Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ce.ri.ta] | ڤنچريتا

Definisi : orang yg bercerita: akulah ~, pelakon, dan pengarah sandiwara itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ce.ri.ta] | ڤنچريتا

Definisi : orang yg bercerita atau yg menceritakan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencerita


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, di manakah tempat atau laman sosial yang mempunyai maklumat pencerita cerita rakyat? Terima kasih.Maklumat yang tuan perlukan, tidak ada dalam pangkalan data kami, kami mencadangkan tuan berhubung dengan persatuan penulis seperti GAPENA atau persatuan penulis di negeri-negeri, semoga mereka dapat membantu tuan dalam hal ini.Lain-lain15.07.2014
Apakah penggunaan perkataan 'perawi' khusus untuk pencatat hadis nabi semata-mata. Bolehkah ia menjadi maksud umum sebagai pencatat / pencerita?Perawi dalam bahasa Melayu mempunyai dua maksud, iaitu: pertama, orang yang meriwayatkan hadis, dan kedua, orang yang bercerita atau pengarang cerita.Makna28.11.2012
Saya ingin bertanya, yang mana satukah ayat yang betul? 1. Pertandingan cerita atau.. 2. Pertandingan bercerita

Kedua-duanya betul. Sekiranya pertandingan untuk memilih cerita terbaik sama ada cerita pendek atau cerita seram, pertandingannya ialah Pertandingan Cerita Pendek atau Cerita Seram. Sekiranya melibatkan pencerita dan tujuan pertandingan adalah untuk memilih pencerita dan cerita terbaik maka pertandingannya ialah Pertandingan Bercerita.     

Tatabahasa15.04.2009
Salam, Mohon bantuan untuk perkataan Bahasa Melayu terbaik untuk, "storyteller" (orang yang tugas/kerjanya membuat persembahan storytelling dan jyga "storytelling" (proses bercerita di hadapan audiens kanak-kanak". Terima kasihUntuk makluman terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "storyteller", iaitu pencerita, tukang cerita, pengisah dan penglipur lara.Istilah22.04.2016
saya ingin tanya tentang pelipur lara.jenis,bentuk,peranan dan lain-lain yang berkenaan dengan pelipur lara.harap anda dapat membantu.terima kasih

Pelipur lara ialah orang yang pandai bercerita dengan panjang lebar dan pandai menyampaikan cerita sehingga boleh menarik perhatian pendengar( khalayak). Secara umum, orang yang menyampaikan sesuatu cerita (pada waktu dahulu) dikenali sebagai penglipur lara, namun terdapat nama lain atau panggilan lagi kepada pencerita berdasarkan daerah atau negeri. Contohnya di Perlis dan Langkawi di panggil Awang Batil atau Awang Belanga. Di Kedah pula dipanggil Tuk Jubang, sedangkan di Kelantan digelar Tuk Selampit dan di Pahang di panggil Pencerita sahaja.

Jenis-jenis cerita penglipur lara yang selalu dituturkan ialah Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Terung Pipit dan beberapa lagi hikayat yang sangat popular dalam kalangan masyarakat dahulu.

Bentuk cerita penglipur lara mudah dan lurus. pada umumnya bentuk ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kelahiran wira, pengembaraan wira dan kejayaan wira dalam pengembaraan dan pulang ke negeri asalnya.

 

Lain-lain23.04.2008
Salam. Saya ingin tanya bolehkah buku penterjemahan di cover buku boleh tulis nama dengan pendidikan mereka, seperti: Penterjemahan: Dr. XXXXXXXXXX Sekian Terima Kasih.Menurut gaya penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti yang dirakanmkan dalam Gaya Dewan Edisi Keempat (2023), menyatakan bahawa nama penulis, penterjemah, pengadaptasi, ilustrator atau pencerita semula (untuk buku sastera rakyat) dicetak pada kulit buku tanpa gelaran atau pangkat. Panduan ini diguna pakai untuk buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Walau bagaimanapun, ketetapan ini bergantung pada panduan yang ditetapkan oleh rumah penerbitan masing-masing.Lain-lain11.10.2023
khidmat nasihat sastera kanak-kanak dan remaja : 1)peringkat umur yang sebenar buku bacaan sastera kanak-kanak dan remaja di malaysia 2) maksud plot dan sudut pandangan sastera kanak-kanak dan remajaSoalan 1: Peringkat umur sebenar buku bacaan kanak-kanak bergantung pada bentuk atau genre buku. Buku bergambar/buku konsep (0-3 tahun); buku cerita bergambar (5-9 tahun). Buku berilustrasi: novel(10-12 tahun);kumpulan cerpen (7-9;10-12 tahun);kumpulan puisi (7-9;10-12 tahun). Peringkat umur remaja awal (13-15 tahun); remaja pertengahan (16-18 tahun); remaja akhir (19-21 tahun)- untul pelbagai bentuk penerbitan buku seperti novel, puisi, cerpen dan genre lain.
Soalan 2: Plot ialah rentetan peristiwa atau jalinan cerita yang direka oleh pengarang berdasarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa dalam cerita itu berlaku. Peristiwa dijalin dengan melibatkan pertikaian atau konflik yang di akhir cerita menemukan peleraiannya. Plot untuk cerita kanak-kanak sesuai disusun pengarang secara kronologi;berurutan peristiwanya dari awal hingga ke akhir cerita. Pengarang tidak perlu mencampuradukkan plot dengan imbas kembali, imbas muka sehingga menyukarkan pemahaman kanak-kanak. Plot cerita kanak-kanak terbina daripada urutan peristiwa yang bermula dengan pengenalan cerita, dikembangkan dalam pertengahan cerita dan diakhiri dengan peleraian cerita.
Sudut Pandangan-pencerita sebagai sudut pandangan orang pertama ditandai dengan cerita yang menggunakan kata ganti nama pertama, watak aku atau saya, dan mungkin juga cerita menggunakan ganti nama kami. Teknik ini lebih mudah dan sesuai untuk penulis baru. Teknik ini membenarkan pengarang bertindak sebagai pencerita utama watak atau watak sampingan yang bercerita tentang watak utama. Sudut pandangan orang ketiga ditandai dengan penggunaan kata ganti nama orang ketiga, iaitu dia, atau memakai nama watak dalam cerita. Sudut pandangan orang ketiga beerti anda sebagai pengarang yang mempamerkan apa-apa yang dilihat dan dilakukan oleh watak-watak, malah berusaha menyelami setiap sudut perasaan watak. Hingga pembaca boleh mengetahui setiap yang difikirkan dan dirasakan oleh watak-watak dalam cerita.
Lain-lain02.05.2014

Kembali ke atas