Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.pat] | ڤنداڤت

Definisi : 1. kesimpulan yg dibuat atau diper­oleh drpd berfikir (dan membayangkan sikap atau pendirian seseorang tentang sesuatu), pandangan, fikiran: ~ Hussain dlm hal ter­sebut bertentangan dgn pendirian ayahnya; ~ umum pendapat orang ramai; 2. orang yg mula-mula memikirkan (mendapatkan, men­cipta­kan) sesuatu yg baru (belum ada, belum diketahui sesiapa), penemu: ~ utama dlm hal televisyen ialah Mr. Baird dr Scotland; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.da.pat] | ڤنداڤت

Definisi : fikiran; pandangan; anggapan: Pd ~ saya, eloklah kita sokong projek pembinaan surau itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendapat

Peribahasa

Banyak udang banyak garam,
     banyak orang banyak ragam.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TINJAUAN PENDAPAT UMUM

Tinjauan pendapat umum ialah satu kajian

untuk mendapatkan sikap, kepercayaan, atau

pendapat sebilangan besar orang ramai. Populasi

yang diliputi mungkin termasuk jutaan individu

tetapi sebenarnya hanya sebilangan kecil daripada

mereka sahaja yang disoal. Jika mereka telah dipilih

dengan berhati-hati, pendapat mereka biasanya

mencerminkan pendapat keseluruhan kumpulan

dengan tepat.

UMUM 
PRASANGKA

Prasangka ialah pendapat yang terbentuk tanpa

mengambil waktu dan usaha untuk membuat

pertimbangan dengan adil. Pendapat seperti itu

mungkin baik atau tidak baik dan dibuat tanpa

mempedulikan bukti yang tersedia. Dalam rencana

ini, prasangka bererti pendapat tidak baik yang

dipegang dengan cara ini tentang anggota-anggota

suatu kumpulan sosial tertentu. Orang yang

berprasangka cenderung memutarbelitkan,

menyelewengkan, serta menyalahertikan ataupun

mengabaikan fakta yang bertentangan dengan

pendapat yang telah ditentukannya terlebih

dahulu. Umpamanya, orang yang berprasangka

mungkin percaya bahawa semua individu dalam

suatu kumpulan umur, bangsa, kumpulan etnik,

agama, seks atau wilayah sesebuah negeri itu

pemalas, kejam, bodoh, tak stabil emosinya,

ataupun tamak.

UMUM 
SURAH TAHA

Surah Taha ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-20 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 135 ayat.

Terdapat pelbagai pendapat mengenai sebab nama

surah ini diberikan. Pendapat pertama mengatakan

bahawa ia seperti surah yang lain yang pada

permulaannya terdapat ungkapan Ha Mim atau

Lam Mim dan lain-lain. Pendapat kedua

mengatakan bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w.

sembahyang dengan mengangkat sebelah kakinya

dan menetapkan yang sebelah lagi, maka Allah

S.W.T. menurunkan ayat, Taha, bermakna

“Rendahkanlah dirimu ke bumi dengan kedua

belah kakimu”. Pendapat ketiga mengatakan Taha

adalah perkataan daripada bahasa ‘ajam (bukan

Arab) yang bermaksud “Wahai lelaki”. Pendapat

yang akhir mengatakan bahawa Taha merupakan

salah satu daripada nama-nama Nabi s.a.w.

UMUM 
KEBEBASAN AKHBAR

Kebebasan akhbar ialah hak untuk

menerbitkan fakta, idea, dan pendapat tanpa

gangguan daripada kerajaan atau daripada

kumpulan persendirian.

UMUM 
TARIQ IBN ZIYAD

Tariq ibn Ziyad (50–102 H./670–720 M.) ialah

penakluk Sepanyol. Terdapat juga pendapat

mengatakan bahawa namanya Tariq ibn Amru,

hamba kepada Musa ibn Nusayr, iaitu Gabenor

Maghribi merangkap panglima tentera Barbar

yang ditugaskan membuka Semenanjung Iberia

pada zaman Kerajaan Umaiyyah yang pada masa itu

diketuai oleh Khalifah al-Walid ibn Abd al-Malik.

