Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.de.da.han] | ڤنددهن

Definisi : 1. perihal mendedahkan (me­maparkan, menampakkan, memper­lihat­kan): persajakan pd masa ini lebih cenderung kpd ~ perkara-perkara dan perasaan yg jelik dan tidak menyenangkan; 2. kegiatan, proses, dsb yg menjadikan seseorang me­ngetahui atau memahami sesuatu yg dulunya asing kepadanya: oleh sebab itu orang-orang Melayu yg mendapat ~ yg terendah kpd bahasa Inggeris akan tersisih drpd aktiviti politik negaranya sendiri; kursus ~ dan peningkatan tentang asas-asas bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.de.da.han] | ڤنددهن

Definisi : 1 perbuatan atau hal mendedahkan: ~ betis dan paha sudah menjadi lumrah dan perlu disekat. 2 pengenalan kpd sesuatu perkara: ~ murid-murid sekolah kpd perkembangan bahasa Melayu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendedahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH DEFINISI RETORIK PENDEDAHAN, PENGGUNAAN KONSEP, TEKNIK-TEKNIK BERKAITAN PENDEDAHAN, TEORI PENDEDAHAN, BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGANALISIS RETORIK PENDEDAHAN DENGAN TAJUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN, SERTA CARA UNTUK MENGAPLIKASIKAN TEKNIK PENDEDAHAN DENGAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN?Pendedahan bermaksud memaparkan, menampakkan atau memperlihatkan; kegiatan atau proses yang menjadikan seseorang mengetahui atau memahami sesuatu yang dahulunya asing kepadanya. Sila rujuk buku-buku yang berkaitan bidang yang dicadangkan dalam soalan.Makna12.08.2008
Salam sejahtera, Saya ingin membuat sedikit pertanyaan. 1) Pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 2) Ujian pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk. Saya harap pihak khidmat nasihat dapat menyediakan penerangan sekali dan penggunaan ayat yang betul. Terima kasih.1) Pendedahan terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit.
2) Ujian pendedahan terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk.
Kata sendi nama "terhadap" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda.
Tatabahasa30.05.2016
Saya ingin bertanya penggunaan tatabahasa yang sesuai setelah penterjemahan dari bahasa inggeris. Skala pendedahan kanak-kanak terhadap keganasan domestik Atau Skala pendedahan terhadap keganasan domestik di kalangan kanak-kanak. Terjemahan asal : Child Exposure to Domestic Violence Scale. Terima kasihPadanan bahasa Melayu untuk "child exposure to domestic violence scale" ialah pendedahan kanak-kanak terhadap skala keganasan rumah tangga.Makna06.12.2021
Saya ingin bertanya penggunaan tatabahasa yang sesuai setelah penterjemahan dari bahasa inggeris. Skala pendedahan kanak-kanak terhadap keganasan domestik Atau Skala pendedahan terhadap keganasan domestik di kalangan kanak-kanak Terima kasihSila kemukakan ayat dalam bahasa Inggeris daripada terjemahan yang dihasilkan supaya pihak kami dapat memastikan terjemahan yang tepat dan menggunakan tatabahasa yang betul. Tatabahasa22.11.2021
Ahmad Saufe Mar 2nd, 2:20pm Salam pentadbir, Saya ingin mendapatkan pandangan pihak dbp. Antara istilah bm di bawah, yang mana satu paling tepat penggunaannya. 1. Helaian Pendedahan Produk @ 2.Helaian Penzahiran Produk Istilah dalam bahasa inggeris : product disclosure sheet Mohon penjernihan.Dalam kebanyakan bidang perkataan disclosure diterjemahkan kepada pendedahan. Jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya, frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada "helaian pendedahan produk".Penyemakan dan penterjemahan02.03.2015
langkah-langkah mengatasi masalah penggunaan bahasa rojakMenggalakkan penggunaan bahasa baku dengan lebih giat melalui lebih banyak pendedahan dan penyebaran maklumat tentang perkara ini. Ini boleh dilaksanakan melaui kegiatan kebahasaan kepada masyarakat awam dan swasta.Lain-lain27.10.2006
adakah selepas perkataan serangkai seperti bagaimanapun dan walau bagaimanapun di awal ayat perlu diletakkan koma (,) selepasnya? contoh ayat: bagaimanapun, pendedahan ini tidak boleh ditentukan kuantitinya atau dipastikan nilainya pada masa ini.Tidak perlu meletakkan tanda koma (,) selepas perkataan bagaimapanpun/walau bagaimanapun. Saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, Bab 6 Tanda Baca untuk keterangan lanjut.Tatabahasa27.01.2010
Makanan pedas didapati berupaya menjadi agen yang merangsang selera makan dengan menggalakkan peredaran air liur dan jus gastrik. apakah jenis ayat ini? pendedahan atau penghujahanJenis ayat ini ialah ayat penyata yang mendedahkan sesuatu fakta.Lain-lain15.01.2015
Simpulan Bahasa "Tekak Biawak" kerap digunakan oleh generasi terdahulu. Rujukan secara rambang mendapati ia digunakan secara meluas malangnya ramai yang tidak memahaminya kerana kurang pendedahan. Adakah DBP berhasrat untuk mendaftarkan Simpulan Bahasa ini agar ia tidak hilang ditelan zaman?Tidak ada maklumat tentang frasa "tekak biawak" dalam sumber rujukan kami. Melalui carian di internet juga tidak menemukan bukti yang jelas tentang  penggunaan frasa berkenaan, kecuali dalam komunikasi tidak rasmi.Tatabahasa10.08.2016
Slam tuan, saya keliru penggunaan perkataan jawi lama dan baru yang mana satu boleh digunakan untuk ejaan semasa.Saya mencadangkan pihak tuan dapat menganjurkan kursus bagi memberi pendedahan sebenar berkenaan ejaan jawi yang betul.Kerajaan telah memperkenalkan j-Qaf (Jawi-Quran-Arab-Fardu Ain) kepada sekolah-sekolah rendah di seluruh negara semenjak beberapa tahun yang lalu. Untuk sukatan pelajaran Jawi semuanya menggunakan sistem ejaan Jawi terkini. Banyak rujukan berkenaan ejaan Jawi terkini mudah didapati dipasaran. Saudara boleh mendapatkan rujukan tersebut di pasaran. Kursus-kursus Jawi juga telah banyak dianjurkan di luar sana sama ada anjuran DBP atau pihak luar cuma sasaran peserta mungkin telah dikhususkan.Lain-lain09.06.2009
1234

Kembali ke atas