Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.waian] | ڤنداواين

Definisi : proses memasang dawai, sistem pemasangan dawai: Tenaga Nasional akan cuba menggantikan meter lama dgn meter baru utk memperbaik sistem ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.da.waian] | ڤنداواين

Definisi : perbuatan atau hal memasang dawai: kaedah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendawaian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
low voltage wiringpendawaian voltan rendahTeknikElektrikPendawaian perumahan yang menggunakan voltan rendah. Misalnya, pendawaian permukaan, pendawaian tersembunyi atau pendawaian menggunakan kabel bersalut PVC.
trunking wiringpendawaian sesalurTeknikElektrikSistem pendawaian elektrik yang menggunakan sesalur sebagai tempat menyokong dan menyimpan kabel. Pendawaian ini boleh membawa banyak kabel, tetapi perlu berganding dengan pendawaian lain, lazimnya pendawaian pembuluh. Pendawaian ini biasa digunakan di dalam bangunan besar, kilang, dan pejabat, iaitu dipasang pada dinding atau pada bucu dinding.
rewiringpendawaian semulaTeknikElektrikPenggantian pendawaian lama dengan pendawaian baru setelah pendawaian lama itu tidak selamat digunakan atau telah mengalami kerosakan, terbakar atau sukar dibaiki. Tempoh pendawaian semula ini bergantung pada jenis bangunan, tempat penggunaan dan beban yang ditanggungnya. Misalnya, pemasangan perumahan selepas 10 tahun, pemasangan di tempat pertanian selepas 6 tahun, dan pemasangan dalam kenderaan selepas 3 tahun.
rewiringpendawaian semulaSosiologiTiadaKerja menggantikan pendawaian lama dengan pendawaian baru.
cleated wiringpendawaian tetupaiTeknikElektrikPendawaian kabel dengan mengepitkan kabel pada tetupai yang dibuat daripada tembikar. Pendawaian begini bertujuan mengelakkan sentuhan dengan permukaan yang berair, berminyak, berdebu atau tajam, di samping memudahkan sokongan pendawaian, iaitu tidak memerlukan penyokong kabel yang banyak di permukaan tidak rata. Kini pendawaian tetupai jarang digunakan, kecuali di tempat-tempat tinggi pada dinding bangunan.
open wiringpendawaian terbukaTeknikElektrikPendawaian elektrik yang kabelnya dipasang terus ke permukaan tanpa perlu ditutup. Pendawaian ini disokong oleh klip atau tetupai dan mudah dipasang, diperiksa, dan diubahsuai, tetapi tidak kemas. Sinonim pendawaian permukaan.
cpnduit wiringpendawaian pembuluhTeknikElektrikSistem pendawaian elektrik yang menggunakan pembuluh, sama ada pembuluh tegar atau boleh lentur. Pendawaian jenis ini dapat memberi perlindungan mekanik kepada dawai, tahan perubahan cuaca atau suhu, mengurangkan bahaya kebakaran, dan kabelnya mudah ditukar ganti. Akan tetapi, pendawaian pembuluh sukar untuk disiapkan, belanja pemasangannya tinggi dan memerlukan pekerja mahir, serta tidak kemas.
control wiringpendawaian kawalanTeknikElektrikPendawaian yang digunakan misalnya untuk litar alat pengukuran, pembawa semboyan, pelindung litar, dan litar kawalan. Biasanya pendawaian ini mempunyai saiz kabel dan voltan bekalan yang lebih rendah daripada voltan utama perkakas tersebut.
duct wiringpendawaian salurTeknikElektrikSistem pendawaian elektrik yang dipasang di dalam lantai, biasanya untuk pejabat atau kilang yang kerap mengalami perubahan pendawaian/peralatan.
concealed wiringpendawaian tersembunyiTeknikElektrikPendawaian elektrik yang sistem pendawaiannya tersembunyi dari pandangan mata. Cara penyembunyian yang boleh dibuat termasuklah perdawaian dilepa terus pada dinding atau dimasukkan ke dalam pembuluh dan kemudian dilepa dengan simen. Pendawaian cara ini kemas dan cantik, tetapi sukar untuk diubahsuai.
12345678910...

Kembali ke atas