Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.de.da.han] | ڤنددهن

Definisi : 1. perihal mendedahkan (me­maparkan, menampakkan, memper­lihat­kan): persajakan pd masa ini lebih cenderung kpd ~ perkara-perkara dan perasaan yg jelik dan tidak menyenangkan; 2. kegiatan, proses, dsb yg menjadikan seseorang me­ngetahui atau memahami sesuatu yg dulunya asing kepadanya: oleh sebab itu orang-orang Melayu yg mendapat ~ yg terendah kpd bahasa Inggeris akan tersisih drpd aktiviti politik negaranya sendiri; kursus ~ dan peningkatan tentang asas-asas bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.de.da.han] | ڤنددهن

Definisi : 1 perbuatan atau hal mendedahkan: ~ betis dan paha sudah menjadi lumrah dan perlu disekat. 2 pengenalan kpd sesuatu perkara: ~ murid-murid sekolah kpd perkembangan bahasa Melayu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendedahan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SELARAN MATAHARI

Selaran matahari ialah keradangan kulit yang

menyakitkan disebabkan oleh pendedahan yang

berlebihan kepada cahaya matahari. Keadaan ini

mungkin hanya merupakan sedikit kemerahan pada

kulit, yang hilang dalam masa beberapa jam, atau

bengkak, lecur, dan kemerahan yang teruk pada

kulit, yang mengelupas sebelum ia sembuh. Selaran

yang teruk boleh menyebabkan rasa sejuk, pitam,

demam, dan lemah. Pendedahan yang

berpanjangan dan berulang-ulang kepada cahaya

matahari boleh juga menyebabkan ketuaan kulit

sebelum masanya dan kanser kulit.

UMUM 
ANAFILAKSIS

Anafilaksis ialah reaksi sistem imun yang teruk

dan sering kali berlaku secara mendadak ke atas

alergen (bahan asing). Dalam sesetengah keadaan,

pendedahan kepada sesuatu alergen mengakibatkan

kejutan dan kadangkala menyebabkan kematian.

Punca biasa yang menyebabkan anafilaksis ialah

penyuntikan antibiotik ke dalam manusia yang secara

abnormal sensitif terhadapnya. Bagi sesetengah

orang sengatan penyengat boleh juga menyebabkan

anafilaksis. Peningkatan sensitiviti terhadap sesuatu

alergen adalah disebabkan oleh pendedahan

kepadanya sebelum itu, diikuti oleh pengeluaran

antibodi oleh sistem imun.

UMUM 
SILIKOSIS

Silikosis ialah penyakit paru-paru yang dialami

oleh seseorang apabila seseorang itu tersedut

habuk silika berhablur. Pendedahan pada habuk

silika – yang menyebabkan seseorang itu terdedah

kepada penyakit silikosis – banyak berlaku

terutamanya di kalangan pekerja faundri besi dan

keluli, pekerja peletup pasir, penggerudi batuan,

pelombong, dan pekerja yang menghasilkan

barang-barang tembikar, kaca, dan pelelas.

UMUM 
ARSENIK

Arsenik ialah sejenis unsur separa logam.

Arsenik mempunyai simbol kimia As. Bahan ini

merupakan racun yang membawa maut dan

pendedahan kepada dos rendah arsenik yang

berlarut-larutan menyebabkan kanser pada

manusia. Kebanyakan racun tikus, racun serangga

dan racun rumpai mengandungi arsenik. Arsenik

juga digunakan untuk membuat peluru plumbum

senapang dan beberapa jenis perkakas elektrik dan

untuk memperkuat beberapa aloi, iaitu campuran

sejenis logam dengan logam lain ataupun dengan

bukan logam.

UMUM 
KAKI RENDAMAN

Kaki rendaman juga dikenali sebagai trench

foot , merupakan keadaan penyakit pada bahagian

bawah anggota dan kaki yang disebabkan

pendedahan berpanjangan pada keadaan sejuk

lembap.