UMUM 
EMPEDOCLES

Empedocles (495? SM–435? SM) ialah ahli

falsafah Yunani awal. Dia bersetuju dengan

pendapat Parmenides, iaitu ahli falsafah Yunani

yang berpengaruh, bahawa sesuatu yang wujud itu

tetap kekal dan tidak berubah.

UMUM 
ABU MIHJAN AL-THAQAFIY

Abu Mihjan al-Thaqafiy (? –30 H./ ? –650 M.) ialah

penyair Parsi daripada golongan Mukhdaram yang

hidup pada zaman Jahiliah dan kemudiannya

memeluk Islam. Terdapat banyak perbezaan

pendapat tentang namanya. Abu Mihjan al-Thaqafiy

dikatakan bernama ‘Amru ibn Habib, pendapat lain

pula mengatakan dia juga dikenali sebagai Abu ‘Abid

dan manakala nama-namanya yang lain ialah Malik

dan ‘Abdullah. Ibunya bernama Kunud bint ‘Abdullah

ibn ‘Abd Shams. Abu Mihjan salah seorang daripada

sahabat Nabi SAW. Dia mendengar dan meriwayatkan

hadith daripada Rasulullah SAW dan dia tergolong

dalam kalangan sahabat yang banyak mengalami

penderitaan dan berani.

UMUM 
AUSTRALOID

Australoid ialah ahli kumpulan suku kaum

Orang Asli Australia. Ahli kaji bumi

menggolongkan Australoid di luar keturunan

Mongoloid dan Negroid. Tetapi mereka berselisih

pendapat sama ada untuk mengkategorikan

mereka sebagai generasi keempat atau sama

keturunan dengan puak Caucasoid. Kebanyakan

Australoid mempunyai kulit sawo matang, rambut

ikal, rahang yang besar, berbibir tebal, dan

berhidung besar serta pesek.

UMUM 
ABU TAMAM

Abu Tamam (190 H.?–231 H.?/806 M.?–846 M.?),

penyair yang terkemuka pada zaman kerajaan

Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Habib ibn ‘Aws al-

Ta’iy. Dikatakan bahawa bapanya bernama Tadarrus

yang dahulunya seorang Nasrani. Setelah memeluk

Islam, dia menukarkan namanya kepada Aws serta

hidup dalam Kabilah Tayy’. Sebenarnya, Abu Tamam

berasal daripada keturunan Arab. Dia lahir di Jasim,

iaitu salah sebuah perkampungan Hauran di Syam

yang terletak kira-kira 40 kilometer di selatan

Damsyik. Terdapat perselisihan pendapat tentang

tarikh lahirnya. Ada pendapat mengatakan bahawa

dia lahir pada 172 H. atau pada tahun 190 H. Begitu

juga terdapat pertentangan pendapat tentang tarikh

kematian, iaitu antara 228 H. dengan 231 H. Dia

dibesarkan di Syam dalam kehidupan yang miskin.

Dia bekerja sebagai penenun kain di Damsyik.

Kemudian dia berpindah ke Hims dan seterusnya

mengembara ke Mesir. Di sana, dia bekerja sebagai

pemberi minuman kepada orang ramai di Jami’ ‘Amr

ibn al-‘As. Dia sering kali menghadiri majlis sastera

dan ilmu. Pada zamannya, Abu Tamam mempelajari

ilmu-ilmu agama, bahasa Arab dan ilmu yang

diterjemah dalam bahasa Arab seperti ilmu mantik,

falsafah dan kata-kata hikmah. Dia memiliki

kecerdikan dan ingatan yang kuat di samping idea

yang bernas. Dia meninggal dunia di Mosul, Iraq.

UMUM 
SKOLASTISISME

Skolastisisme ialah sistem falsafah yang

menekankan penggunaan taakulan dalam

menerokai persoalan falsafah dan teologi.

Kumpulan sarjana khususnya cuba membuktikan

kebenaran doktrin Kristian. Mereka juga cuba

menyelesaikan pendapat yang bertentangan

dalam teologi Kristian. Skolastisisme mempunyai

pengaruh yang amat kuat dari tahun 1000-an

hingga tahun 1400-an, terutama pada tahun 1200-

an. Kebanyakan para ilmuwan mengajar di sekolah

dan di universiti di barat Eropah.

UMUM 
12345

Kembali ke atas