengikut rentak muzik dalam drama.
choreographerjurukoreografiKesusasteraanTiadaIndividu yang mencipta pergerakan pelakon dan penari mengikut rentak muzik dalam drama.
hula skirtskirt hulaKesenianTiadaSkirt rumput yang dipakai khas oleh penari hula di Hawaii. Sekarang, jalur plastik digunakan.
1234

Kembali ke atas