Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ce.ra.ki.nan] | ڤنچراکينن

Definisi : perihal (usaha, proses, dsb) mencerakin(kan); analisis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ce.ra.ki.nan] | ڤنچراکينن

Definisi : 1 perbuatan (hal dsb) mencerakin atau mencerakinkan sesuatu. 2 penguraian kimia utk mengetahui kandungan sesuatu sebatian dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencerakinan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan selamat tengah hari, Mohon pencerahan pihak tuan/puan tentang pencerakinan suku kata. Contoh perkataan seperti berikut: 1) beliau > be/li/au atau be/liau 2) berdoa > ber/do/a atau ber/doa 3) menganugerahkan > meng/a/nu/ge/rah/kan atau me/nga/nu/ge/rah/kan 4) kaum > ka/um atau kaum 5) perempuan > pe/rem/puan atau pe/rem/pu/an 6) Bolehkan diterangkan secara terperinci pencerakinan suku kata jika terdapat huruf diftong. Contoh perkataan "haiwan" dan "tauladan" Terima kasih.1) beliau > be/li/au
2) berdoa > ber/do/a
3) menganugerahkan > meng/a/nu/ge/rah/kan 
4) kaum > ka/um
5) perempuan > pe/rem/puan
6)  Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai,au dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Satu lagi bentuk yang hampir sama ialah vokal berganding, tetapi vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi contohnya kuih, buih, air dan laut

haiwan > h/ai/wan
tauladan > t/au/la/dan

Tatabahasa22.10.2019

Kembali ke atas