Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.kian] | ڤنداکين

Definisi : 1. perihal atau perbuatan men­daki, pemanjatan; 2. = dakian tempat yg mendaki (menaik): tidak usah kita tertawa pd waktu turun kerana ~ akan ditempuh pula; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.da.kian] | ڤنداکين

Definisi : 1 perbuatan (usaha dsb) mendaki: ~ gunung yg tinggi itu tidak dpt diteruskan. 2 bahagian bukit, jalan dll yg mendaki; lw penurunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendakian

Peribahasa

Berbukit di balik pendakian.

Bermaksud :

Kesusahan yang silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami meneruskan pendakian Gunung Kinabalu setelah sejam berhenti rehat. (i) Pendakian Gunung Kinabalu diteruskan setelah sejam kami berhenti rehat. (ii) Setelah sejam berehat kami teruskan pendakian Gunung Kinabalu. Tuan, ayat yang manakah betul setelah dipasifkan?Trm ksh.Salam sejahtera,

Ayat pasif bagi ayat di atas ialah:

Pendakian Gunung Kinabalu kami teruskan setelah sejam berhenti rehat.

Sila dapatkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Tatabahasa18.09.2017
Kami meneruskan pendakian Gunung Kinabalu setelah sejam berhenti rehat. (i) Pendakian Gunung Kinabalu diteruskan setelah sejam kami berhenti rehat. (ii) Setelah sejam berehat kami teruskan pendakian Gunung Kinabalu. Tuan, ayat yang manakah betul setelah dipasifkan?Trm ksh.

Tatabahasa08.09.2017
Apakah padanan yang sesuai untuk frasa "big wall climbing", "free wall climbing", "free climbing" dan juga "free soloing" dalam konteks sukan pendakian dinding/batu. Rujuk: https://www.evorock.com/blog/2016/07/13/3694/#:~:text=In%20free%20climbing%2C%20the%20climber,in%20case%20of%20a%20fall. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah big wall climbing ialah panjat tembok besar, free wall climbing ialah panjat tembok mandiri, free climbing ialah pendakian mandiri dan free soloing climbing ialah pendakian solo mandiri. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah29.09.2022
Salam, benarkah ayat ini " Setiap peserta yang menyertai pendakian gunung itu bangun seawal tiga pagi". Sekian terima kasih.Sedikit pembetulan dibuat dalam ayat tersebut, iaitu "Setiap peserta yang menyertai program mendaki gunung itu bangun seawal tiga pagi".Tatabahasa30.04.2013
Salam sejahtera tuan, soalan saya adalah seperti berikut. 1) Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang terpikat oleh keindahan dasar lautnya. Adakah terpikat oleh betul? ataupun terpikat dengan lebih sesuai dalam ayat ini? 2) Adakah maksud peribahasa 'seperti pahat dengan penukul' bantu-membantu antara satu sama lain? 3) Ibu tahu bahawa abang tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Adakah tahu bahawaw betul? 4) Yang turut hadir di majlis perkahwinan itu ialah diplomat-diplomat asing. Adakah ayat ini betul? 5) Perlu ditekankan bahawa penghasilan sesuatu produk ialah kualitinya. Adakah ayat ini betul? 6) Samantha berpaling muka apabila melihat saya, mengapa? Adakah ayat ini betul? 7) Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja ini berapa lama? Adakah ayat ini betul? 8) Kita bukan sahaja perlu berani tetapi juga perlu menghadapi cabaran semasa pendakian nanti. Adakah ayat ini betul? Terima kasih.

Contoh ayat berikut betul: 1) Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang terpikat oleh keindahan dasar lautnya. 3) Ibu tahu bahawa abang tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. 4) Yang turut hadir dalam majlis perkahwinan itu ialah diplomat-diplomat asing. 5) Perlu ditekankan bahawa penghasilan sesuatu produk ialah kualitinya. 6) Samantha berpaling muka apabila melihat saya, mengapa? 7) Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja ini berapa lama? 8) Kita bukan sahaja perlu berani tetapi juga perlu menghadapi cabaran semasa pendakian nanti.  2) Maksud peribahasa 'seperti pahat dengan penukul' ialah bantu-membantu antara satu sama lain, juga betul.  

Tatabahasa14.08.2021

Kembali ke atas