Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.cip.ta.an] | ڤنچيڤتاءن

Definisi : perihal (usaha dsb) mencipta(kan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.cip.ta.an] | ڤنچيڤتاءن

Definisi : perbuatan atau hal mencipta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penciptaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
formulaic verbal theoryteori formulaik lisanKesusasteraanTiadaTeori penciptaan lisan yang dipelopori oleh Millman Parry dan Albert Lord. Berdasarkan kajian mereka ke atas puisi Homer dan puisi lisan dari Yugoslavia, mereka mendapati bahawa proses penciptaan lisan bergantung pada penggunaan yang disebut sebagai formula a group of words which is regularly employed under the same metrical conditions to express a given essential idea. Penggunaan formula amat penting bagi sesuatu penciptaan lisan yang berlangsung secara spontan untuk mengelakkan penyampaian yang tersekat-sekat. Biasanya formula mempunyai bentuk frasa kodi yang bersukat, berentak, mudah dihafal serta diingat kembali oleh seseorang pencerita. Formula demikian bukan sahaja membantu hafalan dan penyampaian, tetapi mudah diubahsuai dalam setiap penyampaian. Proses penciptaan lisan juga melibatkan penciptaan semula cerita semasa penyampaian. Contohnya, Amin Sweeney dalam kajiannya tentang penciptaan sastera lisan Melayu, telah memperlihatkan bahawa setiap penyampaian cerita tidak pernah sama, walaupun bagi cerita yang sama. Hal ini demikian kerana tukang cerita akan melakukan improvisasi ke atas ceritanya. Cerita yang disampaikan bukanlah teks yang dihafal tetapi teks yang terdiri daripada formula tersirat bagi setiap tahap cerita. Kaedah penciptaan ini dikenali sebagai penciptaan skematik dan merupakan penciptaan lisan yang berbeza daripada penciptaan tulisan. Oleh sebab penciptaan tersebut, maka tidak terdapat satu versi lisan yang dianggap benar-benar tepat kerana setiap persembahan adalah unik dan berbeza. Lihat juga formula.
moodsuasana hatiKesusasteraanPuisiPerkara yang berhubung dengan penyair dan proses penciptaan. Sekiranya suasana hatinya baik dan ilham datang, proses penciptaan sesebuah puisi itu berjalan lancar. Sebaliknya jika suasana hatinya kurang baik dan ilham tiada, proses penciptaan itu tersekat.
prototypingpemprototaipanTeknologi MaklumatPerisianPenciptaan suatu model dan semua aspek simulasi suatu produk. Dalam penciptaan ini, alat CASE digunakan untuk menyokong pelbagai bentuk pemprototaipan. Oleh itu, pengguna akhir boleh memberi komen penambahbaikan dari aspek antara muka pengguna dan struktur dokumentasi sebelum kod dijana.
imagismimagismeKesusasteraanPuisiAliran penciptaan yang menjadi amalan kepada penyair-penyair imagis. Salah satu konsep penciptaan yang menjadi pegangan kepada penyair-penyair beraliran imagisme ini adalah memilih dan menerapkan imej dengan tepat dalam puisi-puisi mereka.
terminus a quobatas mulaKesusasteraanTiadaBatas permulaan penciptaan sesebuah karya. Contoh: tahun 1335 adalah batas mula penciptaan cerita Panji.
misprisionsilap tanggapKesusasteraanTiadaSalah bacaan atau salah fahaman. Kesilapan ini sebenarnya taktik defensif yang diamalkan penyair apabila mencipta puisinya sebagai reaksi menentang kehebatan penciptaan puisi penyair yang terdahulu daripadanya. Langkah ini dianggap perlu dalam pembaharuan proses penciptaan karya, khususnya puisi. Justeru, pembaca digalakkan mengiterpretasikan puisi dengan cara ini. Istilah ini dicipta oleh Harold Bloom dalam bukunya bertajuk Anxiety of Influence.
coinagepenciptaanLinguistikTiadaTiada
atom creationpenciptaan atomFizikTiadaTiada
credit creationpenciptaan kreditPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
demand creationpenciptaan permintaanEkonomiTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas