Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.cil] | ڤنچيل

Definisi : ; memencil mengasingkan (memisah­kan) diri drpd yg lain, menyendiri; memencilkan 1. mengasingkan (memisah­kan) diri drpd orang atau benda yg lain: kita tidak boleh hidup dgn ~ diri drpd kebudayaan Barat; 2. tidak menyukai, menghindari, menjauhi: dunia akan datang bertambah maju dan jika kita tidak bersiap-siap kita dipencilkan oleh zaman; ia dipencilkan oleh keluarganya; terpencil terasing (terpisah) drpd yg lain, tersendiri: beliau lahir di sebuah kampung yg ~; keterpencilan keadaan terpencil, keterasing­an: ~nya drpd pengaruh bahasa Melayu baku; ~ blok komunis dlm sistem antarabangsa semakin berkurang; pemencilan perbuatan dsb memencilkan; ~ diri perbuatan memencilkan atau menyisih­kan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.cil] | ڤنچيل

Definisi : ; memencil 1 duduk atau berada seorang diri; menyendiri: Dia ~ di ceruk sana. 2 jauh dr yg lain. memencilkan mengasingkan atau menjauhkan (diri dll) dr sesuatu: Tengku Husein telah ~ diri ke sebuah pulau. terpencil terasing dr yg lain; jauh dr yg lain; tersendiri: Kampungnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pencil
Kata Terbitan : memencilkan, pemencilan, terpencil, keterpencilan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kalau saya hendak translate "character" to Bahasa Malaysia, selain daripada watak, boleh saya guna "karekter"? Terima Kasih Character Pencil (Bahasa English) Pencil Karacter atau Pencil Watak? (Bahasa Malaysia)Perkataan karakter boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, karakter ialah sifat (ciri) perwatakan yang mem­bezakan seseorang daripada yang lain; 2. huruf, nombor, simbol, atau tanda baca. Mengikut hukum D-M, frasa yang tepat ialah "Watak Pensil" atau "Karakter Pensil".Tatabahasa10.02.2014
Selamat sejahtera, Apakah terjemahan "leads pencil" dalam bahasa melayu? Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan terjemahan bagi  lead pencil ialah pensil grafit.Penyemakan dan penterjemahan10.02.2017
Apakah terjemahan "weaponize"? E.g. She weaponized the pencil and stabbed the intruder to death. Secara kasarnya "weaponize" difahamkan sebagai menjadikan sesuatu atau mengubah sesuatu yang lazimnya bukan senjata menjadi senjata. Jika hendak diterjemahkan kepada satu perkataan, bolehkah "Persenjatakan" atau "Mempersenjatakan" digunakan?Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, weaponized boleh diterjemahkan sebagai bersenjatakan.

Lain-lain15.06.2021
Salam hormat. Saya Muhaimin Hamzah mewakili Kelab Penulisan Irbid (KPI), Jordan ingin meminta khidmat nasihat daripada pihak DBP berkaitan kerja-kerja penterjemahan karya. Sukacitanya dimaklumkan bahawa kami ingin menterjemah karya Ali Majod bertajuk 'The Pencil', yang pernah dijadikan silibus sastera Inggeris KBSM satu masa dulu, ke bahasa Arab. Ini adalah kerana kami melihat, garapan yang ringkas tetapi memukau oleh penulis (dan penterjemah bahasa Inggeris) mampu mengetengahkan persoalan yang penting: fasal menjatuhkan hukuman. Projek ini adalah usahasama dengan 'Malaysian Arabian Cultural Society' (MACS) yang bertekad membina jambatan budaya antara dua bangsa. Maka di sini ada beberapa persoalan: 1. Apakah prosedur sebenar untuk hak-hak legal dalam penterjemahan? 2. Adakah kami perlu membayar apa-apa pampasan? Karya terjemahan ini bukanlah untuk keuntungan tetapi lebih kepada siaraya. 3. Bagaimanakah kami boleh mendapatkan manuskrip asal 'Pensel Sebatang'? Di internet tiada fail yang berkenaan melainkan 'The Pencil' sahaja. Terima kasih. Muhaimin FB KPI: https://www.facebook.com/kelab.penulisan?fref=ts FB MACS: https://www.facebook.com/malaysianarabianculturalsocietyUntuk makluman, DBP tidak membuat perkhidmatan penterjemahan bahasa Inggeris atau sebagainya.  Sila hubungi ITBM 03-41451800 atau PPM, Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506.Lain-lain31.10.2014

Kembali ke atas