Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ca/] | ڤنچق

Definisi : kepandaian menangkis (mengelak dll) utk mempertahankan diri, silat; ~ silat per­mainan menangkis (mengelak) dgn meng­gunakan senjata utk mempertahankan diri; berpencak, memencak bermain pencak, bersilat: pendekar leka memencak; memencak-mencak terlalu marah (panas hati). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ca/] | ڤنچق

Definisi : permainan mempertahankan diri dgn kepandaian menangkis atau mengelak: ~ silat bermacam-macam cara mempertahankan diri dan menyerang lawan. berpencak bermain pencak; bersilat. memencak-mencak sangat marah spt hendak mengamuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
randairandaiMuzikTiada

 Dramatari rakyat dalam masyarakat Minangkabau yang terdiri daripada gerak tari, nyanyian, muzik instrumental, penceritaan dan lakonan. Tariannya berdasarkan gerakan pencak silat dan ditarikan dalam bentuk bulatan. Ensembel muzik yang mengiringi randai ialah caklempong pacik, katindiek, adok, serunai dan pupuik gadang. Randai dipersembahkan dalam upacara adat dan hiburan serta masih popular di Sumatera Barat, Riau dan Malaysia.


Kembali ke atas