Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ca.ri] | ڤنچاري

Definisi : 1. orang yg mencari sesuatu yg abstrak (kebenaran, haluan, dll): ~ kebenaran ini diumpamakan spt orang buta; 2. orang yg mendapatkan nafkah (rezeki dll) utk menyara keluarga: lelaki dikatakan bekerja sbg ~ nafkah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa maksud kata kunciPerkataan atau frasa yang ditaip dalam kotak carian untuk mendapatkan teks di dalam sesuatu laman web. Teks ini dicari secara terus di dalam sesuatu laman web yang sedang dilayari. Kata kunci juga digunakan dalam enjin pencari seperti Yahoo dan Google untuk mendapatkan maklumat dari tapak-tapak web dalam Internet.Istilah11.10.2009
Selamat petang dan salam sejahtera. Saya merupakan seorang pengguna baru di laman wab ini, jadi di sini saya ingin mencari maksud perkataan dalam kolom Carian Kata. Tetapi di situ ia memerlukan kata kunci. Soalan saya, apa itu Kata Kunci? Di mana saya boleh perolehinya?Perkataan atau frasa yang ditaip dalam kotak carian untuk mendapatkan teks di dalam sesuatu laman web. Teks ini dicari secara terus di dalam sesuatu laman web yang sedang dilayari. Kata kunci juga digunakan dalam enjin pencari seperti Yahoo dan Google untuk mendapatkan maklumat dari tapak-tapak web dalam Internet.Lain-lain13.08.2009
Salam. Boleh berikan cadangan terjemahan bagi istilah-istilah ini? 1. slice of life 2. coming-of-age 3. attention seeker Istilah (1) dan (2) selalunya digunakan untuk menerangkan genre sesebuah filem/rancangan televisyen. Harap pihak tuan/puan boleh berikan cadangan terjemahan yang sesuai. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan yang berikut:

1. slice of life
- sebahagian daripada kehidupan

2. coming of agematang

3. attention seeker
pencari perhatian

Lain-lain24.09.2021

Kembali ke atas