Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perbuatan menaungi seseorang: saya datang kepadamu utk mendapatkan ~ dan perlindungan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbuatan atau hal menaungi; pelindungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naung
Kata Terbitan : bernaung, menaungi, naungan, penaungan, penaung,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dominationpenaungan; dominasiLinguistikTiadaTiada
dominationpenaungan; dominasiPendidikanTiadaTiada
dominationpenaungan; dominasiPentadbiranTiadaTiada
dominationpenaungan; dominasiSains PolitikTiadaTiada
dominationpenaungan; dominasiSejarahTiadaPenguasaan satu kuasa atau pihak yang kuat ke atas pihak yang lemah, dilihat dalam hubungan penjajah dan anak jajahan, atau raja dengan rakyatnya.
literary mode of productionragam pengeluaran sasteraKesusasteraanTiadaPengeluaran bahan bacaan yang dipengaruhi oleh institusi dan hubungan sosial. Konsep ini dikembangkan oleh penganut Marzxis moden termasuk Terry Eagleton dan Pierre Macherey. Menurut mereka, ragam pengeluaran sastera kini berbeza dengan ragam pengeluaran dahulu. Contohnya, pada abad ke-17 dan 18, sastera di Britain amat dipengaruhi oleh budaya penaungan. Pada zaman ini tuntutan pasaran seperti cita rasa pembaca mempengaruhi pengeluaran karya sastera. Justeru, fiksyen picisan seperti novel cinta yang menjadi kegemaran masyarakat kini banyak menentukan penerbitan karya sastera.
patronage systemsistem naunganPentadbiranPentadbiran Awam

Hubungan yang bergantung kuat kepada penaung-dinaung. Hubungan ini bersifat tidak seimbang, walaupun wujud dalam keadaan dua hala antara penaung yang lebih dominan dan berkuasa dengan pihak yang dinaung lebih rendah dan lemah. Penaung memiliki kekayaan, modal dan kuasa manakala dinaung merupakan orang kebanyakan, lemah dan bergantung kepada bantuan penaung. Walaupun begitu, penaung juga dalam waktu tertentu memerlukan bantuan dinaung dalam bentuk sokongan, tenaga dan undi. Hubungan ini menggambarkan pentadbiran yang terikat kuat dengan hubungan naungan. Ketua pentadbir dilihat sebagai patron manakala pekerja dilihat sebagai klien. Sistem penaungan ini banyak sekali diamalkan di Itali, Sepanyol, Pakistan dan India apabila pentadbir menjadi penaung utama dalam pemerintahan atau pentadbiran daerah.

patronage systemsistem naunganSains PolitikPolitik PerbandinganSistem masyarakat yang bergantung kuat kepada hubungan penaung-dinaung. Hubungan ini bersifat tidak seimbang walaupun wujud dalam keadaan dua hala antara penaung yang lebih dominan dan berkuasa dengan dinaung yang lebih rendah dan lemah. Penaung memiliki kekayaan, modal dan kuasa manakala dinaung merupakan orang kebanyakan, lemah dan bergantung kepada bantuan penaung. Walaupun begitu, penaung juga dalam waktu tertentu memerlukan bantuan dinaung dalam bentuk sokongan, tenaga dan undi. Hubungan ini menggambarkan masyarakat yang memiliki segala aktiviti baik dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang berlegar dalam hubungan yang sama. Semua anggota masyarakat sudah terikat dengan amalan ini sehingga dianggap sebagai budaya. Sistem penaungan ini diamalkan di Itali, Sepanyol, Pakistan dan India apabila tuan tanah menjadi penaung utama dalam masyarakat tersebut.

Kembali ke atas