Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ce.raian] | ڤنچراين

Definisi : perihal (perbuatan) menceraikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ce.raian] | ڤنچراين

Definisi : perbuatan atau hal menceraikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penceraian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah beza antara 'perceraian' dengan penceraian?
  • perceraian

    1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri);
  • penceraian" title="penceraian">penceraian

    perihal (perbuatan) menceraikan.
  • Diharap maklumat di atas dapat membezakan kedua-dua makna kata terbitan tersebut.

    Tatabahasa12.04.2008
    1. Apakah penceraian suku kata bagi perkataan "permainan", 'makanan" dan "bermain"? 2. Saya mendapati penceraian suku kata bagi "permainan" adalah (per+mai+nan) manakala "makanan" adalah (ma+kan+an). Mengapakah penceraian suku kata bagi kedua perkataan ini berbeza vagi imbuhan (-an) di akhir perkataan? 3. Bagi penceraian suku kata "bermain" pula adalah (ber+ma+in), jadi bukankan sepatutnya penceraian suku kata bagi perkataan "permainan" adalah (per+ma+in+an)? 4. Bolehkah pihak tuan jelaskan apakah faktor yang menentukan penceraian sesuatu perkataan itu menjadi begitu?1. Pemenggalan suku kata bagi permainan [Per.mai.nan], makanan [ma.ka.nan] dan bermain [ber.main].
    2. Kedua-dua perkataan tersebut tidak terbeza apabila menerima imbuhan. Dapatan tuan silap.
    3. Kata dasar ialah main dan pemenggalan suka kata [main]. Apabila menerima imbuhan ber- akan menjadi [ber.main]. Apabila menerima imbuhan apitan menjadi [ber.mai.nan].
    Lain-lain02.02.2018
    Selamat pagi. Apakah contoh ayat yang boleh membezakan makna antara perkataan 'perceraian' dengan 'penceraian'?.Terima kasih.Perceraian bermaksud perpisahan atau perihal bercerai, contohnya perceraian pasangan tersebut berlaku kerana tiada lagi persefahaman antara mereka. Penceraian bermaksud perbuatan menceraikan, contohnya penceraian berlaku apabila suami menjatuhkan talak kepada isterinya dan bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis. Dalam konteks cerai (talak) agak sukar juga untuk membezakan penggunaan perkataan perceraian dan penceraian. Berdasarkan rujukan kami apabila membicarakan konteks makna cerai (talak) perkataan perceraian lebih banyak digunakan. Manakala perkataan penceraian banyak digunakan bagi menggantikan makna pemisahan daripada satu unsur dengan unsur yang lain seperti dalam ayat contoh ketiga.Tatabahasa15.05.2013
    Apakah penceraian suku kata bagi perkataan "membuang"? Adakah (mem-bu-ang)? Terima kasih.Pemenggalan yang betul ialah mem.buangLain-lain28.10.2017
    apakah penceraian suku kata bagi perkataan "menjual" adakah (men-ju-al) atau (men-jual)? terima kasih.Ceraian suku kata bagi  menjual ialah men-ju-al.Tatabahasa03.10.2017
    Apakah penceraian suku kata untuk perkataan "perempuan"? 1. pe-rem-pu-an (atau) 2. pe-rem-puan ?Pemenggalan suku kata bagi kata perempuan ialah pe-rem-puan kerana pemenggalan dibuat mengikut bunyi dan puan dibunyikan sedemikian (puan) tidak dibunyikan sebagai pu-an.Tatabahasa28.09.2017
    Apakah beza istilah berikut: a) perceraian dan penceraian b) perguruan dan keguruanMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, (a) perceraian bermaksud 1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraian pula ialah perihal (perbuatan) menceraikan. (b) perguruan ialah 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa. Manakala keguruan pula ialah yg berkaitan dgn guru, yg berkaitan dgn peranan (tugas, kelayakan) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur;Lain-lain12.06.2010
    Apakah istilah bahasa Melayu bagi kanak-kanak yang dibesarkan oleh hanya seorang ayah atau ibu disebabkan oleh penceraian atau kematian salah seorang ibu bapanya?
    Anak yatim bermaksud anak yang kematian bapa, sementara anak yatim piatu bermaksud anak yang kematian ibu dan bapa. Bagi ibu bapa yang masih hidup tetapi telah bercerai dan salah seorang daripada mereka membesarkan anak tersebut, tiada panggilan khusus untuk anaknya. Untuk mengetahui lebih terperinci berkenaan status panggilan anak, pihak tuan boleh merujuk agensi yang berkaitan seperti Mahkamah syariah atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
    Lain-lain01.03.2023
    1. kesedaran mengamalkan makanan sihat memang telah ada tetapi belum memuaskan, kebanyakkannya hanya mula menjaga atau mengubah tabiat makan bila telah menghidap penyakit walaupun ramai tahu mencegah adalah ubat yang paling baik sekali. 2. di zaman ini, adalah sangat sukar sekali untuk seseorang itu merealisasikan sesuatu maklumat. apa yang di klasifikasikan sulit dan rahsia, boleh menjadi pengetahuan umum dan mudah sekali menyebar ke pelusuk dunia. cuma hanya dalam sekelip mata sahaja. 3. adalah menjadi tanggung-jawab syarikat otomatif mempastikan keadaan kenderaan sentiasa berada ditahap terbaik sekali. sebelum dibenarkan bergerak di jalanraya dimana ini wajar menjadi pra-syarat utama sebelum kereta tersebut terjual. 4. akibat penceraian menyebabkan anak-anak akan menjadi liar atau sebaliknya menjadi pendiam dan pendendam, sebagai akibat perbuatan bapa yang kerap melepaskan ketik puas hati kepada anak-anak dengan memukul, menumbuk dan menendang dengan tujuan untuk menghilangkan fikiran terhadap kes penceraan itu. 5. mereka perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin mereka menghadapi supaya pencapaian yang mereka perolehi itu lebih baik.Sila jelaskan soalan saudara.Lain-lain08.12.2011
    ingin memahami dengan lebih mendalam mengenai penggunaan kata tugas "daripada". Contoh: Dia mengeluar pen daripada poket. (Adakah poket itu ialah tempat jadi... harus letakkan kata tugas "dari". Ataupun poket itu, sumber - jadi ayat itu betul?). Tolong jelaskan hukum "daripada dan dari" dengan jelas. Terima kasih

