interception | pencegatan | Hidrologi | Tiada | (1) Proses penangkapan dan penahanan kerpasan oleh tumbuhan atau struktur dan kerpasan itu kemudiannya tersejat tanpa sampai ke bumi. (CID) |
rainfall interception | pencegatan hujan | Pertanian | Tiada | Halangan, pintasan dan gangguan kepada curahan atau salji, biasanya oleh kanopi atau sisa tumbuh-tumbuhan. |
fog precipitation | kerpasan kabut | Sains | Hidrometeorologi | Kerpasan air cecair daripada awan yang tidak mengandungi hujan disebabkan oleh pencegatan zarah awan oleh pokok dan tumbuh-tumbuhan lain. Kadang kala kerpasan kabut diistilahkan sebagai titis kabut. |
water loss | air hilang | Hidrologi | Tiada | (1) Jumlah air yang hilang dari suatu kawasan daratan dalam jangka waktu tertentu melalui pemeluhan tumbuhan (tanaman pertanian atau tumbuhan asli) dan pembinaan tisu tumbuhan, melalui penyejatan air permukaan, kelengasan tanih dan salji dan melalui pencegatan. (2) Di bidang pengairan, air yang hilang terdiri dari rembesan dan sejatan dari terusan dan longkang, air terbazir dari sistem terusan, air berlebihan dari permukaan tanah, dan air yang hilang dari tanih melalui proses penelusan dalam di bawah zon akar. |