Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.naung] | ڤناءوڠ

Definisi : orang yg memberi lindungan (ban­tuan, galakan, dll), pelindung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.naung] | ڤناءوڠ

Definisi : orang yg memberikan perlindungan (bantuan, galakan dll); pelindung: Isteri Perdana Menteri telah dilantik menjadi ~ Persatuan Wanita Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naung
Kata Terbitan : bernaung, menaungi, naungan, penaungan, penaung,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEGERI NAUNGAN

Negeri naungan ialah negeri lemah yang

dikuasai oleh negara yang lebih kuat. Negeri

naungan biasanya mempunyai fungsi kuasa

berkerajaan sendiri yang tertentu tetapi negara

penaung”nya mempunyai kata pemutus dalam hal-

hal yang penting. Kuasa penaung menjalankan

semua perhubungan luar negeri untuk negeri

naungan dan mengawasi pertahanan negeri

naungan tersebut.

Dalam sejarah British, zaman Naungan (1653–

1659) ialah zaman semasa Oliver Cromwell

memerintah England sebagai Raja Penaung.

Puteranya, Richard menggantikannya sebagai raja

penaung pada tahun 1658.

UMUM 
SIXTUS IV

Sixtus IV (1414–1484) adalah antara paus Zaman

Renaissance yang terkenal kerana jahatnya. Dia

dipilih sebagai paus pada tahun 1471, dan politik

Itali mendominasi banyak pemerintahannya. Dia

juga merupakan penaung besar bagi pembelajaran

dan seni Renaissance.

UMUM 
PERAYAAN SAINT NICHOLAS

Perayaan Saint Nicholas ialah pesta kanak-

kanak yang dirayakan pada 6 Disember, iaitu hari

jamuan Saint Nicholas. Santo ini menjadi biskop

di Asia Kecil pada tahun 300-an M. Dia menjadi

santo penaung kepada kanak-kanak semenjak

Zaman Pertengahan. Perayaan ini dirayakan

terutamanya di Eropah. Di setengah-setengah

negara, kanak-kanak mengisi kasut mereka

dengan jerami dan lobak merah untuk kuda Saint.

Nicholas pada malam hari 5 Disember. Keesokan

paginya mereka mendapati jerami dan lobak

merah tadi telah digantikan dengan mainan-

mainan kecil dan biskut. Namun begitu jika kanak-

kanak itu nakal, dia akan menerima rotan

penyebat.

UMUM 
AFRODIT

Afrodit ialah dewi cinta dan kecantikan dalam

mitologi Yunani. Dewi orang Rome, Venus

mempunyai persamaan dengan Afrodit. Orang

Yunani percaya bahawa Afrodit mempunyai dua

ciri. Sebagai Afrodit Pandemos (Afrodit bagi semua

orang) ia menjadi penaung kepada cinta berahi.

Afrodit Urania (Afrodit Langit) mengilhami cinta

intelektual dan spiritual. Eros, dewa cinta, ialah

pasangannya dan menurut sesetengah mitos, Eros

ialah anaknya. Orang Yunani menyembah Afrodit

sebagai dewi kesuburan yang mewujudkan dan

mengekalkan kehidupan.

UMUM 
ASHURBANIPAL

Ashurbanipal, yang juga dieja Assurbanipal ,

ialah raja besar Assyria yang terakhir. Selama

pemerintahannya (668–627 S.M.), Assyria menjadi

kuasa dunia yang utama. Empayarnya termasuk

Babylonia, Parsi, Syria, dan Mesir. Tetapi dalam

pemerintahannya juga kuasa Assyria mula merosot.

Pada tahun 651 S.M., orang Assyria diusir keluar

dari Mesir. Perang saudara dengan Babylonia

melemahkan lagi empayarnya, walaupun Assyria

memenangi perang itu pada tahun 648 S.M.,

Ashurbanipal merupakan pahlawan yang digeruni

dan penaung seni yang agung. Di istana dirajanya,

baginda mengumpulkan satu koleksi besar tulisan

Sumeria, Babylonia, dan Assyria. Perpustakaan

yang terdiri daripada batu bersurat daripada tanah

liat ini, kini tersimpan di Muzium British,

merupakan panduan yang paling baik tentang

sejarah Mesopotamia.

Lihat juga Dunia, Sejarah (gambar).

UMUM 
SIENA

Siena (pend. 61 888) terletak di atas bukit di Tuscany berhampiran Florence, Itali

(lihat Itali [peta politik]). Medan pusatnya, Piazza del Campo,

terkenal pada peringkat antarabangsa. Dewan

bandar rayanya terletak bertentangan medan pusat

bandar tersebut. Perlumbaan kuda yang dianjurkan

oleh daerah di bandar itu yang dikenali sebagai

Palio berlangsung di medan bandar ini setiap tahun.

Katedral Goth Siena dibina daripada marmar hitam

putih, ialah satu daripada katedral Zaman

Pertengahan yang terkenal di Eropah. Siena

mempunyai universiti yang bertarikh dari tahun

1200-an. Bandar ini ialah tempat lahir Saint Catherine,

santo penaung di Itali. Lihat juga Simone Martini.

UMUM 
BODHISATWA

BODHISATWA,  konsep penting  dalam ajaran Buddhisme.  Apabila ajaran Buddhisme berpecah kepada dua mazhab yang besar, iaitu Mahayana dan Hinayana (The ravadin), konsep bodhisatwa lebih menonjol dalam ajaran Mahayana.  Konsep bodhisatwa dalam ajaran Hinayana Buddhisme ditujukan kepada Gautama Buddha dlam kehidupannya sebelum dia mencapai tahap ‘pencerahan’ (enlightenment).  Dalam ajaran Mahayana Buddhisme pula, bodhisatwa ditujukan kepada sesiapa yang telah menangguhkan mencapai nirwana untuk kepentingan dirinya, sebaliknya akan berkhidmat kepada masyarakat untuk seimbang mereka ke arah mencapai nirwana, iaitu mencapai kebebasan abadi.  Jelasnya, dalam ajaran Mahayana, bodhisatwa merupakan penaung kepada masyarakat dan pembimbing mereka ke arah mencapai nirwana.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi
PERSATUAN MELAYU PAHANG

PERSATUAN MELAYU PAHANG, persatuan negeri.  Persatuan ini ditubuhkan pada 20 Mac 1938 di Kuala Lipis, Pahang.  Ia ditubuhkan sebaik-baik sahaja, berita penubuhan Persatuan Melayu Perak diumumkan di akhbar.  Para pemimpinnya terdiri daripada golongan bangsawan dan pegawai tadbir negeri.  Presidennya ialah Tengku Muhamad bin Sultan Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.  Manakala naib presidennya ialah Dato’ Husin bin Muhammad Taib, Orang Besar Empat Pahang.  Penaung persatuan ini ialah Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas