Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ce.ma.ran ] | ڤنچمرن

Definisi : perbuatan mencemarkan (me­ngotorkan), pengotoran; ~ alam perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dgn sampah-sarap dsb; ~ bahasa penggunaan bahasa yg tidak betul di kalangan masyarakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ce.ma.ran ] | ڤنچمرن

Definisi : perihal mencemari atau mencemarkan; pengotoran: Masalah ~ udara sering dihadapi oleh negara-negara yg sedang membangun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencemaran


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pencemaran udaraair pollutionPenyebaran kekotoran dalam udara oleh bahan buangan seperti asap.Sekolah Rendah
pencemaranpollutionPerbuatan mengotorkan alam sekitar dengan membuang sampah atau bahan beracun secara yang tidak betul.Sekolah Rendah
pencemaran udaraair pollutionPencemaran terhadap kualiti udara yang disebabkan oleh bahan api industri, domestik dan kenderaan bermotor.Menengah Rendah
pencemaran airwater pollutionPencemaran terhadap kualiti air yang disebabkan oleh najis, bahan buangan atau toksin industri.Menengah Rendah
pencemaran airwater pollutionPencemaran tempat takungan air semula jadi seperti sungai, kolam atau lautan oleh najis atau bahan buangan.Sekolah Rendah
pencemaranpollutionPerubahan ciri-ciri kimia, biologi atau fizik yang tidak diingini ke atas persekitaran semula jadi oleh bahan pencemar yang terhasil daripada kegiatan manusia. Pencemaran memberi kesan buruk terhadap kualiti air, tanah atau atmosfera.Menengah Rendah
bahan pencemarpollutantBahan kimia yang menyebabkan pencemaran akibat aktiviti manusia, yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada hidupan dan persekitaran. Contohnya, logam berat dan racun perosak.Menengah Rendah
kepupusanextinctionKehilangan sesuatu spesies hidupan seperti haiwan dan tumbuhan daripada muka bumi. Kepupusan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pemburuan haram, peningkatan suhu dunia, pembakaran hutan dan pencemaran.Menengah Rendah

Kembali ke atas