Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.car.ta.an] | ڤنچرتاءن

Definisi : perihal (proses atau perbuatan) mencartakan: ~ pergerakan harga barang keperluan asas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencartaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
correlation (drill)sekaitan (gerudi)KejuruteraanPetroleumPencartaan bergraf atau pencartaan dengan membuat garisan-garisan penghubung antara satu jujukan formasi yang ditemui dalam satu telaga gerudi dengan jujukan formasi yang ditemui dalam telaga yang lain; biasanya antara telaga yang berjiran. Persekaitan dibuat dengan cara menyambungkan titik-titik yang terdapat pada log-log telaga yang memperlihatkan ciri-ciri yang setara.
laterologlaterologKejuruteraanPetroleumPencartaan bergraf yang diplot terhadap kedalaman, mengenai nilai keberintangan formasi yang dipadatkan menerusi pengelogan keberintangan fokus laterolog. Alat pengukur bagi log ini mengeluarkan arus elektrik yang terpancar masuk ke dalam formasi dalam bentuk yang terfokus atau dalam bentuk yang terarah ke satu aray yang tertentu. Arus yang dikeluarkan dari elektrod arus terpancar keluar hanya dalam arah yang tertentu kerana dalam arah lain dikawal oleh elektrod pengawal. Elektrod pengawal ini sengaja dibuat berkeupayaan sifar supaya tidak ada arus yang dapat melantasinya.
microlaterologmikrolaterologKejuruteraanPetroleumPencartaan bergraf yang diplot terhadap kedalaman, mengenai nilai mikrokeberintangan formasi yang didapatkan menerusi pengelogan mikrolaterolog. Alat pengukur log ini mengandungi elektrod yang terpasang pada kancing yang tersusun secara sepusat. Susunan ini mengeluarkan berkas arus elektrik terfokus masuk ke dalam formasi. Oleh sebab susunan elektrod sangat rapat, berkas arus yang dikeluarkan berkesan hanya untuk zon pancur, iaitu zon yang nipis di sekitar lubang gerudi.
lateral loglog lateralKejuruteraanPetroleumPencartaan bergraf yangdiplot terhadap kedalaman, mengenai nilai keberintangan formasi yang didapatkan menerusi pengelogan keberintangan lateral. Sondi pengukur bagi log ini, mengandungi elektrod arus yang mengeluarkan arus elektrik yang malar dan beza upaya diukur merentangi dua elektrod lain yang dipasang pada sondi. Jarak luangan antara elektrod pertama dengan titik tengah elektrod-elektrod lain itu adalah 18 kaki 8 inci. Lengkuang keberintangan yang dihasilkan tidak berbentuk normal tetapi berbentuk tidak semetri. Alat ini direka bagi mengukur keberintangan zon yang tak terganggu tetapi tidak begitu berkesan.
normal loglog normalKejuruteraanPetroleumPencartaan bergraf yang diplot terhadap kedalaman, mengenai nilai keberintangan formasi yang didapatkan menerusi pengelogan keberintangan normal. Sondi pengukur bagi log ini mengandungi elektrod yang tersusun dalam tataletak normal. Elektrod arus A ditempatkan dalam lubang dari arus elektrik dikeluarkan untuk masuk ke dalam formasi dan beza upaya diukur antara elektrod M yang juga upaya ditempatkan dalam formasi dengan elektrod N yang dipasang tetap di permukaan. Jarak luangan antara A dan M dinamakan luangan elektrod dan menjadi penentu kepada jenis normal pendek dan jenis normal panjang.

Kembali ke atas