    Sendi Nama "daripada"

    Umumnya diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan manusia, unsur abstrak, perbandingan, sumber atau asal sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan. Menurut funsi tersebut, penggunaan SN daripada ini dapat dibahagikan kepada enam bahagian seperti yang berikut:

    1. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata yang menyatakan manusia, dengan unsur manusia sebagai punca atau "tempat" datangnya sesuatu.

    Contohnya: Aku tidak tahu daripada siapa dia mewarisi paras yang secantik itu.

    2. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan sesuatu unsur yang abstrak.

    Contohnya: Apabila Janaki telah baik daripada sakitnya, dia datang mengunjungi aku.

    3. Menunjukkan perbandingan atau tahap yang didahulukan dan dikemudiankan.

    Contohnya: Dia lebih pendiam daripada dulu.

    4. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan penceraian sedikit daripada banyak atau menyatakan sebahagian daripada semua.

    Contohnya: Enam orang daripada mereka mati disambar petir.

    5. Menunjukkan perbezaan atau kelainan.

    Contohnya: Cara hidupkau berbeza daripada cara hidupku.

    6. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan maksud sumber atau asal.

    Contohnya: Kulihat sebuah rumah kecil yang diperbuat daripada tanah.

     

    Sendi Nama "dari".

    Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan araha, tempat atau waktu.

    Contoh:

    1. Hilmy keluar dari dalam bilik itu.

    2. "Lama dah kak, dari pagi tadi".

    3. Aku melangkah keluar dari rumahnya.

    4. Dia betah sekali duduk bersila dari waktu sesudah sembahyang Isyak sampailah menjelang dinihari. 

     

     Yang betul: Dia mengeluar pen dari poket.

    Poket dianggap tempat bukan sumber.

    Tatabahasa22.08.2009

    Kembali ke atas