Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.cé.ta.kan]/[pen.cé.ta/.kan] | ڤنچيتقن

Definisi : kerja-kerja (proses, urusan) mencetak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.cé.ta.kan]/[pen.cé.ta/.kan] | ڤنچيتقن

Definisi : perbuatan atau hal mencetak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencetakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ada kemusykilan mengenai penggunaan perkataan percetakan dan pencetakan. Syarikat Percetakan ABC atau Syarikat Pencetakan ABC?Percetakan ialah tempat atau syarikat yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah proses mencetak. Frasa yang betul ialah Syarikat Percetakan ABC.Tatabahasa29.04.2013
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pencetakan " dan "percetakan" dalam bentuk ayat ? 2. Bolehkan perkataan jemputan digunakan bagi menggantikan undangan ? Sekian, terima kasih.Percetakan ialah tempat (syarikat perniagaan) yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah kerja-kerja (proses, urusan) mencetak. Jemputan sama maksudnya dengan ajakan dan undangan.Tatabahasa18.01.2012
Mohon pemeriksaan terhadap file yg dilampirkan utk pencetakan banting

1. Betulkan Soalan Spot kepada Soalan Ramalan
2. Tambah pada dan tahun seperti yang berikut: Bermula pada 7 Julai 2018

Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan pada gegantung perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan gegantung tersebut. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.

Lain-lain30.05.2018
Adakah ayat di bawah betul: 1. Ahmad sudah berkecimpung dalam industri persijilan (pencetakan dan perekabentukan sijil) sejak tahun 2000. 2. Pengetua sekolah tersebut menyijilkan/mensijilkan pelajar - pelajar yang memenengai pertandingan tersebut.
Ayat yang betul ialah Ahmad sudah berkecimpung dalam industri persijilan sejak 2000.
Lain-lain24.03.2018
Boleh saya tahu apa perkataan yang sesuai untuk "DIE-LINE MOCKUP"? Perkataan tersebut digunakan di dalam bidang pencetakan.

Perkataan Die-Line Mockup tiada dalam pangkalan data DBP.  Namun daripada contoh pembentukan istilah yang berkaitan dengan "Die Line" kami mencadangkan padanan "Contoh Garis Terap". Kami sertakan juga contoh istilah yang berkaitan untuk makluman pihak puan selanjutnya:

  1. die cut line - garis potong terap
  2. die cut (graphic) - potong terap
  3. mock up - contoh, model kasar
Istilah08.12.2018
Salam/ Selamat Pagi, Saya mempunyai pertanyaan berkenaan ayat yang perlu digunakan untuk menggambarkan ruang/ sudut. Untuk makluman, pejabat saya sedang dalam proses mendapatkan Persijilan Amalan 5S. Sehubungan itu, terdapat satu ruang/ sudut yang digunakan untuk proses percetakan (tempat di mana pencetak diletakkan). Soalannya, Apakah nama ruang/ sudut yang betul dan sesuai dengan keadaan tersebut? 1. Sudut Percetakan; 2. Sudut Pencetakan; atau 3. Sudut Cetak. Sila beri tunjuk ajar. Terima kasih. (Nor Hazila binti Haron)Penggunaan yang betul ialah: 1. Sudut Pencetakan - percetakan ialah tempat/syarikat yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah kerja-kerja (proses, urusan) mencetak. Sudut Pencetakan bermaksud tempat proses mencetak buku dan sebagainya dilakukan.Tatabahasa04.01.2012
Ingin tahu tafsir perkataan yang betul" Production" yang digunakan dalam penghasilan audio video. Apabila saya membuat semakan "Produksi" (Bahasa indonesia) Cth: Produksi, pra-produksi, pasca produksi Jika diguna perkataan "Penerbitan" pula sering dikaitkan dengan pencetakan atau "Publication". Adakah perkataan Produksi Audio Video diterima pakai dalam Bahasa Malaysia yang betul?Terjemahan pelbagai istilah production ke dalam bahasa Melayu ialah penerbitan, pengeluaran dan penyiaran mengikut konteks penggunaannya. Bidang Komunikasi Massa menerima pakai istilah penerbitan, manakala bidang Teknologi Maklumat menerima pakai istilah pengeluaran dan penyiaran. Berdasarkan konteks penggunaan istilah tersebut, padanan yang sesuai ialah production - penerbitan/pengeluaran, preproduction - prapenerbitan, postproduction - pascapenerbitan. Dalam Daftar Istilah MABBIM perkataan produksi digunakan di Indonesia tetapi Malaysia dan Brunei tidak menerima pakai istilah tersebut.Istilah27.03.2012
want check this word for signboard.. FLX studio photography, photography, videography, fabulous makeup artistry, talent agency, flx magazine, t-shirt printing, boutique, event management dimiliki oleh Fabulous Soul Production1. studio fotografi FLX 2. fotografi 3. videografi 4. seni persolekan hebat 5. majalah flx 6. pencetakan kemeja-T 7. butik 8. pengurusan acaraIstilah06.04.2012
Assalamualaikum, Saya adalah penulis buku Pengenalan Virologi (1993), Komunikasi Saintifik (1995) dan Penulisan Saintifik (1996). Buku-buku ini adalh out of print. Saya ingin memesan untuk kegunaan sendiri. Soalan-soalan saya: 1. Dapatkah lagi buku-buku itu dicetak? 2. Berapakah bilangan yang paling kurang untuk dicetak? 3. Berapa kos pencetakan? 4. Berapa lama pesanan boleh disiapkan. Terima kasih Dr. Ismail AhmadJudul buku untuk cetak ulang ditentukan oleh Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Penulis atau pihak lain boleh mencadangkan judul buku yang perlu dicetak ulang kepada Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain11.02.2008
Akhbar Jawi... Terbaru, JCorp telah membuat satu tindakan yang proaktif dengan menaja akhbar Jawi di Johor. Isu memartabatkan Jawi ini amat mendukacitakan apabila sisipan akhbar Jawi seminggu sekali pada setiap Isnin di akhbar Utusan Malaysia telah diberhentikan. Jawi semakin dilupakan dan tidak mempunyai wawasan. Kita ingin sangat melihat akhbar Jawi yang sentiasa dicetak setiap hari, seperti akhbar Cina. Kemudian baru galakkan syarikat menaja untuk Sekolah, Universiti, Kolej. DBP mungkin boleh jadi pencetus bagi pencetakan Jawi di Malaysia. Sediakan laman web DBP khas dalam Jawi sahaja. Pemasaran melalui media, terutama Internet, lama sosial untuk menggalakkan masyarakat membaca Jawi mesti diperluaskan. Harapan saya supaya Jawi menjadi agenda utama dalam Parlimen dan sentiasa dibuat penambahbaikan dari tahun ke tahun. BADRULZAMANTerima kasih atas maklumat yang diberikan. Cadangan tuan untuk memperkasakan tulisan Jawi amat kami hargai dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya. Semoga kerjasama antara DBP dengan badan-badan kerajaan, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan badan korporat dapat menyemarakkan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda hari ini.Tatabahasa16.02.2015
12

Kembali ke atas