Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ce.ga.han] | ڤنچݢهن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) men­cegah, penegahan, penolakan, pengawalan (pengawasan): ~ dgn cara kimia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ce.ga.han] | ڤنچݢهن

Definisi : perbuatan atau hal men­cegah; penegahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencegahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Baru-baru ini Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pertanyaan saya adalah sama ada penggunaan perkataan "Pencegahan" atau "Anti" atau " Pembanterasan" yang lebih sesuai digunakan memandangkan ada yang berpandangan perkataan "Pencegahan" tidak menggambarkan elemen penguatkuatkuasaan (kurang keras) berbanding perkataan "Anti" atau "Pembanterasan". Pohon juga pandangan pihak tuan sekiranya terdapat perkataan lain yang lebih bersesuaian. Sekian, terima kasih.Perkataan cegah bermaksud tegah, halang. Pencegahan bermaksud perihal(perbuatan dsb.)mencegah, penegahan, penolakan, pengawalan(pengawasan). Anti bermaksud tidak suka,, awalan asing yang bermaksud tidak menyetujui, melawan, membantah, menentang. Banteras bermaksud membasmi, menghapuskan, memerangi. Perkataan lain yang membawa maksud yang sama ialah menjauhkan, mengelakkan, menyekat, mengekang. Kami percaya pihak yang memilih perkataan pencegahan untuk menamai Suruhanjaya tersebut telah pun meneliti dan mengkaji semua perkataan yang sedia ada  secara terperinci.       Makna10.06.2008
DEFINASI PENCEGAHAN JENAYAH DAN DEFINASI PERUMAHAN BERTINGKATPerbuatan jenayah bermaksud hal yang berkaitan dengan perbuatan menegah daripada berlakunya jenayah, manakala perumahan bertingkat dalam konteks umum merujuk kepada tingkat-tingkat yang terdapat dalam projek perumahan yang dibangunkan. Walau bagaimanapun saudara perlu merujuk kepada pihak perbandaran jika hal ini berkaitan dengan sesuatu projek khusus yang dibangunkan oleh pihak tertentu. Makna26.10.2010
Assalamualaikum.Apakah perbezaan makna antara perkataan "mengelak" dengan "mengelakkan"? Ayat yang manakah betul: Ayat 1: Langkah-langkah pencegahan perlu diambil bagi "mengelakkan" penyakit berjangkit terus menular? Ayat 2: Langkah-langkah pencegahan perlu diambil bagi "mengelak" penyakit berjangkit terus menular? Mohon pencerahan.Mengelak dan mengelakkan membawa maksud yang sama iaitu menjauhkan atau menghindarkan diri daripada kena bahaya (tanggungjawab dan lain-lain), menjauhkan atau menyingkirkan sesuatu supaya jangan mengenai diri dan lain-lain. Namun begitu, mengelak ialah kata kerja tak transitif, manakala mengelakkan pula ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek dalam ayat.

Ayat yang betul ialah "Langkah-langkah pencegahan perlu diambil bagi mengelakkan penyakit berjangkit terus menular." Perkataan yang menerima imbuhan meN-...-kan merupakan ayat kerja aktif transitif yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. 
Tatabahasa18.02.2021
Salam tuan di talian, Penggunaan kata sendi nama manakah yang betul dalam ayat di bawah.( daripada atau dari) a. Untuk itu, usaha pencegahan dadah haruslah bermula daripada rumah. ATAU b. Untuk itu, usaha pencegahan dadah haruslah bermula dari rumah. Sekian, terima kasih.Untuk itu, usaha pencegahan dadah haruslah bermula dari rumah.Tatabahasa15.04.2011
kejadian itu mungkin dapat dielakkan setelah langkah mencegah dibuat sejak lebih awal lagi. tuan, jika langkah mencegah dibuat dari awal lagi atau jika langkah pencegahan dibuat dari awal lagi atau lagipun, tuan...sejak awal lagi dan dari awal ladi...apakah perbezaan antara kedua-dua ini? tq

Penggunaan kata yang betul ialah "langkah mencegah" atau "pencegahan" (tidak perlu didahului oleh kata langkah) dan "sejak awal" atau "dari awal" (bukan sejak dari awal kerana antara makna sejak ialah dari).

