Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.daÖ.wa.an]/[pen.da/.wa.an] | ڤندعواءن

Definisi : perbuatan mendakwa, penge­mukaan (penyampaian) sesuatu dakwaan (tuduhan): Inspektor Ali telah melakukan ~ terhadap Busu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.daÖ.wa.an]/[pen.da/.wa.an] | ڤندعواءن

Definisi : perbuatan atau hal mendakwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendakwaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa beza perkataan 'dakwaan' dengan 'pendakwaan'? Berikan makna dan contoh ayat untuk kedua-duanya sekali.Merujuk kepada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), memang ada perbezaan antara pendakwaan dengan dakwaan, iaitu: 

pendakwaan ڤندعواءن  
n proses atau perbuatan mendakwa, mendakwai atau mendakwakan:
Pendakwaan akan dilakukan thp premis-premis yg melanggar akta tsb.tMaka perkara hutang piutang, pendakwaan dsb diputuskan menurut adat istiadat negeri.tMereka marah sekali krn pendakwaan itu tidak beralasan.

dakwaan دعواءن  
n 1 tuduhan, tuntutan, aduan dsb yg dikemukakan di mahkamah utk dibicarakan: Syarikat kenderaan
itu diputuskan tidak bersalah atas dakwaan cuai.

2 hal atau perkara yg didakwa benar oleh sso atau sst pihak: Saiful menyiasat dakwaan orang mengenai isterinya. Dakwaan bahawa terdapat banyak kesalahan dlm perjanjian itu tidak munasabah sekali.
Lain-lain09.06.2021
salam, perkataan "pegawai kaunseling keluarga, JAIJ" dan "ketua pengarah bahagian pendakwaan JAIJ' adakah perlu dieja dengan huruf besar?Ejaan yang betul ialah Pegawai Kaunseling Keluarga JAIJ dan Ketua Pengarah Bahagian Pendakwaan JAIJ.Ejaan01.03.2012
KESALAHAN GAGAL BAYAR CAJ PENYENGGARAAN (Seksyen 25 & 52, Akta 757) PENDAKWAAN KE MAHKAMAH DENDA TIDAK MELEBIHI DARI RM5,000.00 ATAU DIPENJARA TIDAK MELEBIHI 3 TAHUNATAU KEDUA-DUANYA & RM50 BAGI TIAP-TIAP HARI KESALAHAN ITU BERTERUSAN SELEPAS SABITAN KESALAHAN GAGAL BAYAR CAJ PENYENGGARAAN (Seksyen 25 & 52, Akta 757) PENDAKWAAN KE MAHKAMAH DENDA TIDAK MELEBIHI DARI RM5,000.00 ATAU DIPENJARA TIDAK MELEBIHI 3 TAHUNATAU KEDUA-DUANYA & RM50 BAGI TIAP-TIAP HARI KESALAHAN ITU BERTERUSAN SELEPAS SABITANMohon kemukakan soalan puan.Lain-lain17.11.2015
SAYA MEMPUNYAI SATU PENULISAN BERKAITAN PENDAKWAAN DI BAWAH AKTA KESIHATAN AWAM , BAGAIMANA SAYA HENDAK DAFTAR UNTUK DAPATKAN NOMBOR ISBN. TERIMA KASIHUntuk makluman, nombor Pendaftaran ISBN diperoleh daripada Perpustakaan Negara Malaysia, bukan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehubungan dengan itu, mohon saudara menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci.Lain-lain28.02.2017
Salam, Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "impeach"? Ini adalah dalam konteks pendakwaan atau cabaran terhadap seorang pemimpin negara, seperti presiden, terutamanya di negara seperti Amerika Syarikat. Terima kasih.Padanan yang tepat bagi istilah "impeach" dalam bidang Undang-undang ialah "mencabar"Istilah14.01.2021
Mohon pihak tuan menyemak cara penulisan TAJUK/JUDUL berikut (daripada segi huruf besar dan huruf kecilnya bagi perkataan ‘di bawah’, ‘di dalam’ dan ‘ke atas’) 1. Prosiding Kes di Bawah/ di bawah seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah 2. Kedudukan di Dalam/di dalam Mahkamah 3. Prosiding Pendakwaan Kes di Mahkamah: Orang Kena Saman Mengaku Tidak Bersalah ke Atas/ ke atas Pertuduhan Terima kasih :)

Pihak kami tidak mempunyai format standard berkenaan cara penulisan tajuk yang digunakan di mahkamah. Walau bagaimanapun, berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama perlu ditulis dengan huruf kecil. Sehubungan dengan itu, penulisan tajuk buku atau yang seumpama dengannya pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan.

Cara penulisan tajuk yang betul mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu:
1. Prosiding Kes di Bawah Seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah
2. Kedudukan di dalam Mahkamah
3. Prosiding Pendakwaan Kes di Mahkamah: Orang Kena Saman Mengaku Tidak Bersalah Atas

Untuk tajuk nombor 3, penggunaan ke atas kurang tepat kerana konteks ayat yang diberikan tidak menunjukkan pergerakan di/ke atas.

Tatabahasa19.11.2021
Assalamualaikum wbt Apakah maksud perkataan memperjudiskan? Contoh ayat : 1. sebaliknya hakim bicara telah mengambilkira keterangan-keterangan yang 'memperjudiskan' perayu-perayu. 2.Kedua, perayu-perayu mempunyai peluang untuk menyangkal (to rebut) anggapan dibawah s.37(d) ADB 1952 dan oleh itu perayu-perayu tidaklah 'terperjudis'. Kedua-dua contoh ini saya dapati di alamat url berikut: (http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/K-05-8-2011.pdf) 3. AMER HAMZAH: Sejak kamu mendapat maklumat yang boleh 'memperjudiskan' tertuduh, keterangan kamu pada hari ini (semalam) memihak kepada pendakwaan. Contoh ketiga boleh didapati di alamat url berikut :(http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Saksinafimemihakpendakwa/Article) Mohon nasihat daripada pihak tuan/puan Terima kasih -Mohd Habib bin Abdul Halim-Perkataan memperjudiskan tiada dalam data kami. Perkataan yang paling hampir ialah prejudis  yang bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dan sebagainya.

Manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah prejudice ialah prasangka.
Tatabahasa19.06.2013

Kembali ke atas