Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ca.dang] | ڤنچادڠ

Definisi : orang yg mencadangkan (mengusulkan, menyarankan, mencalonkan, dll), pengusul, penyaran, pencalon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ca.dang] | ڤنچادڠ

Definisi : orang yg mencadang­kan; pengusul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencadang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Apakah kata lain yang boleh digunakan untuk kata 'pencadang' yang merujuk kepada sistem/alatan/mekamisme? Terdapat istilah 'pengesyoran' dalam pangkalan data DBP, bagaimana pula dengan kata 'pengesyor'? Adakah terdapat kata terbitan lain dengan maksud yang sama daripada kata akar syor, saran, dll? Terima kasih.Soalan puan tidak jelas. Dalam data kami, pencadang bermaksud orang yang mencadangkan: pengusul, pencadang, penyaran dan pencalon.Tatabahasa17.01.2018
assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya. bagi penulisan minit mesyuarat, adakah salah atau tidak untuk meletak kan nama pencadang isu atau pertanyaan daripada ahli mesyuarat. sebagai contoh: A.1 Encik Ali bertanya apakah risiko sekiranya langkah teersebut dilaksanakan?Lazimnya yang dilaporkan dalam minit ialah keputusan mesyuarat dan siapa yang mengambil tindakan tersebut. Minit tidak mencatatkan siapa pencadang, yang penting ialah keputusan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat.Tatabahasa13.04.2011
MALAYSIA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA EKAMUS.DBP.GOV.MY - RINGKASAN CADANGAN PERKATAAN BARU / SARAN KATA 9 APRIL 2014 - 6 OGOS 2018 (Pencadang : Kang Chuen Tat; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com) Mesej : Sila rujuk Lampiran Fail 180813USAMALAYSIANEWWORDS.txt. Sekian, terima kasih.Perbincangan lanjut berkaitan Cadangan Perkataan Baharu/Saran Kata boleh disalurkan kepada Puan Salmah Jabar, Ketua Bahagian Perkamusan DBP melalui e-mel salmah@dbp.gov.my atau melalui talian 03-2147 9175.Penyelidikan13.08.2018
Istilah akademik bagi 'proposal defense' dan 'candidature defense'.Kami mencadangkan "proposal defense" diterjemahkan sebagai "pembelaan usul" atau "pembelaan cadangan", manakala "candidature defense" diterjemahkan sebagai "pembelaan pencalonan" atau "pembelaan pencadang". Untuk makluman, cadangan istilah ini bergantung pada konteks dan konsep, khususnya berkaitan pembentangan  tesis atau disertasi oleh penuntut di institusi pengajian tinggi.Istilah11.09.2020
Lampiran : 140430NEWTERMSENGLISHMALAYBOOK5.txt Mesej : Tuan, Cadangan perkataan atau saran kata Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/cadangankata/nb_cadangan_kata_ensi.aspx, http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx) ingin dihantar melalui lampiran. Sekian, terima kasih. Pencadang : Kang Chuen Tat - 江俊达; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com.Tuan, terima kasih kerana mengunakan perkhidmatan DBP dan juga memberi cadangan bagi perkataan baharu. Pihak DBP telah memperkenalkan perkhidmatan baharu iaitu http://ekamus.dbp.gov.my/ 

Portal ini menyediakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu daripada pelbagai sumber termasuklah bahasa daerah, bahasa suku kaum Sabah dan Sarawak (Iban, Kadazan, Murut, Melanau dan lain-lain), bahasa orang asli (Mah Meri, Semelai, Jahai dan lain-lain), kata Melayu lama, istilah, dan padanan kata Melayu bagi bahasa asing. Portal ini juga merupakan medium yang merakam, menyimpan, membincangkan dan menggunakan semula semua maklumat tersebut, yang terdiri daripada makna kata, contoh penggunaan, kelas kata, terjemahan kata dalam bahasa lain, sebutan, bunyi, gambar, asal usul kata dan seumpamanya.

Kami memohon jasa baik pihak tuan untuk menyalurkan cadangan tersebut dalam portal baharu ini.
Sekian, terima kasih.
Lain-lain04.05.2014
Tuan, Bahagian cadangan perkataan atau saran kata Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia tidak berfungsi dan perlu diperbaiki. (http://sbmb.dbp.gov.my/kndbp/cadangankata/nb_cadangan_kata_ensi.aspx, http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx) “Error : Cannot execute statement: impossible to write to binary log since BINLOG_FORMAT = STATEMENT and at least one table uses a storage engine limited to row-based logging. InnoDB is limited to row-logging when transaction isolation level is READ COMMITTED or READ UNCOMMITTED. - See more at: http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx#sthash.mfSsA7My.dpuf” (Pencadang : Kang Chuen Tat - 江俊达; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com)Maklumat yang tuan berikan telah kami panjangkan kepada Ketua Bahagian Sistem Maklumat untuk tindakan selanjutnya. Jika tuan masih menghadapi masalah yang sama pada masa yang akan dating sila berhubung terus dengan Bahagian Sistem Maklumat DBP, e-mel Ketua Bahagian sulaiman@dbp.gov.my atau pegawai Nora1@dbp.gov.my.Lain-lain18.05.2014
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya tentang penulisan minit mesyuarat. 1. Dalam bahagian "Pengesahan minit mesyuarat yang lepas" perlu tulis "Minit dicadang oleh Ali dan disahkan oleh Abu?" 2. Bahagian tandatangan: i. mesti ada 3 iaitu disediakan oleh, disemak oleh dan disahkan oleh? ii. disemak oleh siapa? "disahkan oleh siapa" iii. Adakah tiga bahagian ini ditandatangan sekaligus pada tarikh yang sama selepas minit ditulis? iv. ATAU minit "disahkan oleh ketua jabatan"selepas dalam mesyuarat yang seterusnya? Maaf soalan saya banyak. Saya amat keliru semasa diminta oleh organisasi untuk menentukan format minit untuk organisasi saya. Jadi, mohon jasa baik pihak DBP untuk memberi tunjuk ajar.DBP mengguna pakai format seperti yang berikut:
(1) Nama pencadang dan disahkan tidak dicatatkan di dalam minit mesyuarat. Sebaliknya, dalam minit mesyuarat ditulis “Pengerusi mengesahkan minit mesyuarat Bil.1/2019 tanpa sebarang pindaan’(dalam keadaan minit tiada pindaan).
(2) Bahagian tandatangan hanya ada dua, iaitu: Disediakan oleh:  (Setiausaha) dan Disahkan oleh:  (Pengerusi)
(3) Terdapat minit mesyuarat yang tidak mempunyai ruangan tandatangan individu, iaitu dalam keadaan minit disediakan oleh jabatan yang bertindak sebagai urus setia Jawatankuasa.
Untuk makluman, format penulisan minit mesyuarat yang dinyatakan di atas merupakan format yang diguna pakai di DBP, dan mungkin berbeza daripada format yang digunakan di MAMPU/JPA.
Lain-lain05.01.2019

Kembali ke atas