Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.de.da.han] | ڤنددهن

Definisi : 1. perihal mendedahkan (me­maparkan, menampakkan, memper­lihat­kan): persajakan pd masa ini lebih cenderung kpd ~ perkara-perkara dan perasaan yg jelik dan tidak menyenangkan; 2. kegiatan, proses, dsb yg menjadikan seseorang me­ngetahui atau memahami sesuatu yg dulunya asing kepadanya: oleh sebab itu orang-orang Melayu yg mendapat ~ yg terendah kpd bahasa Inggeris akan tersisih drpd aktiviti politik negaranya sendiri; kursus ~ dan peningkatan tentang asas-asas bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.de.da.han] | ڤنددهن

Definisi : 1 perbuatan atau hal mendedahkan: ~ betis dan paha sudah menjadi lumrah dan perlu disekat. 2 pengenalan kpd sesuatu perkara: ~ murid-murid sekolah kpd perkembangan bahasa Melayu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendedahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cavity bevelbevel kavitiPergigianTiadaPenyediaan gigi melibatkan pemotongan enamel yang serong biasanya sebanyak 450 bagi melebarkan pendedahan enamel. Pendedahan enamel yang banyak akan menguatkan proses pegangan restorasi pada gigi.
general liability insuranceinsurans liabiliti aminsuransTiadaInsurans yang melindungi pemilik dan pengendali perniagaan daripada pelbagai jenis pendedahan liabiliti. Pendedahan ini termasuk liabiliti yang timbul akibat kemalangan yang berpunca daripada premis, operasi insured, keluaran yang dijual oleh insured, dan liabiliti berkontrak.
traumatic pulp exposurependedahan pulpa traumatikPergigianTiadaPendedahan tisu pulpa yang disebabkan oleh kecuaian perawat semasa prosedur penyediaan kaviti. Biasanya pulpa akan memberi tindak balas yang baik kepada pendedahan jenis ini jika perawat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menutup pendedahan tersebut.
general liability insuranceinsurans liabiliti amPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang melindungi pemilik dan pengendali perniagaan daripada pelbagai jenis pendedahan liabiliti. Pendedahan ini termasuk liabiliti yang timbul akibat kemalangan yang berpunca daripada premis, operasi insured, keluaran yang dijual oleh insured, dan liabiliti berkontrak.
carious pulp exposurependedahan pulpa berkariesPergigianTiadaPendedahan pulpa akibat kemusnahan enamel dan dentin oleh karies. Karies yang telah merebak ke bahagian pulpa akan menyebabkan tisu pulpa terdedah kepada pencemaran bakteria di persekitaran mulut. Jika pendedahan tidak dirawat, tisu pulpa akan menjadi nekrosis.
acetaldehyde poisoningkeracunan asetaldehidKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada asetaldehid (formula kimia, C2H4O) pada dos yang tinggi. Had pendedahan individu terhadap bahan ini ialah 100 ppm. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan dan koma. Dalam keracunan akut, pendedahan kepada wap menyebabkan kerengsaan teruk membran mukus, kemerahan pada kulit, batuk, edema pulmonari dan narkosis. Pengingesan menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, narkosis dan kegagalan pernafasan. Dalam keracunan kronik, pendedahan berulang kepada wap menyebabkan dermatitis dan konjunktivitis. Penemuan patologi dalam kes kematian ialah kerengsaan pulmonari dan edema.
exposure assessmentpenilaian pendedahanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauProses menganggar atau mengukur magnitud, frekuensi dan jangka masa pendedahan agen yang dikenal pasti terhadap suatu populasi yang mempunyai bilangan dan ciri tertentu. Penilaian pendedahan merangkumi penjelasan sumber, arah dan laluan proses tersebut.
chloroacetophenone poisoningkeracunan kloroasetofenonKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kloroasetofenon, yang digunakan sebagai gas pemedih mata. Pendedahan yang lama kepada bahan ini mengakibatkan kornea menjadi merah. Jika semburan terkena mata, bahan ini menyebabkan perforasi pada kornea. Had pendedahan ialah 0.05 ppm. Tanda utama keracunan akut ialah kerengsaan kulit dan membran mukus.
skin dosedos kulitKejuruteraanTiadaDos sinaran terdedah atau terserap yang diterima oleh kulit atau melalui kulit dari semua arah selepas pendedahan tunggal atau beberapa pendedahan.
accumulationtokokanKomunikasiKorporatKaedah pengiraan jumlah khalayak yang terdedah kepada bahan siaran melalui media pada sesuatu masa. Setiap kali pendedahan kepada sesuatu media berlaku, maka akan dikira sebagai sekali pendedahan kepada media berkenaan tanpa mengira jumlah masa pendedahan. Oleh itu, hasil pengiraan tersebut penting untuk diketahui oleh perancang publisiti, promosi, dan pengiklanan bagi menyediakan strategi pemasaran dan perhubungan awam. Contohnya, sekiranya sesebuah rancangan televisyen atau radio mendapat pendedahan jumlah keseluruhan khalayak yang ramai dalam tempoh masa siaran, maka nilai komersialnya adalah tinggi. Oleh itu, para pengiklan bersedia untuk mengiklankan barangan atau perkhidmatan mereka di saluran media berkenaan.
12345678910...

Kembali ke atas