Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.na.si.hat] | ڤنصيحت

Definisi : orang yg memberi nasihat (tunjuk ajar dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.na.si.hat] | ڤنصيحت

Definisi : orang yg memberi nasihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nasihat (kata nama)
Bersinonim dengan ajaran, peringatan, tunjuk ajar, petua, petunjuk, panduan, tegur ajar, teguran, amaran, pesanan, wejangan;,
Kata Terbitan : menasihati, penasihat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa beza pakar rujuk dengan penasihat? Terima kasih.Pakar rujuk ialah ahli yang mahir dalam sesuatu bidang, penasihat ialah orang memberi nasihat atau tunjuk ajar.Tatabahasa07.09.2017
saya ingin pastikan tajuk surat yang paling tepat samada menggunakan " Perlanjutan tempoh sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga emas bagi tempoh 1 Mac 2013 - 28 Feb 2015" atau " Pencalonan semula sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga emas 1 Mac 2013 - 28 Feb 2015"
Frasa yang tepat ialah Pelanjutan Tempoh Sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas bagi Tempoh 1 Mac 2013- 23 Februari 2015.
Tatabahasa08.01.2013
Apakah terjemahan berikut boleh diterima pakai dari segi tatabahasa dan kesesuaian? General Counsel = Ketua Penasihat Undang-undang atau Ketua KaunselTerjemahan bagi General Counsel ialah Penasihat Undang-undangMakna16.06.2016
Minta pertolongan bagi terjemahan jawatan -Senior Legal Advisor- ke dalam Bahasa Malaysia. Adakah Penasihat Kanan Undang-Undang, Pegawai Undang-Undang atau Pegawai Perundangan?Senior Legal Advisor diterjemahkan sebagai Penasihat Kanan Undang-undangEjaan24.07.2002
Tuan, merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, kata "menggantikan" bermaksud menjadikan sebagai ganti. Jadi, dengan berpegang kepada makna "menjadikan sebagai ganti", betulkah ayat-ayat yang saya bina di bawah? 1. Guru penasihat itu menggantikan Ahmad kepada Ali sebagai setiausaha. (Ayat ini bermaksud guru penasihat itu menjadikan Ahmad sebagai ganti kepada Ali sebagai setiausaha. Orang yang diganti ialah Ali, dan orang yang menjadi ganti ialah Ahmad.) 2. Dua hari lagi, pihak sekolah akan menggantikan kerusi baharu kepada kerusi lama di kantin. (Ayat (2) bermaksud dua hari lagi, pihak sekolah akan menjadikan kerusi baharu sebagai ganti kepada kerusi lama di kantin.) Saya merasakan dua ayat yang saya bina ini menepati maksud kata "menggantikan". Ayat contoh dalam Kamus Pelajar tidak memenuhi maksud "menggantikan", iaitu menjadikan sebagai ganti. Apakah pendapat tuan?Maksud kedua di dalam kamus ditandakan sebagai nombor 2. Menjadikan sebagai ganti bukan maksud kedua, hanya aspek lain bagi memudahkan pemahaman terhadap makna yang diujarkan sebelum ini. Lihat contoh ayat yang diberikan di dalam Kamus Pelajar, telah jelas menerangkan maksud perkataan tersebut. Tatabahasa29.01.2015
saya ingin bertanya samada kita boleh menggunakan perkataan "Pengarkiban" untuk nama sesuatu jawatankuasa. Sebagai contoh.. Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Koleksi Warsan dan Pengarkiban kuala lumpur. Saya tidak berapa faham maksud pengarkiban. TerimakasihPengarkiban ialah padanan archiving dalam bahasa Melayu, iaitu proses atau perihal mengarkibkan. Satu lagi bentuk kata yang wujud ialah kearkiban yang bermaksud segala yang berkaitan dengan fungsi (kegiatan atau urusan) arkib. Melihat kepada fungsi dan konteks penggunaan itu, kami mencadangkan perkataan kearkiban yang digunakan menjadi Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Koleksi Warsan dan Kearkiban kuala lumpur.Tatabahasa12.11.2014
istilah perkataan mentorMakna mentor ialah pembimbing atau penasihat (yg arif dan berpengalaman) kpd seseorang.Makna24.09.2008
1) Perkataan berganda contoh ( Buah-buahan Tempatan Malaysia ) atau ( Buah-Buahan Tempatan Malaysia ) - sama ada huruf b yang kedua itu ( b - huruf kecil atau B huruf besar) - sama juga seperti Penasihat Undang-Undang. huruf u yang kedua itu huruf besar atau huruf kecil. 2) Perkataan negeri. di tulis dengan huruf kecil atau besar. - Kalau Negeri Melaka. perkataan negeri itu di tulis dengan huruf besar. - kalau negeri sahaja tanpa diikuti dengan nama khas. Adakah ia juga ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar. terima kasih. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker Merangkap Ketua Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. 04-2611955

1) Perkataan kedua dalam kata ganda ditulis dengan huruf kecil seperti contoh Buah-buahan Tempatan Malaysia, begitu juga dengan Penasihat Undang-undang.

2) Perkataan negeri ditulis dengan huruf kecil seperti negeri-negeri di Malaysia dan negeri Melaka kecuali nama yang telah diwartakan seperti Negeri-Negeri selat (kata gandanya hururf besar dan negeripun huruf besar).

Ejaan24.12.2011
Assalamualaikum, mohon pencerahan berkaitan panduan penulisan surat rasmi Panggilan Hormat Penerima atau Kata Sapaan (Surat yang ditujukan kepada agensi kerajaan). Kata sapaan dengan gelaran kebesaran atau dimulakan dengan ‘Tuan’. Contoh 1: Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri TERENGGANU. Contoh 2: Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri TERENGGANU. Contoh 3: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Contoh 4: Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri TERENGGANU. Contoh 5: Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja, Kepada K.D.Y.M.M. Sultan TERENGGANU. Di atas kerjasama dan perhatian yang bersegera tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.Panggilan hormat ialah bentuk sapaan atau rujukan kepada orang tertentu mengikut gelar dan jawatannya. Bagi orang yang bergelar tetapi tidak memegang jawatan dalam kerajaan, maka panggilan hormat kepadanya berdasarkan pada gelar yang dimilikinya, sebagaimana yang ditetapkan oleh Bahagian Adat Istiadat Perdana Menteri. Sebagai contoh, orang yang bergelar Dato’ tetapi tidak memegang jawatan kerajaan dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berbahagia.  Orang yang berjawatan pula, katakanlah ia menteri, maka sama ada ia bergelar atau tidak ia dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat.  Jika ia bergelar, contohnya gelar Dato’, maka gelar itu tidak mempengaruhi panggilan hormat yang didasarkan pada jawatannya.  Beliau tetap dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat. Lain-lain20.02.2019
Syarikat kami ingin memohon permit kelulusan pengambilan/pengeluaran air panas untuk tujuan perniagaan kesihatan kepada orang ramai. Kami telah berdaftar di Lemgaba Urus Air Selangor (LUAS). Syarikat berkhaskan pada MDHS untuk meluluskan membudayakan Bahasa pada penasihat Dewan Bahasa Dan PustakaPertanyaan daripada pihak tuan kurang difahami oleh pihak kami.
Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
Lain-lain18.06.2017
1234

Kembali ke atas