public opinion | pendapat awam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pandangan , sikap, kepercayaan dan persepsi individu dalam masyarakat yang diperoleh melalui pungutan pendapat terhadap satu segmen masyarakat yang boleh mewakili pendapat umum terhadap sesuatu perkara. Pendapat umum ini dianggap pendapat masyarakat walaupun ia hanya diperoleh daripada sebahagian kecil masyarakat tersebut. Pendapat ini diperoleh melalui kaedah banci, temu bual, intenet dan telefon. Tinjauan pendapat ini diadakan dari semasa ke semasa sekiranya isu atau perkara itu masih dalam perhatian orang ramai. Contohnya, pendapat umum terhadap persaingan kerusi Presiden Amerika Syarikat antara Kerry dan Bush pada tahun 2004. |
public opinion | pendapat umum | Komunikasi | Korporat | Pendapat yang dibentuk dan dipercayai oleh orang ramai tentang sesuatu isu atau perkara. Pendapat awam ini mengandungi unsur pernyataan yang diterima sebagai benar, berkaitan dengan khalayak umum dan berkepentingan kepada mereka pada sesuatu masa. Secara umumnya, pendapat yang terbentuk dalam kalangan individu sesuatu masyarakat tidak berbeza antara satu sama lain. Kecenderungan ini membentuk satu pendapat umum yang serupa. Pendapat umum biasanya terbentuk akibat pendedahan khalayak terhadap sesuatu isu atau keadaan yang disiarkan melalui media cetak atau media elektronik. Oleh itu, media kerap digunakan sebagai alat untuk mempengaruhi khalayak supaya berlakunya pemindaan dan perubahan sesuatu arah pendirian awam terhadap sesuatu isu. Kesan hebahan tersebut membolehkan individu dalam masyarakat membentuk pendapat masing-masing. Pendapat umum kerap digunakan oleh pihak tertentu untuk mendapatkan persetujuan bersama yang berkaitan dengan aspek politik, ekonomi, atau sosiobudaya. Dalam bidang perhubungan awam, kajian pendapat umum dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan lapangan dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif untuk mengetahui kedudukan pendapat umum mengenai sesuatu isu pada sesuatu masa atau keadaan. Hasil tinjauan ini digunakan untuk merancang strategi dan kempen perhubungan awam atau sebarang kempen lain yang memberikan keuntungan kepada organisasi. Sinonim pendapat awam. |
mass opinion | pendapat massa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pandangan dan persepsi orang ramai dalam masyarakat yang digambarkan melalui tindakan dan suara mereka sama ada melalui akhbar, bantahan atau diperoleh melalui pungutan suara. Pendapat massa ini menggambarkan pendapat dan kehendak masyarakat tersebut dan boleh berubah mengikut masa dan isu tertentu yang menjadi perhatian orang ramai. Walau bagaimanapun pendapat massa ini tidak semestinya dapat mempengaruhi keputusan politik, ia bergantung juga kepada kekuatan dan dasar kerajaan. Contohnya, pendapat massa yang menentang campur tangan dan penglibatan tentera Amerika Syarikat di Iraq pada tahun 2003, tidak dipedulikan oleh kerajaan penceroboh tersebut. |
world public opinion | pendapat awam sejagat | Komunikasi | Tiada | Pendapat yang dinyatakan secara bersama oleh ahli masyarakat dalam beberapa buah negara mengenai sesuatu isu. Pendapat seperti ini mudah diperoleh akibat daripada sistem komunikasi yang bersifat global dan kemunculan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Green Peace, Amnesty International dan sebagainya. |
pollster | peninjau pendapat awam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu atau organisasi yang mengendalikan tinjauan pendapat awam. Individu atau organisasi ini bertanggungjawab memproses setiap perolehan tinjauan yang telah dibuat bagi mengumpulkan data-data untuk menghasilkan satu rumusan tinjauan pendapat. Lazimnya, rumusan tinjauan ini akan digunakan oleh parti-parti politik atau media untuk menyediakan strategi dalam menghadapi pilihan raya. Contohnya, akhbar News Straits Times dan Star sering menjadi peninjau pendapat setiap kali menjelang pilihan raya. Sinonim peninjau pengundi. |
opinion poll | tinjauan pendapat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kajian pendapat yang dilakukan untuk mengetahui pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu. Kajian ini boleh dilakukan secara soal selidik, kertas undi, telefon dan e-mel. Tinjauan ini biasanya dilakukan oleh kerajaan, parti politik, media atau golongan pendesak apabila muncul sesuatu isu. Contohnya, di Amerika Syarikat tinjauan pendapat sering dilakukan untuk melihat calon yang memiliki paling banyak sokongan semasa pilihan raya memilih presiden. |
opinion survey | tinjauan pendapat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kajian pendapat yang dilakukan untuk mengetahui pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu. Kajian ini boleh dilakukan secara soal selidik, kertas undi, telefon dan e-mel. Tinjauan ini biasanya dilakukan oleh kerajaan, parti politik, media atau golongan pendesak apabila muncul sesuatu isu. Contohnya, di Amerika Syarikat tinjauan pendapat sering dilakukan untuk melihat calon yang memiliki paling banyak sokongan semasa pilihan raya memilih presiden. |
public opinion | pendapat awam | Komunikasi | Korporat | Lihat pendapat umum. |
idea champion | johan pendapat | Pentadbiran | Tiada | Seseorang yang mengemukakan pendapat atau idea dan mempertahankannya. |
public opinion poll | pungutan pendapat awam | Sejarah | Tiada | Pungutan pendapat di kalangan orang awam untuk menentukan sesuatu hal atau pungutan suara rakyat jelata. |