UMUM 
ANTRAKS

Antraks ialah penyakit berjangkit yang teruk yang

menjangkiti binatang ternakan. Penyakit ini dapat

juga dihidap oleh manusia. Ia berpunca daripada

sejenis bakteria, iaitu Bacillus anthracis. Pada

manusia, penyakit ini lazimnya bermula sebagai

pekung pada kulit. Tetapi kumannya dapat juga

disedut melalui udara dan menjangkiti paru-paru.

Manusia mendapat penyakit ini melalui pendedahan

kepada haiwan yang dijangkiti atau produk haiwan.

Orang yang biasanya dijangkiti penyakit ini ialah

penjual daging, pengembala, orang yang terlibat

dengan kerja memproses benang bulu biri, dan

doktor haiwan. Peraturan yang menetapkan cara

menangani produk binatang berjaya mengurangkan

berlakunya antraks pada manusia.

UMUM 
SCRIBE, AUGUSTIN EUGÉNE

Scribe, Augustin Eugéne (1791–1861), penulis

drama Perancis. Dia merupakan penulis yang

berjaya dalam bentuk drama realistik yang

dinamakan, the well-made play . Drama seperti itu

bergantung pada kesan dan pada penerangan yang

teliti tentang peristiwa lalu, sedangkan pada masa

yang sama, menunjukkan peristiwa yang akan

datang. Drama yang baik mengandungi suatu

babak wajib pada klimaks apabila rahsianya

didedahkan. Hasil daripada pendedahan rahsia,

watak-watak itu akan menerima ganjaran atau

denda.

UMUM 
SINAR ULTRAUNGU

Sinar ultraungu ialah bentuk cahaya yang tidak

boleh dilihat dengan mata kasar, yang terletak

betul-betul melepasi penghujung warna ungu

kebiruan dalam spektrum cahaya tampak.

Matahari ialah sumber semula jadi utama sinar

ultraungu. Kilat, atau sebarang percikan elektrik

yang lain di udara juga mengeluarkan sinar

ultraungu. Sinar ini boleh dihasilkan secara tiruan

dengan melalukan arus elektrik melalui satu gas

atau wap seperti wap merkuri. Sinar ultraungu

boleh menyebabkan selaran matahari.

Pendedahan yang berlebihan terhadap sinar ini

boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu

juga memusnahkan organisma yang berbahaya

dan mempunyai manfaat yang lain.

UMUM 
SILAU SALJI

Silau salji ialah kekurangan tahap penglihatan

sementara akibat cahaya matahari yang terang yang

terpantul dari salji. Penyembuhan dalam tempoh 24

jam adalah biasa. Kadangkala seseorang itu

menghadapi masalah membezakan warna selepas

silau salji, dan melihat semua benda berwarna merah

bagi tempoh yang lama. Dalam kebanyakan kes, silau

salji akan hilang apabila seseorang itu merehatkan

mata dan tidak keluar rumah. Walau bagaimanapun,

dalam keadaan yang jarang-jarang berlaku,

pendedahan yang berpanjangan kepada cahaya

terpantul boleh mengakibatkan retinopati suria iaitu

gangguan yang mungkin boleh menyebabkan

sesetengah hilang penglihatan yang kekal. Memakai

cermin mata hitam atau gogal gelap dapat

menghalang silau salji.

UMUM 
SCHELLING, FRIEDRICH WILHELM JOSEPH VON

Schelling, Friedrich Wilhelm Joseph von

(1775–1854) ialah ahli falsafah Jerman. Karya awalnya

difahamkan sebagai penyambung penting antara

Immanuel Kant dengan Johann Gottlieb Fichte pada

satu pihak, dan G.W.F. Hegel pada satu pihak lagi.

Karya ini memaparkan idealisme dan romantisisme

Jerman. System of Transcendental Idealism (1800),

ialah karya Schelling yang utama pada zaman

remajanya. Dia kemudian mengkritik karyanya yang

awal dan falsafah Hegel sebagai “falsafah negatif”.

Schelling cuba mengembangkan “falsafah positif”

yang menekankan pendedahan dan pengaruh

eksistensialisme.

UMUM 
12

Kembali ke atas