Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.ra.han] | ڤندارهن

Definisi : sj tumbuhan (pokok), mendarah, penarah(an), pendarah, pala bukit, pala semang, Myristica cinnamomea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.da.ra.han] | ڤندارهن

Definisi : Id pengeluaran (pengaliran keluar) darah, turun darah: gangguan yg agak berbahaya ialah terjadinya ~ pd perem­puan; jika ~ berlaku semasa mengandung, ini semestinya merupakan suatu keadaan yg luar biasa; ~ dalam (luar) Id pengeluaran darah di dlm (di luar) tubuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.da.ra.han] | ڤندارهن

Definisi : perihal mengeluarkan darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendarahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon cadangan untuk "dearterialization" iaitu proses menjahit arteri untuk mengurangkan pengaliran darah disebabkan oleh pendarahan.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

dearterialisation - dearterialisasi

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain10.02.2022
Salam. Terima kasih untuk maklum balas sebelum ini. Terdapat beberapa perkataan yang keliru. Boleh tahu untuk perkataan pasca-strok atau pasca strok betul? English version ialah post-stroke. Untuk perkataan 'stroke survivors' saya guna pemandiri strok adakah betul? Untuk perkataan 'hemorrhagic stroke' dalam BM ialah strok perdarahan atau strok pendarahan? Malnutrition lebih sesuai untuk guna malnutrisi atau malpemakanan? Terima kasih.

1. pascastrok
2. Istilah yang diberikan masih belum ada dalam data kami. Cadangan yang sesuai bagi stroke survivor ialah Pemandiri strok.
3. Strok hemoragik
4. Malpemakanan

Istilah15.03.2019
apakah maksud bagi perkataan 'perpat'? Perkataan ini saya sering jumpa di pantun tanpa memahami maksudnya. Harap DBP dapat membantu saya. Terima kasihEjaan baku perpat ialah perepat. Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) terdapat dua makna yang terakam, satu bermakna sejenis tumbuhan (lebih dikenali dengan panggilan pedada) dan dua bermakna kawan dalam bahasa Palembang.

perepat1

ڤرڤت n pedada (tumbuhan);
perepat laut pokok bakau yg agak rendah, pucuknya boleh dibuat ulam, bunganya kemerahan dan buahnya bulat leper serta boleh dimakan; berembang; bedat; bedata; perepat merah; Sonneratia caseolaris; buah pokok ini yg bulat leper, berwarna hijau, bertampuk spt bintang dan berekor di hujungnya, semasa mudanya masam dan dijadikan perasa masakan tetapi apb matang rasanya lemak, boleh dimakan mentah, dijadikan sayur atau dijeruk, dan dikatakan boleh menahan pendarahan;
perepat merah perepat laut.


perepatڤرڤت Palembang ark n kawan.


pedada ڤدادا n pokok bakau drp genus Sonneratia yg berdaun agak tebal, berbunga spt jambul merak, berbuah bulat leper yg boleh dimakan, dan kayunya boleh dibuat bahan binaan utk rumah, cerucuk, kapal, jambatan serta bahan bakar; perepat.

Penggunaan kata ini adalah mengikut konteks penggunaannya.
Lain-lain12.03.2022

Kembali ke atas