Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.daf.tar] | ڤندفتر

Definisi : pegawai yg bertanggungjawab tentang (atau yg mengurus) pendaftaran, orang yg mendaftar(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.daf.tar] | ڤندفتر

Definisi : 1 orang yg mendaftarkan. 2 orang yg kerjanya menjaga rekod atau daftar di universiti dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendaftar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah gelaran jawatan yang sebetulnya digunakan samada Timbalan Ketua Pustakawan atau Penolong Ketua Pustakawan, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar? Kenapa wujudnya perbezaan penggunaan nama jawatan tersebut bagi sesetengah universiti?Dalam Kamus Dewan penolong ditakrifkan sebagai orang yang menolong, atau dalam bahasa Inggeris assistant, manakala timbalan ditakrifkan sebagai penolong kepada dalam bahasa Inggeris deputy. Berdasarkan takrifan tersebut hampir sama sahaja makna kedua-dua perkataan itu tetapi lazimnya timbalan digunakan untuk jawatan/portfolio yang besar seperti Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Pesuruhjaya dan Timbalan Pengarah.Makna20.01.2011
Apakah nama yg betul utk menamakan kekananan jawatan spt ini? : Penolong Pendaftar Kanan atau Penolong Kanan Pendaftar. Terima kasih.Nama yang betul untuk kekananan jawatan seperti contoh yang disertakan ialah Penolong Pendaftar Kanan.  Istilah08.04.2009
Apakah perbezaan antara Institusi dan Agensi? Yang mana yang perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Pendaftar?Institusi ialah badan yang melaksanakan tugas yang bersifat am seperti institusi pengajian tinggi. Agensi ialah badan yang menjalankan urusan tertentu seperti agensi kerajaan. Sila sahkan maklumat yang tuan perlukan, adakah tuan maksudkan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan? Jika begitu, syarikat dan pertubuhan yang perludidaftarkan dengan kedua-dua pendaftar tersebut.Tatabahasa09.10.2014
Tuan, soalan ini tentang Penggandaan Kata majmuk. `Penolong pendaftar`digandakan menjadi `penolong- penolong pendaftar`. Adakah `Penolong Kanan`( jawatan kedua penting selepas pengetua/guru besar di sekolah` harus digandakan menjadi `penolong-penolong kanan`.?Frasa penolong kanan apabila digandakan menjadi penolong-penolong kanan. Dalam proses penggandaan kata majmuk kata pertama sahaja digandakan. Contoh lain ialah guru-guru besar, ketua-ketua jabatan, dsb.Tatabahasa19.04.2009
Definisi Bagi Perkataan/jawatan Berikut: 1. Naib Canselor 2. Timbalan Naib Canselor 3. Pendaftar Universiti 4. Bendahari 5. Pustakawan 6. Dekan 7. Pengarah 8. Timbalan Pengarah dan Timbalan Dekan 9. Ketua Jabatan dan Ketua Nic

1. Naib Canselor = Ketua eksekutif atau ketua pentadbir sesebuah universiti.  2.Timbalan Naib Canselor = Penolong Ketua eksekutif atau penolong ketua pentadbir sesebuah universiti.  3.Pendaftar Universiti = pegawai yg bertanggungjawab tentang pendaftaran pelajar di universiti.  4.Bendahari = pengurus wang kesatuan/pertubuhan dan sebagainya. 5.Pustakawan = orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam tentang perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan  6.Dekan = ketua sesuatu fakulti di universiti.  7.Pengarah = orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek/jabatan/syarikat/perbadanan dan sebagainya  8.Timbalan Pengarah = penolong kepada seseorang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb 9.Timbalan Dekan = penolong ketua sesuatu fakulti di universiti.  10.Ketua Jabatan = orang yang mengetuai bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu dan 11.Ketua Nic = tidak ada dalam Kamus Dewan

Makna22.06.2008
Dalam teks BM: nama dan apa-apa butiran lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi tiap-tiap Pegawai Bomba Sukarela yang dilantik dan tiap-tiap Pasukan Bomba Sukarela yang berdaftar dan kawasan jagaannya Dalam teks BI: the names and any other particulars as required by the Registrar of every Voluntary Fire Officer appointed and every Voluntary Fire Brigade registered and their fire cover Apakah padanan perkataan yang sesuai bagi 'fire cover'? Adakah 'kawasan jagaan' perkataan yang tepat dalam konteks peruntukan ini?Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

fire cover - kawasan jagaan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain13.01.2022
Pihak kami sedang dalam proses mendaftarkan persatuan baru dengan nama “ Persatuan Kontraktor Gas Se Malaysia” dengan ROS/Pendaftar Pertubuhan. Soalan: Adakah perkataan “Se” perlu bergabung dengan perkataan Malaysia atau berasing menjadi “Se Malaysia” ? Sekian. Terima KasihEjaan yang betul ialah "Se-Malaysia". Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Ejaan27.04.2023
Ayat "Every local society shall, in the manner prescribed apply to the Registrar for registration under this Act." diterjemahkan sebagai "Tiap-tiap pertubuhan perbadanan hendaklah, mengikut cara yang ditetapkan, memohon kepada Pendaftar bagi pendaftaran di bawah Akta ini." Sama ada terjemahan teks bahasa Melayu tersebut adalah tepat dari segi tatabahasa dan sama ada penggunaan perkataan "memohon kepada" adalah betul?

Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk ayat "Every local society shall, in the manner prescribed apply to the Registrar for registration under this Act." ialah





Tiap-tiap pertubuhan perbadanan hendaklah, mengikut cara yang ditetapkan, memohon kepada Pendaftar bagi pendaftaran mengikut Akta ini.

Makna14.07.2021
Bolehkah nama "Restoran Heritage Penang" di papan iklan premis perniagaan?Nama "Restoran Heritage Penang" boleh digunakan sekiranya nama tersebut telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Syarikat.Lain-lain04.07.2013
Salam tuan puan. Saya nak bertanya macam terjemahan terbaik bahasa eng dibawah untuk pendaftaran pertubuhan profesional ENG: Intergrative Pain International Network BM : Pertubuhan RAwatan Intergrasi Kesakitan Antarabangsa Kami di inquiry oleh Pendaftar Pertubuhan perkataan KesakitanPerkataan "pain" boleh diterjemahkan sebagai "kesakitan". Namun, kami mencadangkan "Intergrative Pain International Network" diterjemahkan sebagai "Pertubuhan Rawatan Kesakitan Bersepadu Antarabangsa". Cadangan padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah21.09.2021
12

Kembali ke atas