Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ca.paian] | ڤنچاڤاين

Definisi : apa yg telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh), prestasi: Pemuda UMNO harus melihat sama ada ~ orang Melayu sudah sampai ke tahap sempurna atau belum; isi, tema, persoalan novel bukanlah penentu mutlak ~ sesebuah novel; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ca.paian] | ڤنچاڤاين

Definisi : 1 sesuatu yg dicapai; sesuatu yg telah berjaya dilaksanakan dgn usaha dan ketekunan: ~ murid-murid meningkat pd tahun ini. 2 perbuatan (hal, usaha dsb) mencapai sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencapaian


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANUGERAH RATU UNTUK EKSPORT DAN TEKNOLOGI

Anugerah Ratu untuk Eksport dan

Teknologi, dianugerahkan kepada syarikat di

United Kingdom yang memperoleh pencapaian

yang cemerlang dalam usaha meningkatkan eksport

atau dalam inovasi teknologi (menggunakan kaedah

baru atau mengeluarkan produk baru). Anugerah ini

dapat dimenangi oleh mana-mana cabang industri,

termasuk pertanian. Pemegang anugerah ini – sama

ada untuk pencapaian dalam bidang pengeksportan

atau dalam bidang teknologi – menerima replika

lambang anugerah tersebut yang dibuat daripada

besi dan dilekapkan pada blok yang lut sinar.

Pemegang anugerah ini berhak mempamerkan

lambang tersebut pada alat tulis yang dicetak dan

pada produk mereka. Bagi anugerah eksport,

lambang itu mempunyai huruf E di tengahnya. Bagi

anugerah teknologi, ia mempunyai huruf T.

UMUMAnugerah/Hadiah
WOODS, TIGERPemain golf profesional dunia yang terkenal dengan catatan rekod pencapaian yang terbanyak dan juga pemain yang telah mencipta banyak sejarah sebagai pemain pertama dan pemain paling muda dalam arena sukan golf. Beliau merupakan pemain golf kulit hitam yang pertama dan yang paling muda menjuarai kejohanan U.S Junior Amateur. Beliau merupakan atlet terkaya dunia sepanjang tahun 2006.SUKANTokoh
TALLEYRAND

Talleyrand (1754–1838) ialah negarawan Perancis

yang terkenal dengan pencapaian diplomatiknya

semasa zaman pemerintahan Napoleon l dan

semasa di Kongres Vienna. Nama penuhnya ialah

Charles Maurice de Talleyrand-Périgord, Prince de

Bénévent. Dia lahir di Paris. Semasa kecil dia

ditimpa satu kemalangan yang menyebabkannya

tempang. Dia mendapat pendidikan dalam aliran

keagamaan. Dia menjadi paderi pada tahun 1775.

Pada tahun 1789, Talleyrand dinamakan sebagai

biskop Autun, iaitu jawatan yang tinggi dalam

gereja.

UMUM 
MENELAAH PELAJARAN

Menelaah pelajaran ialah usaha untuk

mempelajari sebarang mata pelajaran. Menelaah

ialah bahagian penting dalam pembelajaran kerana

sebahagian besar pencapaian di sekolah, sebahagian

besarnya bergantung kepada beberapa banyak yang

telah ditelaah. Seseorang tidak boleh mengharapkan

mempelajari semua yang perlu diketahui tentang

sesuatu mata pelajaran daripada guru di dalam bilik

darjah. Menelaah di luar bilik darjah juga perlu

dibuat. Gabungan pembelajaran di bilik darjah dan

menelaah pelajaran di luar bilik darjah dapat

menentukan sejauh mana pencapaian seseorang di

sekolah. Menelaah menjadi semakin penting apabila

seseorang meneruskan pelajaran dari sekolah

rendah ke sekolah menengah, dan seterusnya ke

kolej.

UMUM 
ROTH, MARK

Roth, Mark (1951– ) ialah orang Amerika yang

menjadi pemenang hadiah wang utama sepanjang

masa dalam pertandingan boling profesional pada

tahun 1987. Roth juga memegang beberapa rekod

profesional lain dalam sukan boling. Dia membuat

pencapaian purata yang tertinggi di kalangan

pemain boling profesional sebanyak lima kali pada

tahun 1976, 1977, 1978, 1979, dan 1981. Purata

pencapaian yang dibuat sebanyak 221.662 pada

tahun 1979 telah mencipta satu rekod baru.

UMUM 
PULITZER, JOSEPH

Pulitzer, Joseph (1847–1911) ialah pendatang

Hungary yang menjadi salah seorang penerbit

akhbar Amerika yang terkenal dalam sejarah. Dia

mengasaskan Hadiah Pulitzer, untuk pencapaian

dalam bidang kewartawanan, kesusasteraan,

muzik, dan kesenian.

UMUM 
BIASISWA

Biasiswa ialah sejumlah bantuan berbentuk

wang atau yuran yang diberikan percuma kepada

pelajar berasaskan pencapaian, kebolehan,

atau keperluan kewangan. Biasiswa biasanya

disifatkan sebagai penghormatan terhadap

pengiktirafan pencapaian akademik yang ulung,

juga sebagai bantuan kewangan kepada mereka

yang memerlukannya. Pada umumnya biasiswa

diberikan sebagai satu cara memilih dan melatih

mereka yang berkeupayaan agar menjadi aset

berguna kepada masyarakat dan negara.

UMUM 
SCHWEITZER, ALBERT

Schweitzer, Albert (1875–1965) ialah ahli falsafah,

doktor, pemuzik, paderi, mubaligh, dan penulis

agama yang pintar. Pencapaiannya dalam salah satu

bidang ini dapat dianggap sebagai menyamai

pencapaian sepenuh masa mana-mana tokoh.

UMUM 
ALCUIN

Alcuin (735 M.–804 M.) ialah sarjana, guru dan

penulis Inggeris. Dia menuntut di sekolah biara di

York, pusat pengajian di England pada masa itu.

Alcuin menjadi penasihat kepada Maharaja

Charlemagne pada tahun 782 M. (lihat

Charlemagne ). Pengetahuannya tentang

pencapaian kesarjanaan Anglo-Saxon membantu

membawa pembaharuan Carolingian. Dia

membuat banyak reformasi pendidikan dan

merupakan ahli terkemuka akademi Charlemagne.

UMUM 
MORGAGNI, GIOVANNI BATTISTA

Morgagni, Giovanni Battista (1682–1771),

ahli anatomi dan ahli patologi Itali, dikenali

sebagai ‘bapa patologi anatomi’. Dia menemui dan

menerangkan tentang beberapa penyakit jantung

dan saluran darah. Buku Morgagni, On the Seats

and Causes of Diseases (1761), merupakan

pencapaian penting dalam sejarah patologi (lihat

Patologi).

UMUM 
12

Kembali ke atas