Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ca.bu.lan] | ڤنچابولن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) mencabul(i) (kehormatan perempuan, kedaulatan negara, dll): langkah-langkah utk menghalang sebarang ~ ruang angkasa Pakistan oleh rejim Afghanistan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ca.bu.lan] | ڤنچابولن

Definisi : perbuatan atau hal mencabul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencabulan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud "pencabulan hak asasi manusia" maksud dari segi perkataan dan dari segi sudut malaysiaPerbuatan mencabul hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pen­dapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/artikel yang berkaitan.Lain-lain14.08.2009
Salam sejahtera. Istilah "data breach" merujuk kepada kejadian pencabulan keselamatan yang dalamnya data yang sensitif, terlindung atau sulit disalin, dihantar, dilihat, dicuri atau digunakan oleh seseorang tanpa izin. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "data breach" - kebocoran data atau pelanggaran data atau apa-apa terjemahan lain? Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

data breach - pencerobohan data

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain11.10.2021
Apakah padanan baku bagi sexual harassment dalam bahasa Melayu? Pelecehan/gangguan/kekerasan/pencabulan seksual/batin?Padanan untuk "sexual harassment" ialah gangguan seksual.Istilah31.10.2018
MOHON SEMAKAN MAKSUD / TERJEMAHAN: MAKSUD 1- PENCEROBOHAN 2- BIOLOGI EJAAN DALAM BAHASA MELAYU : 1- SPESIES TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KEPADA MELAYU 1- INVASIVE SPECIES 2- ASESSMENT 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "pencerobohan" bermaksud  perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh, pencabulan. "Menceroboh" bermaksud 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dan sebagainya).  2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dan sebagainya tanpa kebenar­an (dengan tujuan untuk mengganggu, mencabuli, melanggari, dan sebagainya):


2. Perkataan "biologi" adalah betul dan digunakan dalam bahasa Melayu.

3. Invasive Species - Spesies Invasif
4. Asessment - Penilaian/Taksiran
Istilah19.04.2016

Kembali ke atas