Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.cu.cu.han] | ڤنچوچوهن

Definisi : perihal (perbuatan, proses dsb) mencucuh atau mencucuhkan: sistem ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.cu.cu.han] | ڤنچوچوهن

Definisi : perbuatan, hal dsb mencucuh atau mencucuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencucuhan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ignition pointtitik pencucuhanTeknikElektrikMasa yang sesuai untuk memutuskan litar gegelung utama pencucuhan bagi menghasilkan voltan tinggi pada gegelung sekunder dan terus dihantar ke dalam pencucuhan melalui pengagihan pencucuhan. Masa yang sesuai ialah ketika omboh berada di atas. Pelarasan masa ini dibuat pada titik sentuh dalam pengagih.
high-energy ignition (HEI)pencucuhan tenaga tinggiKejuruteraan AutomotifEnjinSistem pencucuhan elektronik yang berupaya untuk menjana voltan sekunder setinggi 35 000 volt atau lebih. Sistem ini menggantikan pencucuhan titik sentuhan dan membolehkan penggunaan palam pencucuh yang mempunyai celahan yang lebih lebar dan menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih ekonomi dan pancaran ekzos lebih rendah. Singkatan HEI.
spark ignitionpencucuhan bunga apiKejuruteraan AutomotifEnjinProses pencucuhan bahan api untuk memulakan pembakaran campuran udara-bahan api termampat semasa lejang mampatan yang dimulakan oleh bunga api dari palam pencucuh. Proses ini merupakan kaedah pencucuhan yang biasa digunakan dalam enjin gasolin. Singkatan SI.
detonationletusanKejuruteraan AutomotifEnjinLetupan kedua dalam kebuk pembakaran yang tidak terkawal dalam enjin pencucuhan bunga api. Semasa pencucuhan, sebahagian campuran udara-bahan api dibakar oleh palam pencucuh menyebabkan campuran yang belum terbakar men- galami kenaikan tekanan. Suhu akibat proses mampatan omboh menyebabkan wujud nyalaan kedua yang spontan. Nyalaan ini bergerak pada arah yang bertentangan dengan nyalaan pertama dan pertembungan kedua-dua nyalaan ini menghasilkan letupan, menyebabkan enjin bergetar. Fenomena ini boleh dikurangkan atau dielakkan dengan penggunaan bahan api berplumbum atau bahan api tanpa plumbum bernombor oktana tinggi seperti oktana 97.
ignitionpenyalaan; pencucuhanPerubatanTiadaPencucuhan: Proses memulakan pembakaran campuran bahan api yang mudah meletup.
diesellingpendieselanKejuruteraan AutomotifEnjinKeadaan enjin pencucuhan bunga api yang menggunakan bahan api gasolin dengan sistem karburetor yang terus beroperasi walaupun sistem pencucuhan telah dimatikan. Pendieselan berlaku disebabkan wujudnya mendakan karbon yang membentuk titik-titik panas yang masih membara dalam kebuk pembakaran. Haba yang terhasil oleh mendakan ini cukup untuk berfungsi sebagai unsur pencucuhan.
direct ignition systemsistem pencucuhan terusKejuruteraan AutomotifEnjinSistem pencucuhan yang menghantar denyutan voltan tinggi terus ke palam bunga api. Penghantaran voltan ini dikawal oleh pemodulat. Sistem ini tidak menggunakan pengagih seperti pada sistem konvensional.
preignitionprapencucuhanKejuruteraanTiadaPencucuhan cas dalam silinder enjin pembakaran dalam sebelum pencucuhan oleh bunga api.
ignition systemsistem pencucuhanTeknikElektrikSistem yang terdiri daripada sekumpulan komponen dan litar yang menghasilkan pencucuhan voltan tinggi dalam enjin kenderaan.
ignition timingmasa pencucuhanKejuruteraanKejuruteraan MekanikMasa terhasilnya bunga api pada palam pencucuh, yang boleh diungkapkan dengan darjah sudut aci engkol sebelum omboh tiba ke kedudukan pusat mati atas (TDC) dalam silinder enjin pembakaran dalam. Masa pencucuhan ini tidak sama pada kelajuan putaran enjin yang berbeza. Kebiasaannya terdapat alat yang digunakan untuk mempercepat masa pencucuhan apabila putaran enjin meningkat.
12345678910

Kembali ke atas