Tatabahasa18.09.2011
Asalamualaykum saya ingin memohon pertanyaan untuk bertanyakan apakah terjemahan yang tepat untuk Land Disturbing Pollution Prevention and Mitigation Measures saya menggunakan terjemahan seperti ini : Langkah Pencegahan dan Kawalan Pencemaran Gangguan Tanah Mohon pengesahan terjemahan yang betul.Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Land Disturbing Pollution Prevention and Mitigation Measures ialah Langkah Pengurangan dan Pencegahan Pencemaran Gangguan Tanah. Penyemakan dan penterjemahan03.05.2023
Apakah istilah counter-terrorism dalam bahasa Melayu. Pencegahan Kegganasan atau antikeganasan atau kata lain? Carian saya di lamana web, saya dapati antikeganasan dan pecounter-terrorisme dua benda yang berbeza jadi saya ingin tahu apa terjemahan paling sesuai untuk counter-terrorism. Contoh ayat: "this included counter-terrorism and maritime security". terima kasih

Kami cadangkan padanan bahasa Melayu untuk counter-terrorism dalam ayat diberikan ialah “menentang keganasan” atau “mencegah keganasan”.

Istilah18.12.2017
Apakah kesalahan penggunaan kata atau isitilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah ? 1)Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. 2)Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. 3)Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum.1) Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. Perkataan yang betul ialah Pegawai Kesihatan dan mencegah.
2) Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. Frasa yang betul ialah sebahagian daripada dan petah.
3) Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum. Frasa yang betul ialah saling membantu/bantu-membantu dan memupuk perpaduan kaum.
Tatabahasa27.03.2014
Apakah perkataan/istilah yang boleh menggantikan “bunuh diri” Saya sering menjalan program pencegahan bunuh diri di hospital saya. Dan frasa “bunuh diri” amat tidak disenangi penggunaannya. Jika tiada istilah, saya ingin mencadangkan perkataan “swasid”, kerana swa merujuk kepada diri sendiri seperti swalayan & sid merujuk kepada bunuh seperti homisid

Padanan bahasa Melayu yang telah dipersetujui seperti yang terakam dalam kamus untuk perkataan "suicide" ialah bunuh diri.

Setiap padanan dan penggubalan istilah telah dipersetujui oleh jawatankuasa istilah bidang tertentu. Penukaran istilah perlulah melalui proses penyelidikan, pengumpulan korpus dan pembentukan istilah baharu berdasarkan beberapa ketetapan.







Namun, terima kasih atas cadangan tuan.

Lain-lain03.09.2021
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apakah maksud yang tepat bagi frasa ini? Konteks adalah berkenaan langkah pencegahan bencana banjir. "Flood/Inundation Mesh Model" - Model Jaringan Banjir/Pembanjiran - Model Jaringan Banjir/Limpahan - Model Mesh Banjir/Limpahan

Berdasarkan rujukan kami, perkataan flood dan inundation mempunyai makna yang hampir sama. Dalam data kami terdapat istilah inundation yang dipadankan dengan pembanjiran. Pembanjiran bermaksud; 1. Pelimpahan air mengatasi tebing biasa sungai atau badan air lain atau pengumpulan air, melalui saliran pada kawasan yang biasanya tidak ditenggelami air.,2. Pelamparan air secara terkawal untuk pengairan dan sebagainya yang digunakan dalam bidang geografi.

Sehubungan itu, cadangan kami bagi perkataan Flood/Inundation Mesh Model ialah Model Jaringan Pembanjiran jika bersesuaian.

Penyemakan dan penterjemahan20.08.2018
12

Kembali ke atas