Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.cam.pu.ran] | ڤنچمڤورن

Definisi : proses mencampuri atau mencampurkan sesuatu kpd sesuatu yg lain: ~ kedua-dua bahan ini akan meninggalkan kesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.cam.pu.ran] | ڤنچمڤورن

Definisi : perbuatan atau hal mencampurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencampuran


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pencampuranperbuatan atau hal mencampurkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pencampuranproses mencampuri atau mencampurkan sesuatu kpd sesuatu yg lain: ~ kedua-dua bahan ini akan meninggalkan kesan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pencampuranperbuatan atau hal mencampurkan.Kamus Pelajar
pembauranpencampuran, pengadukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
penditeran(dithering)1. Pencampuran titik halus warna untuk menghasilkan kesan yang kelihatan seperti warna baru. Titik-titik ini terlalu rapat sehingga mata manusia melihatnya sebagai satu. 2. Teknik dalam grafik komputer untuk meningkatkan keamatan paparan apabila imej dan peleraian peranti paparan tidak sekata.Kamus Komputer
jadual penambahan(addition table)Jadual sifir yang mengandungi hasil jumlah dua nombor. Jadual ini digunakan oleh atur cara komputer untuk mencari hasil jumlah dua nombor melalui penelitian pemetaan jadual berbanding dengan cara pencampuran biasa.Kamus Komputer
baur Icampur; campur ~ campur aduk, kacau;berbaur 1. beraduk, bercampur: teriak penjual-penjual rokok dan surat khabar ~ kacau-balau dlm kebisingan manusia seramai itu; 2. bergaul (dgn), bercampur: tidak patut ia dituduh menganut faham perkauman, ia ~ dgn segala bangsa; 3. berkahwin, hidup spt suami isteri: kami sudah 10 tahun ~; 4. mempunyai unsur, berbau, bersifat: ceramahnya ~ politik; ~ bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam prb orang yg bersaudara itu, kalau berdekat berbantahan, jika berjauhan sangat rindu akan yg lain; ~ pangkal perceraian prb orang yg bersaudara itu kalau bercampur selalu timbul perselisihan;membauri menambah sesuatu supaya bercampur, mencampuri: ia mendengar suara laki-laki dibauri oleh suara perempuan; penulis memberi alasan bahawa berlaku kemajuan seni bina apabila pengetahuan teknologi dibauri oleh pelbagai unsur luar yg turut mengembangkan kebudayaan Melayu;membaurkan 1. = menyebaurkan mencampurkan, mengadukkan, mencampuradukkan: jangan dibaurkan tepung beras dgn tepung gandum; 2. = memperbaurkan membiarkan bercampur (bergaul): tidak baik ~ laki-laki dgn perempuan begitu rupa; 3. = memperbaurkan ki mengahwinkan: orang tuanya hendak ~ dia dgn sepupunya;terbaur sudah berbaur, tercampur, teraduk: yg pahit biasanya ubat, dan di dlm manis itulah biasanya ~ racun;bauran campuran, adukan;perbauran 1. perihal berbaur, percampuran, pergaulan; 2. perkahwinan; pembauran pencampuran, pengadukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
campur; kira-kira ~ kira-kira menjumlahkan sesuatu angka dgn angka-angka lain supaya menjadi lebih banyak (spt 5 + 5 = 10; 3 + 3 + 2 = 8). ~ tangan a. turut serta dlm urusan orang lain. b. turut serta melakukan sesuatu. bercampur 1 bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Mi­nyak dgn air tidak akan ~. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. mencampur membuat kira-kira campur. mencampuri 1 bercampur dgn: Tidak mungkin minyak dpt ~ air. 2 turut memasuki hal orang lain: Itu urusan mereka, tidak usah kita ~nya. 3 bergaul atau menggabungkan diri dgn: Jangan sekali-kali ~ orang jahat. mencampurkan 1 menambahkan sesuatu pd sesuatu yg lain supaya bercampur: Kalau minum teh, saya suka ~ air limau sedikit. 2 mengum­pulkan atau menyatukan (dua tiga jenis dll) supaya bercampur: Kerana kekurangan beras, mereka terpaksa ~ beras dgn jagung ketika bertanak. 3 mengira berapa jumlah besar­nya (ttg angka yg ditambahkan kpd angka-angka lain); menjumlahkan: Si Ali sedang sibuk ~ markah yg diperolehnya dlm peperiksaan yg telah diadakan itu. campuran 1 sesuatu yg sudah bercampur. 2 benda-benda yg dicampurkan. percampuran 1 keadaan bercampur. 2 perbuatan atau hal bercampur dgn orang lain; pergaulan. pencampuran perbuatan atau hal mencampurkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
