Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pén.dé/] | ڤينديق

Definisi : (péndék) 1. tidak panjang, tidak tinggi, pandak, rendah, ringkas: mereka memakai seluar kain kapas yg ~ dgn baju singlet; 2. tidak lama, singkat: dlm waktu yg ~; umur semakin ~, badan semakin uzur; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan = ~ kira-kira sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahu­an, dll), picik; ~ kata (cakap) = ~ kaji = ~nya dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup; ~ nafas tidak tahan berlari jauh, mudah tercungap, sesak nafas; ~ permintaan pendek umur; memendek menjadi pendek: otot itu ~ dan menggemuk apabila digerakkan; memendekkan 1. menjadikan pendek, me­motong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menying­katkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab; kependekan 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; pemendekan perihal (perbuatan dsb) me­mendekkan atau menyingkatkan: ujaran spt ini menunjukkan ciri-ciri ~ spt yg berlaku pd pesanan telegram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pén.dé/] | ڤينديق

Definisi : /péndék/ 1 sedikit ukurannya dr hujung ke pangkal; tidak panjang; tidak tinggi; pandak; rendah: Bajunya berlengan ~. 2 tidak lama; singkat: dlm waktu yg ~. ~ akal (fikiran) tidak luas fikirannya; tidak berfikiran panjang. ~ kata (cakap, kaji), = ~nya dgn ringkasnya; ringkasnya. ~ nafas mudah berasa mengah; sesak nafas. ~ umur lekas mati. memendekkan membuat jadi pendek; menyingkatkan; meringkaskan: Dia ~ ceritanya. kependekan 1 keadaan pendek. 2 singkatan atau ringkasan drpd sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan: AMN ialah ~ Ahli Mangku Negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,

Puisi
 

Anak tambi pendek orang,
     Mari menyeberang tebing seberang;
Hati belum hendak pulang,
     Hendak bertemu sama seorang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Hendak melangkah kaki pendek,
     hendak mencapai tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah "Pendek kata" digantikan dengan "Pendek madah" dalam penulisan karangan?Mengikut Kamus Dewan, pendek madah juga merujuk pada pendek kata; pendeknya. Tatabahasa17.10.2014
"pantas , cepat dan laju " perkataan-perkataan tersebut ada perbezaaan? terima kasih.

Pantas: 

1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya;~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri;

Cepat:

1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): angkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya ertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke ekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan ebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki erlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak ifikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan;

Laju:

1. pantas (pergerakan dll), cepat: kapal belayar juga, makin lama makin ~; 2. cepatnya sesuatu gerakan (dlm ilmu fizik); ~ mula Id kecepatan gerakan yg mula-mula; ~ rambat Id kecepatan yg berjangkit;

Makna13.06.2009
Jangka pendek atau jangka masa pendek? Manakah lebih tepat digunakan dalam ayat.Salam sejahtera,

Tuan,

Jangka pendek yang betul. Jangka sudah bermaksud masa.


Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.03.2019
Salam. Apakah perbezaan antara pendek dan rendah? Yang manakah sesuai digunakan untuk manusia? Lekaki itu pendek. Atau Lekaki itu rendah.Perkataan pendek dan rendah membawa maksud yang hampir sama bergantung pada konteks penggunaannya. Contohnya: Lelaki itu pendek / Lelaki itu rendah dan Lagu yang dinyanyikan olehnya bernada rendah (bernada pendek - salah).Tatabahasa07.07.2022
Saya pelajar tahun 6 SK Desa Pandan. Mohon penjelasan bagi penggunaan penjodoh bilangan yang betul bagi soalan dibawah ; Nenek Tumiah mengambil beberapa .................... kayu api untuk membakar ikan keli. A.bilah B.keping C.batang D.puntung Kami yang menjawap D.puntung telah dipersalahkan Guru. Sedangkan menurut ; Diantara erti dan penggunaan penjodoh bilangan 'Puntung' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat : 4. penjodoh bilangan utk keratan kayu yg pendek-pendek (kayu api dll): tolong bawakan beberapa ~ kayu api ke atas rumah. Mohon penjelasan tentang isu ini. Kami takut dengan Guru ini kerana sikapnya yang pantang dicabar pendapatnya.Jawapan yang betul ialah D. puntung kerana puntung menjadi penjodoh bilangan untukk keratan kayu yang pendek-pendek seperti kayu api. Jawapan lain yang hamir betul ialah C. batang tetapi batang menjadi penjodoh bilangan bagi benda yang panjang.Tatabahasa15.03.2013
Badan budak yang berambut pendek itu ialah agak kurus. Ayat di atas tidak gramatis, oleh itu manakah jawapan yang betul bagi jawapan di atas: 1. Badan budak yang agak kurus itu berambut pendek. atau 2. Badan budak yang berambut pendek itu agak kurusAyat yang lebih gramatis ialah "Badan budak yang berambut pendek itu agak kurus".Tatabahasa21.06.2011
maksud perkataan/istilah: 1. laman sesawang 2. kursus pendek 3. komuniti setempat

1. laman sesawang - laman web

2. kursus pendek - yang betul ialah kursus jangka pendek - kursus yang diadakan dalam tempoh yang singkat. 

3. komuniti setempat - masyarakat setempat / di satu tempat sehaja.

Makna12.03.2009
Madah berkait dengan pujangga, dan pujangga berkait dengan puisi. Adakah 'madah' boleh dikategorikan sebagai genre puisi?

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, madah bermaksud 1. kata yang terutamanya digunakan untuk puji-pujian: Ramlah tersipu-sipu mendengar madah Tuan Penghulu itu; 2. (sastera lama) perkataan; berpanjang madah berkata (menghuraikan dll) dengan panjang lebar; pendek ~ pendek kata, pen­deknya;.
Bermadah pula bermaksud bersyair dll dengan memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia membisu sahaja.


Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan persoalan dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Jika mengikut konteks kesusasteraan Melayu pada hari ini, sebanyak lima genre dibahagikan dalam kesusasteraan Melayu, iaitu genre puisi, genre cerpen, genre novel, genre drama dan genre kritikan sastera. Dalam setiap genre itu pula dapat pula dibahagikan kepada jenis-jenis yang kecil lagi, contoh genre puisi dibagaikan pula kepada Puisi Melayu Tradisional dan Puisi Melayu Moden. Jenis-jenis Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan seumpamanya. Puisi-puisi Melayu Tradisional ini biasa ditentukan berdasarkan bentuk, teknik dan persoalan yang ingin dikemukakan dalam sesebuah puisi itu. 

Daripada huraian maksud, madah boleh dihimpunkan dalam genre puisi.

Sastera15.06.2019
S1. Yang manakah betul? 1. Walaupun saya pendek, tetapi saya pandai. 2. Walaupun saya pendek, namun saya pandai.Kedua-dua ayat itu betul.  Perkataan "tetapi" dan "namun" mempunyai maksud yang sama dan boleh saling berganti penggunaannya.Lain-lain08.04.2016
Salam, saya berminat dalam penulisan cerita pendek terutama sekali dalam Bahasa Kadazandusun. Saya ada menulis beberapa cerita pendek dan bercadang untuk diketengahkan kepada umum melalui DBP. Soalannya ialah a) dengan siapakah saya boleh berhubung b) apakah bentuk penulisan seumpama ini dibenarkanBagi penulis baru, eloklah mengasah bakat melalui majalah Dewan Sastera. Hantarkan karya anda kepada Editor Dewan Sastera, Encik Muhammad Fadhli Al-Akiti, melalui e-mel fadhli@dbp.gov.my.Karya30.05.2015
12345678910...

Kembali ke atas