Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.la.man] | ڤندالمن

Definisi : perihal mendalamkan, tindak­an (proses dll) mendalamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.da.la.man] | ڤندالمن

Definisi : perbuatan (usaha dsb) mendalami atau mendalamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendalaman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ruhan Sri Rama AHA 12.19 PTG Ruhan Sri Rama Apakah perbezaan antara pedalaman dan pendalaman?Pendalaman Definisi : perbuatan (usaha dsb) mendalami atau mendalamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Pedalaman Definisi : daerah yg jauh (di darat) dr pantai atau dr bandar: Padi huma banyak ditanam di ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)Makna27.08.2017
salam apakah perbezaan pedalaman dan pendalaman.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi pedalaman dan pendalaman adalah seperti yang berikut:

i. pedalaman - daerah yang jauh dari pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu

ii. pendalaman - perihal mendalamkan, tindakan (proses dan lain-lain) mendalamkan

Makna21.09.2011
Kerja-kerja (pendalaman) longkang itu dihentikan kerana hujan. Adakah jawapan ini betul?Penggunaan perkataan pendalaman betul  iaitu perbuatan (usaha dsb) mendalami atau mendalamkan.Ejaan07.05.2019
Mana 1 yang betul, Pendalam atau Pendalaman Sungai Langat akan dijalankan. Kenapa?Yang betul ialah Pendalaman Sungai Langat akan dijalankan.Tatabahasa19.07.2010
pedalaman dan pendalaman,apa bezanya?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pedalaman bermaksud daerah yang jauh dari pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu.  pendalaman bermaksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan.Makna31.01.2011
pedalaman /pendalamanMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pedalaman bermaksud daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah, manakala pendalaman pula membawa maksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll). Oleh hal yang demikian, kedua-dua kata ini boleh sdr menggunakannya, tetapi mempunyai makna yang berbeza, iaitu pedalaman bererti daerah, manakala pendalaman menggambarkan proses kerja.Makna24.05.2010
ejaan yang betul untuk pendalaman @ pedalaman

1.  Merujuk Kamus Dewan kata Pedalaman ; daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah, manakala pendalaman pula membawa maksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll). Oleh hal yang demikian, kedua-dua kata ini boleh sdr menggunakannya, tetapi mempunyai makna yang berbeza, iaitu pedalaman bererti daerah, manakala pendalaman menggambarkan proses kerja.

.

Makna01.07.2009
Apakah perbezaan antara pedalaman dan pendalaman?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan pedalaman bermaksud daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~; manakala perkataan pendalaman bermaksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan.

Istilah21.10.2009
1. kawasan pendalaman atau kawasan pedalaman 2. dibawah atau di bawah 3. diperingkat atau di peringkat

Encik Zamri,

1.  Merujuk Kamus Dewan kata Pedalaman ; daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah, manakala pendalaman pula membawa maksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. Oleh itu, frasa yang tepat ialah kawasan pedalaman yang merujuk tempat atau kawasan.

2.  di bawah bukan dibawah.

3. di peringkat bukan diperingkat.

Tatabahasa27.05.2009
Assalamualaikum. apakah perbezaan makna antara pendalaman dan pedalaman. saya mendapat maklumat sekarang ini maknanya membawa maksud yang sama. satu lagi bagaimana penggunaan belakangan dan kebelakangan

Saudara Muyusmaliza,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan pedalaman bermaksud daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~; manakala perkataan pendalaman bermaksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan.

Makna03.08.2009
12

Kembali ke atas