campur1. = bercampur bergaul (berbaur, bersatu, beraduk, berkacau) dlm satu kumpul­an; logam ~ dua atau lebih jenis logam yg disatukan; 2. (dlm ilmu hisab) ditambah kpd atau disatukan dgn (angka yg dinyatakan): dua ~ tiga, jumlahnya lima; kira-kira ~ kira­-kira yg menyatukan dua angka atau lebih supaya menjadi satu jumlah; ~ bicara = ~ mulut masuk campur (dlm hal orang dll); ~ tangan a) mengambil bahagian dlm atau memasuki hal orang (kejahatan dll); b) terkait atau terlibat dlm hal orang dll; bercampur 1. bergaul (berbaur, berkacau, dll) menjadi satu: asid ini banyak ~ dgn air; 2. bp (bkn pasangan suami isteri) bersama dlm hubungan suami isteri: ia ~ dgn Rusiah baru tiga musim; 3. berkawan, bergaul: wanita Cina itu sudah lama ~ dgn orang Melayu; ~ bicara = ~ mulut masuk campur dlm (hal orang dll); ~ dgn rata bergaul dgn betul-betul sebati; ~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dgn; ~ kasih berkasih-kasihan, cinta-men­cintai; ~ tangan campur tangan; ~ dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga; minyak dgn air adakah ~ prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat; bercampuran bercampur-campur, bercampur aduk; mencampuri 1. menokok (menambah) sesuatu supaya bercampur: susu itu jangan dicampuri air; 2. bercampur dgn: benda apa yg ~ gulai ini hingga sudah tidak sedap lagi?; emas yg sudah dicampuri logam; 3. turut campur dlm sesuatu urusan (hal orang dll): negeri-negeri mempunyai kuasa memerintah dan membuat undang-undang yg tertentu dgn tidak dicampuri oleh pemerintah pusat; 4. bergaul (bersama) dgn: golongan penjajah tidak pernah ~ anak negeri; 5. mengadakan hubungan kelamin: semasa dlm ihram suami tidak boleh ~ isteri; mencampurkan 1. menggaulkan (supaya menjadi satu), menjadikan bercampur: kedua-dua jenis tepung itu dicampurkan; 2. men­jadikan bercampur dua atau lebih benda (hal): jangan dicampurkan barang itu; 3. meng­hubungkan atau mengaitkan: saya tidak ada perhubungan dgn pemerintah, tidak ada niat saya ~nya; 4. menaruh atau memasukkan (benda lain) sehingga sesuatu itu tidak asli atau tulen lagi; tercampur sudah bercampur, tergaul, ter­kacau; campuran 1. sesuatu yg bercampur; 2. benda­-benda yg dicampurkan atau utk dicampurkan; 3. gabungan, sebatian; percampuran 1. perihal bercampur atau bercampur aduk: walau bagaimanapun, ~ antara ciri-ciri budaya tradisional dgn ciri-ciri moden tetap berlaku dlm hidup masyarakat di mana-mana; 2. pergaulan: dia sudah mabuk kepayang akibat ~ yg terlalu bebas itu; 3. perkongsian (pergaulan) hidup suami isteri: ia dapat menyatukan jiwa Barat dan Timur dlm ~nya dgn isterinya itu; ~ tangan perihal turut campur tangan; pencampuran proses mencampuri atau mencampurkan sesuatu kpd sesuatu yg lain: ~ kedua-dua bahan ini akan meninggalkan kesan.Kamus Dewan Edisi Keempat
campurkira-kira ~ kira-kira menjumlahkan sesuatu angka dgn angka-angka lain supaya menjadi lebih banyak (spt 5 + 5 = 10; 3 + 3 + 2 = 8). ~ tangan a. turut serta dlm urusan orang lain. b. turut serta melakukan sesuatu. bercampur 1. bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Minyak dgn air tidak akan ~. 2. berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. mencampur membuat kira-kira campur. mencampuri 1. bercampur dgn: Tidak mungkin minyak dpt ~ air. 2. turut memasuki hal orang lain: Itu urusan mereka, tidak usah kita ~nya. 3. bergaul atau menggabungkan diri dgn: Jangan sekali-kali ~ orang jahat. mencampurkan 1. menambahkan sesuatu pd sesuatu yg lain supaya bercampur: Kalau minum teh, saya suka ~ air limau sedikit. 2. mengumpulkan atau menyatukan (dua tiga jenis dll) supaya bercampur: Kerana kekurangan beras, mereka terpaksa ~ beras dgn jagung ketika bertanak. 3. mengira berapa jumlah besarnya (ttg angka yg ditambahkan kpd angka-angka lain); menjumlahkan: Si Ali sedang sibuk ~ markah yg diperolehnya dlm peperiksaan yg telah diadakan itu. campuran 1. sesuatu yg sudah bercampur. 2. benda-benda yg dicampurkan. percampuran 1. keadaan bercampur. 2. perbuatan atau hal bercampur dgn orang lain; pergaulan. pencampuran perbuatan atau hal mencampurkan. campur aduk; bercampur aduk bercampur benar dgn tidak menentu; (sudah) bergaul atau berkacau benar;bercampur baur. mencampuradukkan menjadikan bercampur aduk. campur baur; bercampur baur 1. bercampur dgn tidak menentu; bercampur aduk. 2. berkumpul dan berbaik-baik (selaku sahabat, suami isteri dsb); bergaul: Saya sudah ~ dgn mereka sejak sepuluh tahun yg lalu. mencampurbaurkan menjadikan bercampur baur; mencampuradukkan. campur bicara, = campur mulut; bercampur bicara, = bercampur mulut 1. turut berbicara; turut berkata-kata. 2. turut memasuki urusan orang lain. campur gaul; bercampur gaul berkumpul dan berbaik-baik (sbg sahabat dsb); bergaul; bermesra (sbg suami isteri).Kamus Pelajar

Kembali ke atas