Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.hu.luan] | ڤندهولوان

Definisi : 1. permulaan; 2. = bayaran ~ bayaran (yg merupakan sebahagian drpd harga sesuatu) yg dibuat terlebih dahulu (sebelum selesainya urusan jual beli), bayaran muka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.da.hu.luan] | ڤندهولوان

Definisi : permulaan: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendahuluan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMALIY, AL-Amaliy, al- ialah sebuah sumber rujukan dan

manuskrip klasik. Penulisnya ialah Abu ‘Ali al-

Qaliy. Kitab ini merangkumi banyak ilmu

sebagaimana yang diterangkan oleh penulis

dalam pendahuluan buku yang akan dipaparkan

sebahagian daripadanya dalam artikel ini.

UMUM 
RIVERS, LARRY

Rivers, Larry (1923–2002) ialah pelukis Amerika

Syarikat. Bermula pada awal tahun 1950-an, Rivers

memilih lambang Amerika sebagai subjek

lukisannya. Subjek itu sama ada boleh menjadi

tema sejarah atau imej barangan komersial seperti

kotak rokok. Karya Rivers yang sengaja tidak

diidealistikkan membawa unsur yang

menggelikan tetapi semula jadi ironinya. Dengan

penggunaan imejan popular sebagai bahan

pendahuluan, dia sering dianggap pelopor

pergerakan seni pop. (Lihat Seni pop ).

UMUM 
DARI AVE MARIA KE JALAN LAIN KE ROMA

DARI AVE MARIA KE JALAN LAIN KE ROMA, kumpulan cerpen, sketsa dan drama Idrus, setebal 168 halaman diterbitkan pada tahun 1948 oleh Balai Pustaka, Indonesia dan pernah diulang cetak sebanyak lima kali. Cetakan kelima, iaitu pada tahun 1975 diberi kata pendahuluan oleh H.B. Jassin. Karya ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, “Zaman Jepun” adalah hasil tulisan Idrus pada waktu awal kedatangan Jepun ke Indonesia. Bahagian kedua “Corat-coret di Bawah Tanah” ditulis semasa pendudukan Jepun di Indonesia. Bahagian ketiga mengandungi “Kisah Sebuah Celana Pendek” dan “Surabaya dan Jalan Lain ke Roma”, dihasilkan sesudah 17 Ogos 1945, iaitu setelah Jepun menyerah kalah dan ketika api revolusi menuntut kemerdekaan sedang marak.

 

SASTERAKarya

Kembali ke atas