Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.pa.tan] | ڤنداڤتن

Definisi : 1. jumlah wang yg diperoleh dlm jangka waktu tertentu (sbg hasil drpd mata pencarian, kerja yg dilakukan, dsb), hasil yg terdiri drpd gaji dll yg diperoleh: ~nya tidak sampai lima ratus ringgit sebulan; ~ kasar pendapatan sebelum ditolak potongan-potongan drpd gaji dsb (kerana bayaran tertentu); 2. (hasil) penemuan buat pertama kalinya (tidak ada atau diketahui sebelum­nya), dapatan: ~ Baird dlm lapangan televisyen memberi banyak faedah kpd semua orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.da.pa.tan] | ڤنداڤتن

Definisi : hasil pencarian: Kerana ~nya kecil, ia tidak mampu membeli rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendapatan

Puisi
 

Dari Siam pergi Kelantan,
     Dari Kelantan ke negeri China;
Sesal dahulu jadi pendapatan,
     Sesal kemudian tiada guna.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sesal dulu pendapatan,
     sesal kemudian tiada berguna.

Bermaksud :

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
income policydasar pendapatan;polisi pendapatanPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi pendapatan: Kontrak insurans hayat yang membayar pendapatan secara bulanan, berbeza dengan polisi insurans hayat yang membayar faedah atau manfaatnya sekali gus.
earnings assetaset perolehanEkonomiEkonomi IslamAset yang menjana pendapatan faedah atau pendapatan keuntungan. Aset perolehan bagi institusi kewangan Islam hanya menjana pendapatan keuntungan sahaja tanpa pendapatan faedah. Aset perolehan terdiri daripada dana jangka pendek, deposit dan penempatan dengan institusi kewangan, sekuriti pelaburan serta pinjaman dan pendahuluan.
income taxcukai pendapatanEkonomiTiadaCukai yang dikenakan terhadap pendapatan perseorangan dan pendapatan atau untung syarikat. Lihat juga cukai pendapatan perseorangan dan cukai syarikat.
personel income taxcukai pendapatan perseoranganEkonomiTiadaCukai yang dikenakan terhadap pendapatan yang diterima oleh individu atau isi rumah, iaitu termasuk gaji dan upah, dan pendapatan daripada harga seperti sewa, dividen, atau bunga. Pendapatan boleh cukai ialah jumlah semua pendapatan tersebut setelah diambil kira potongan tertentu yang dibenarkan. Jumlah cukai yang dibayar bergantung pada kadar cukai dan pendapatan boleh cukai. Di Malaysia, kadar cukai pendapatan adalah progresif supaya golongan berpendapatan tinggi membayar cukai pada kadar yang lebih tinggi daripada golongan berpendapatan rendah.
subsistance allowanceelaun sara diriEkonomiTiadaSebahagian daripada pendapatan individu yang dikecualikan daripada cukai pendapatan. Di Malaysia, mengikut taksiran cukai pendapatan 1990, bahagian pendapatan yang dikecualikan daripada cukai ialah RM5000 untuk diri sendiri, RM2000 untuk isteri, dan jumlah maksimum RM3000 untuk anak-anak.
preceding year basisasas tahun sebelumPentadbiran PerniagaanTiadaAsas yang digunakan untuk pengenaan cukai pendapatan. Contohnya pendapatan tahun 1992 dikenakan cukai pada tahun taksiran 1993.
national income accountakaun pendapatan negaraEkonomiTiadaPenyata tingkat pendapatan dan keluaran sesebuah negara secara keseluruhan dalam satu jangka masa tertentu. Ukuran pendapatan yang paling kerap digunakan ialah keluaran negara kasar (KNK) atau keluaran dalam negara kasar (KDNK). Akaun pendapatan negara mencatatkan anggaran KNK, KDNK, dan butiran lain yang menentukan KNK dan yang berkaitan dengan kedua-dua ukuran itu.
income in-suspensependapatan tergantungEkonomiEkonomi IslamPendapatan dalam bentuk keuntungan atau margin pembiayaan yang tidak diterima oleh bank dalam tempoh tertentu. Mengikut garis panduan Bank Negara Malaysia (GP3), pendapatan yang tidak diterima untuk tempoh tiga bulan akan dikelaskan sebagai pendapatan tergantung bagi institusi perbankan Islam berkenaan. Konsep ini merupakan alternatif kepada kadar bunga tergantung dalam perbankan konvensional.
fee incomependapatan yuranEkonomiEkonomi IslamPendapatan yang dihasilkan daripada perkhidmatan berasaskan upah. Pendapatan ini berfungsi untuk meningkatkan perolehan institusi kewangan Islam selain sumber keuntungan. Contoh perkhidmatan berkenaan ialah khidmat nasihat dan pembiayaan korporat, khidmat nasihat pelaburan serta perkhidmatan pengantara perbankan seperti menguruskan pinjaman bersindiket dan menyediakan khidmat penerimaan dan jaminan.
omitted incomependapatan tidak laporPentadbiran PerniagaanTiadaPendapatan yang tidak dilaporkan dalam borang nyata pendapatan.
12345678910...

Kembali ke atas