Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.daf.ta.ran] | ڤندفترن

Definisi : perihal mendaftarkan, tin­dak­an atau urusan dsb mencatatkan (merakam­kan) dlm daftar: Kesatuan Penarik-Penarik Beca sudah pun diluluskan ~nya oleh kera­jaan; pejabat ~ pejabat tempat mendaftar (utk kelahiran, kematian, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.daf.ta.ran] | ڤندفترن

Definisi : perbuatan atau hal mendaftarkan: ~ bakal-bakal haji telah dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendaftaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
istilah mana yang betul: Pendaftaran Masuk atau Pendaftaran Kemasukan?Frasa yang betul ialah "pendaftaran masuk".Tatabahasa25.08.2011
Mana satukah yang betul PENDAFTARAN PELAJAR BARU atau PENDAFTARAN PELAJAR BAHARUKedua-dua ayat tersebut betul.Lain-lain03.04.2010
Berkaitan Pendaftaran Korpus DBP Tuan/Puan, Seperti pertanyaan dulu,saya masih manghadapi masalah pendaftaran Korpus DBP. Saya telah cuba menggunakan firefox dan explorer. Oleh sebab saya berada di Beijing sekarang, saya juga minta ahli keluarga di Malaysia untuk membuat pendaftaran tetapi permintaan juga ditolak. Oleh itu, dengan pertanyaan ini juga ada lampiran fail yang menunjukkan info yang saya isi dalam ruang-ruang pendaftaran. Sya berharap agar pihak berkuasa dapat beri tunjuk ajar. Sekian, Terima kasih.Saya respons kepada pertanyaan terdahulu tentang Korpus Sastera. Untuk makluman saudara medan Korpus Sastera telah disediakan, walau bagaimanapun masih dalam peringkat pembinaan bahan. Setelah selesai dibina Korpus Sastera boleh diakses oleh orang ramai. Saya sendiri telah cuba mendaftar sebagai penyelidik dan masalah yang sama saya hadapi seperti saudara. Hal ini akan saya kemukakan kepada pengetahuan pihak pentadbir sistem. Sepatutnya penyelidik boleh mendaftar dan menggunakan pangkalan data korpus tersebut.Lain-lain24.03.2011
Ayat A - Pihak kami tidak lagi akan mengedar borang pendaftaran seperti lazimnya. Ayat B - Pihak kami tidak lagi akan mengedar borang pendaftaran seperti lazim. Ayat C - Pihak kami tidak lagi akan mengedar borang pendaftaran seperti kelazimannya. Soalan - Ayat mana yang betul?

Ayat yang betul ialah Pihak kami tidak lagi akan mengedar borang pendaftaran seperti lazimnya.

 

Tatabahasa16.12.2010
Pengesahan Pendaftaran

Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).

Lain-lain21.05.2017
No. Pendaftaran : 54441/2016 Syarikat : Best View Corporation Sdn Bhd Refer to the above registration no, we would like to find out why our application is rejected and why is the reason ? We had apply more than 3 times, but every time also did not given the reason why u reject. Appreciate if u could advice. We had try to call so many time to your center, but sad to tell u nobody answer the call. Look forward reply from u soon. TQ. BR, Ivy Tan 03-3343 5112 / 5113 016-967 2079Sila buka semula permohonan tuan dan di ruang komen terdapat kesalahan yang dinyatakan oleh petugas kami. Komen petugas kami adalah seperti yang berikut:

1. Tukar "Contact us at" kepada Hubungi kami melalui talian
2. Tukar "PICTURE FOR ILLUSTRATION PURPOSES ONLY" kepada GAMBAR UNTUK TUJUAN ILUSTRASI SAHAJA
3. Tukar "TERMS AND CONDITIONS APPLIES" kepada TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT
4. Tukar "STAY WITH US AND FEEL LIKE HOME" kepada bahasa Melayu.

Sila buat pembetulan dan hantar semula visual tersebut untuk pengesahan.
Lain-lain05.11.2016
No. Pendaftaran : 30059/2015 Tajuk Peemohonan : Jualan merdeka Tarikh Permohonan : 29/7/2015 Syarikat : Venice Vision Sdn Bhd May i know the latest status ? When can i get the approval letter ? Please update me as soon as possible. Thanks for your cooperation.Permohonan tuan telah diproses, sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain03.08.2015
NO Pendaftaran 24107/2015.belum dapat balasan lagi.Permohonan tuan telah disemak dan diluluskan. Sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain22.06.2015
nombor pendaftaran 21578/2015 & 21373/2015.kita dafter pada 29/05/2015 belum ada reply.Kedua permohonan tuan telah disemak. Sila buat pembetulan dan kemukakan semula kepada kami dan tekan kemas kini.Lain-lain03.06.2015
nombor pendaftaran 12323/2015 tajuk pemohon:UNCLE LIEW KOPITIAM nama syarikat :UNCLE LIEW KOPITIAM 04/04/2015 BARU bila boleh dapat maklum balas terima kasihPermohonan tuan telah diluluskan. Sila klik semula domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain06.04.2015
12345678910...

Kembali ke atas