Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.daÖ.wah]/[pen.da/.wah] | ڤندعوه

Definisi : orang (golongan) yg berdakwah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.daÖ.wah]/[pen.da/.wah] | ڤندعوه

Definisi : orang (golongan) yg menyebarkan ajaran sesuatu agama; mubaligh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendakwah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
YUSUF AL-QARADAWIUlama yang produktif, pendakwah Islamiyyah dan penyair.AGAMATokoh
ABU ZAKI FADZIL

ABU ZAKI FADZIL (1926- ), penulis dan pendakwah. Dia lahir pada 11 November 1926 di Jejawi, Perlis. Nama sebenarnya ialah Abu Bakar bin Haji Muhammad Fadzil. Selain nama pena Abu Zaki Fadzil, dia juga menggunakan nama Badruzzaman, Dali, Ibnu Ariffin, Pak Abu dan Ramuna.

SASTERAKonsep
ABDUL JALIL HASSAN, TAN SRI (1914–1990),

Abdul Jalil Hassan, Tan Sri (1914-1990),

pendakwah dan pendidik Malaysia. Abdul Jalil

memberikan sumbangan penting dalam tilawah al-

Qur’an. Dia dilantik sebagai Ahli Pengerusi Jemaah

Hakim dari tahun 1965 hingga tahun 1970. Pada

tahun 1969, dia dilantik sebagai Ahli Majlis

Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan

Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun

1970, dia dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa

Fatwa Kebangsaan di bawah Majlis Raja-raja

Melayu. Abdul Jalil juga dikenali kerana

 keanggotaannya dalam badan-badan Islam

Antarabangsa. Dia dilantik sebagai Ahli Majlis

Tertinggi Rabilah Alam Islam oleh kerajaan Arab

Saudi pada tahun 1966 dan dilantik oleh kerajaan

Mesir pada tahun 1973 sebagai Ahli Majlis

Tertinggi Majma al-Buhuth al-Islamiyah.

UMUM 
NADAWIY, ABU AL-HASAN AL-

Nadawiy, Abu al-Hasan al- (1333 H– /

1914 M– ), pendakwah besar Islam yang aktif.

Nama penuhnya ialah Abu al-Hasan ‘Ali al-Husniy

al-Nadawiy. Dia lahir di kampung Tikyah dalam daerah

Ray Barili, India. Ayahnya meninggal dunia semasa

dia berumur sembilan tahun. Pendidikannya

diuruskan oleh abangnya yang sulung iaitu ‘Abd

al-‘Ali yang merupakan pengetua Nadwah al-‘Ulama.

Al-Nadawiy belajar al-Qur'an di rumah dan

menghafaznya. Dia mula mempelajari bahasa Arab,

Parsi dan Inggeris ketika berumur 18 tahun.

Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Fakulti

Sastera Arab di Universiti Lucknow dan merupakan

pelajar yang paling muda. Dia mempelajari hadith di

Nadwah al-‘Ulama’ selama dua tahun, kemudian

menjadi pensyarah di Dar-al ‘Ulum iaitu pusat

pengajian lanjutan dari Nadwah al-‘Ulama’. Al-

Nadawiy menyumbang tulisannya dalam majalah

Arab yang berjudul al-Diya’ yang dikeluarkan oleh

Nadwah al-‘Ulama’. Dia kemudiannya menjadi ketua

editor majalah al-Nadwah al-‘Ilmiyyah yang berbahasa

Urdu seperti majalah al-Ta‘mir.

UMUM 
MUHAMMAD IBN ‘ABD AL-WAHHAB

Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab (1115 H.–

1206 H./1703 M.–1792 M.), syeikh pendakwah

Islam dan tokoh tajdid zaman moden. Dia lahir di

kampung al-‘Uyaynah di Najd, Arab Saudi dan

belajar al-Qur’an dan hadith daripada bapanya.

Kemudian Muhammad mengembara mencari

ilmu hingga sampai ke Iraq, Madinah dan

Makkah. Dia mendalami ilmu syariah dan

menemui para fuqaha’, berbincang dan berbahas

sesama mereka.

UMUM 
XAVIER, SAINT FRANCIS

Xavier, Saint Francis (1506–1552) ialah

mubaligh fahaman Jesuit Sepanyol. Dia dikenali

sebagai “Pendakwah Kawasan Hindi”.

Kebanyakan usaha dakwahnya dilakukan di Asia.

UMUM 
ABDUL JALIL HASSAN, TAN SRIABDUL JALIL HASSAN, Tan Sri (1914-1990), pendakwah dan pendidik. Dia lahir di Kampung Serom Tujuh, Muar, Johor. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SUNAN AMPELSUNAN AMPEL (1401-1478), ulama dan pendakwah Indonesia.  Dia lahir di Campa.  Nama sebenarnya ialah Sayid Ali Rahmatullah.  Dia juga dikenal sebagai Raden Rahmat.  Sunan Ampel adalah salah seorang daripada ulama dan pendakwah kumpulan Walisongo yang berasal dari Jawa.  Bapanya bernama Ibrahim al-Ghazi, seorang ulama besar di Samarkand, dekat Bukhara.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BUNYAN, JOHN

Bunyan, John (1628–1688) ialah pendakwah

Inggeris yang menulis The Pilgrim’s Progress

(1678, 1684).

UMUM 
MAWDUDIY, ABU AL-A‘LA’ AL

Mawdudiy, Abu al-A‘la’ al- (1321 H.–1399 H./

1903 M.–1979 M.), ahli fikir dan pendakwah Islam

yang terkenal di India dan juga merupakan

seorang ketua jemaah Islam di India pada

pertengahan abad ke-20.

UMUM 
123

Kembali ke atas